• HOME
  • CONTACT
  • RESEPI
  • TRIP & TRAVEL
  • REVIEW
  • ADVERTORIAL
  • TIPS
    • Buat Duit Online
    • Tips Bisnes
  • DISCLAIMER
INSTAGRAM FACEBOOK

HAJARSHIKIN.COM

Dalam ramai - ramai kawan kita, mungkin ada sorang yang jenis dia memang tak boleh forever alone bila keluar makan. Terutama bila zaman study di universiti dulu, mesti akan ada kawan yang tak pernah lunch atau dinner sorang-sorang. Dia ni akan cuba sedaya upaya ajak kawan-kawan untuk makan sekali dengan dia.

Kalau anda perasan, dia ni ada saja alasan yang diberi untuk make sure dia tak makan sorang-sorang.
Antaranya :-

1. "Eh jom makan dengan aku hari ni. Aku belanja. Tapi yang murah-murah jelah."

2. "Makan kat kedai ni lagi sedap weh. Aku dah try dah. Kedai yang kau nak pergi tu tak best sangat. Jom follow aku."

3. "Alaa sekarang ni jelah aku nak makan dengan kau. Nanti bila dah kerja nak jumpa pun susah."

4. "Aku belum cucuk duit lagi kat ATM. Jadi aku kena pakai duit kau dulu untuk lunch nanti. Boleh?"

5. "Kau nak biarkan aku makan sorang-sorang? Tergamak kau buat aku macam ni."

Tapi bila tak berjaya nak pujuk kawan-kawan, dia ni akan tapau je makanan untuk makan kat bilik, dan masih bagi alasan seperti "Aku selalu makan sambil tengok series kat laptop. Kalau kat cafe tak boleh. Sebab tu aku tapau je." Hihihi.

Aku kongsikan 5 je taktik disini yang kawan selalu buat. Lagi 5 taktik korang boleh baca disini - 10 Taktik Paling Power Yang Digunakan Oleh Rakan Korang Bila Nak Ajak Teman Makan



Share
Tweet
Pin
Share
4 ulasan
Tips Tutup Aurat

Set dalam minda yang kita nak berada di paras nombor 8 di mana kita menutup aurat sempurna dengan handsock serta stokin.

Kalau ada baju seksi, simpan. Jangan buang sebab kalau gian nak pakai, pakai dalam bilik je. Jangan lupa, dengan family pun kena jaga aurat. Kalau banyak baju yang tak mengikuti syarak, simpan pakai tidur je. Belilah baju yang longgar. InsyaAllah, ada ganjaran berbelanja untuk aurat.

Tudung. Kalau mereka yg tidak bertudung, pakailah sebab rugi kamu tayang kecantikan kamu pada semua. Lagi cantik bila bertudung. Bagi mereka yang sudah bertudung, labuhkan. Kalau jarang, inner neck banyak sekarang jual. Aurat sebenarnya bukan hanya menutup rambut sahaja. Bila bertudung, jangan pakai baju ketat, seluar ketat, sanggul tinggi. Salah tu sebab masih menampakkan susuk tubuh anda.

Bertudung tapi lengan pendek?  
Kalau ada pakai handsock dengan baju pendek, masih dikira nampak bentuk tangan. Aurat tu wahai Hawa. 

Bertudung labuh tapi tidak pakai handsock atau stokin? 
Aurat perempuan adalah semua kecuali muka dan tapak tangan.

Kalau ada family yang tidak bertudung, ajak mereka sekali. Tak salah ajak mereka berubah. Tak lah kamu rasa kekok kan?
Tips Tutup Aurat

Solat jaga tapi tidak menutup aurat. 
Alhamdulillah jaga solat, tapi jangan lupa menutup aurat pun wajib. Mungkin ada salah dalam solat.

Bila nak berubah, dekatkan diri pada benda baik. Macam majlis ilmu, dengar bacaan Al Quran, jaga solat, kawan dengan kawan yg baik. Bila dah berubah, istiqamah. Buat selalu sebab bila kita selalu buat, kita akan rasa kekok bila tak pakai labuh, baju longgar.

Ada yang gunakan cara ni, iaitu buat jadual. Buat minggu ni mula pakai baju longgar. Minggu seterus, tudung pulak. Boleh gunakan.

Set dalam minda, mati itu pasti.
Tak kan nk berubah bila nak mati sebab kita tak tahu ajal kita bila. Banyakkan ingat mati dan istighfar. Dekatkan diri dengan Allah dan buat solat taubat nasuha. Kembali kepadaNya dan pohon petunjukNya. InsyaAllah, Dia Maha Pengampun.

Tips Tutup Aurat

Bila keluar, tanya pada diri 
"Adakah Allah redha dengan pemakaian aku?" 
"Cukup tak aku menutup aurat aku semua?" 



Sumber : Facebook




Share
Tweet
Pin
Share
10 ulasan
niqabis

Saya percaya masih ada niqabis yg benar-benar beramal dengan maruahnya. Beramal dengan kalam 'tidak melihat dan dilihat'. Mungkin 1 dalam 1000 yang ada zaman kini. Pernah jadi ketegasan pendirian seorang niqabis mengelakkan wajahnya dilihat calon suaminya, dia cakap "Kalau benar kerana Allah, tidak perlu lihat foto dan berjumpa, anda rapat dengan abah saya, maka bagaimana rupa abah itulah anak-anaknya". MasyaAllah.

Lebih 10 tahun lalu, saya masih di madrasah. Masa tu saya sangat takutkan dan hormati niqabis. Kalau terserempak dua-dua akan patah balik. Golongan yang tersembunyi, golongan yang kitorang takut nak terserempak. Kawan-kawan cakap 'hantu zorro'. Tiba-tiba muncul dan tiba-tiba hilang. Macam tu la niqabis dulu-dulu. Sekarang dah mudah, bukak facebook, instagram dah bersepah. Cuci matalah si muslimin telinga tanduk. Yang belajar di pondok pun dah pandai selfie. Apatah lagi yang memfashionkan fesyen pakaian 'ketinggalan' zaman ni. Pakaian yang hanya dipakai golongan agama dulu-dulu. 

Orang moden mana nak pakai niqab ni, tiada class katanya. Wanita itu paling hampir dengan kemulian Nubuwwah. Yang membersihkan jalan para pejuang agama. Dalam rahimnya berpahala syuhada. Ditentukan syurga bawah kakinya. Dukacita sedih hatinya akan memilukan para malaikat. Kenapa memilih jalan yang menghancurkan maruah diri kalian? Kerana itu pakai kerana Allah dan sudah punya ilmu adab pada pakaian isteri Nabi ni.

Saya sebagai brothers dan melindungi kalian sisters memohon, jagalah maruah diri. Hijab anda tersembunyi. Setiap inci tubuh anda adalah fitnah bagi lelaki. Mutiara itu mahal, terhijab di balik cengkerang yang keras, yang tersembunyi di dalamnya bertahun-tahun, hanya mampu dijumpai mereka yang ahli mencari mutiara saja. Itulah hijab anda.

Yang jenis melentik mata, biru-biru mata, tapi pakai niqab, henti-henti lah. Orang alim sering pesan, kalau sesuatu yang membawa mudarat pada agama, hentikanlah. Kalau pakai lebih bawa pada mudarat dan dosa diri, maka bukalah. Niqab untuk orang yang pemalu, yang tak tahu malu kenapa pakai. Saya sudah menegur makanya tanggungjawab dakwah saya dah terlepas, sekarang pada diri anda sendiri pula.


sumber : facebook
link asal : tidak diketahui


p/s : Aku cuma 'panjangkan' lagi nasihat brother ni di blog aku. Moga jadi peringatan untuk kita semua.






Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan
Sebelum ini di entri ini, aku ada kongsikan ayat-ayat ringkas yang memberi maksud yang mendalam. Kali ini aku nak kongsikan lagi sambungannya.

Cakra Khan
Gambar hiasan

Saya mengagumi awak
Adanya orang yang memandang tinggi pada anda, berfikir tingginya anda, atau terispirasi untuk menurut jejak langkah anda adalah sesuatu yang sangat memberi motivasi. Kata-kata kekaguman adalah memberi semangat, kerana ianya memberi rasa diri kita penting dengan mengingatkan kita bahawa kita memberi kesan kepada yang lain.

Saya sokong awak
Apabila membuat keputusan yang sukar, yang mungkin atau mungkin tidak yang terbaik, ianya sangat bermakna untuk tahu bahawa ada orang bersama anda walau apa pun. Kenyataan seperti, “Saya bersama awak” dan “Saya sokong awak” memberi kita perangsang untuk bergerak ke depan dengan lebih berani.

Awak boleh lakukannya
Apabila anda terfikir untuk berputus asa atau sedang melawan rasa sangsi pada diri, kata-kata perangsang boleh memberi makna yang cukup bererti pada anda. Macam ada sesuatu berkenaan mengetahui bahawa ada orang lain yang percaya pada anda yang menyuburkan semula kepercayaan pada diri anda yang sepatutnya anda ada.

Awaklah orangnya
Kata-kata ini mengatakan saya pilih awak, awaklah orangnya untuk saya, awak istimewa. Tidak banyak perkara yang mengatasi perasaan yang terbit apabila mengetahui bahawa anda berada dalam kedudukan yang istimewa pada seseorang.

Ini semuanya untuk awak
Kebanyakan hari-hari dalam hidup bukan semuanya kita lakukan untuk diri kita, tetapi kita tidak akan lupa hari-hari yang sememangnya untuk kita. Masa-masa seperti harijadi, perkahwinan dan hari graduasi; kita sangat-sangat merasakan bahawa ianya adalah hari-hari teristimewa buat kita. Ianya sangat mengembirakan untuk mempunyai rakan-rakan yang tidak mementingkan diri yang membenarkan hari-hari istimewa anda untuk menjadi 100% semuanya tentang diri anda.

Saya ada di sini untuk awak
Jika perlu teman untuk menangis, anda tahu betapa berkuasanya kata-kata ini. Ianya mengingatkan kita bahawa kita tidak sendirian, bahawa ada orang untuk membantu kita mengharungi kesakitan, kehilangan, kelukaan dan segala kesukaran hidup. Orang yang nampak seperti hidup mereka berjaya pun memerlukan seseorang yang boleh dipercayai di samping mereka.

Kerja yang hebat
Tahniah. Kerja yang hebat. Kerja yang sempurna. Sama ada kita akui atau tidak, kebanyakan kita seronok dengan pengikirafan dari mereka yang lain terhadap usaha-usaha kita. Kata-kata pengiktirafan dan puju-pujian menggerakkan kita untuk berbuat lebih lagi, berkerja lebih kuat dan memberi rasa harga diri.

Saya rindu awak
Kita tidak mampu untuk sentiasa berada bersama dengan orang-orang yang kita sayangi dan cintai, namun ianya sangat bermakna untuk mengetahui diri kita dirindui semasa ketiadaan kita. Ini adalah satu cara untuk menyatakan, saya sayangkan kehadiran diri awak dan saya tidak mampu lagi menanti saat untuk kita bersama lagi.

Awak penting
Kita semua mahu rasa diri kita penting buat seseorang atau sesuatu selain dari diri kita. Mendengar yang diri kita dihargai oleh orang lain, terutama pada masa anda terasa diri tidak berguna atau tidak penting, adalah sangat istimewa.

Maafkan saya
Apabila hati sakit, permintaan maaf yang ikhlas membuka ruang untuk kemaafan dan berbaik semula. Saya minta maaf, tolonglah maafkan saya, saya mohon kemaafan – semua kata-kata ini menunjukkan pengakuan terhadap kerosakan yang dilakukan dan kemahuan untuk mengurangkan sakitnya.

Semoga anda kata-kata ringkas dengan makna yang besar ini bermanfaat untuk anda. Sepanjang anda meneruskan hari anda, bercakaplah dengan baik dan gunakanlah kata-kata ini, yang mana anda sendiri pun suka untuk mendengarnya. Orang tidak tahu bagaimana perasaan kita sehinggalah kita menyatakannya, jangan anggap mereka tahu.


p/s : Gambar Cakra Khan itu takde kena mengena dengan entri ini. Haha


credit : www.macam-2.com


Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan
Selama ini kita mungkin tidak sedar ada beberapa ayat yang nampak ringkas tetapi sebenarnya sangat memberi kesan yang positif pada diri atau pada orang yang kita katakan. 

Di bawah adalah contoh kata-kata yang membawa maksud yang besar dalam cara yang amat positif :-

Terima kasih
Oleh kerana setiap dari kita ini mahu berasa diri dihargai, kata-kata penghargaan akan membuatkan hati rasa hidup dan dihargai. Perkataan seperti - Terima kasih, saya menghargai diri awak, saya rasa berterima kasih pada awak – kata-kata ini adalah makanan kepada jiwa.

Saya maafkan awak
Kita semua melakukan kesilapan dalam hidup. Tanpa disedari atau tanpa niat, kita mungkin melukakan hati kawan-kawan, anak-anak, rakan sekerja dan orang lain. Kata-kata kemaafan menyembuhkan luka di hati dengan membuang beban rasa bersalah yang melumpuhkan diri.

Saya sayangkan awak
Barangkali mungkin pernyataan yang terbesar dalam kalangan yang lain, tiada bandingan untuk: “Saya sayangkan awak”. Kata-kata ini membongkar pemberian Ilahi yang paling fitrah, paling murni, paling suci terhadap manusia: kasih sayang. Hanya satu perkara sahaja yang boleh mengatasi kata-kata “Saya sayangkan awak”, iaitu dengan menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan.

Saya sudah salah
Beberapa kata-kata mempunyai kuasa untuk menyalakan sinar kemaafan, seperti pengakuan berani dan tidak mementingkan diri sendiri terhadap kesalahan diri. Apabila kita terluka, kita tahu bahawa perkara yang telah lepas tidak boleh lagi diubah; namun pengakuan diri terhadap segala keperitan yang telah terjadi kerananya menjadi titik tolak ke arah masa depan yang lebih baik.

Awak cantik
Apabila kita terasa diri tidak cantik, hodoh luaran atau dalaman, ianya amat bermakna apabila kita mendengar masih ada orang yang menganggap kita cantik.

Tak apa
Apabila kita risau, terluka, runsing atau takut, kata-kata sokongan ini membantu membawa ketenangan kepada fikiran. Jika anda pernah menangis dalam dakapan rakan atau kawan anda, anda pasti tahu betapa rasanya untuk ada seseorang yang menyatakan pada anda bahawa segalanya pasti akan jadi baik.

Saya faham
Sudah menjadi fitrah manusia untuk cuba memahami, maka tiadalah yang lebih mengecewakan daripada rasa diri disalah faham. Dalam masa kita terasa keseorangan, disalah fahami atau terasing dalam pendapat diri; seorang sahabat yang memahami adalah sangat-sangat dihargai. Kita tidak semestinya memerlukan orang lain untuk bersetuju dengan pandangan kita, tetapi kita perlu seseorang yang boleh mengatakan, “Saya faham. Saya mula nampak apa yang awak katakan. Saya faham maksud awak.”

Awak selamat
Apabila kita terasa lemah dan takut, kata-kata ini mempunyai kuasa untuk mengembalikan rasa selamat dan perlindungan yang kita perlukan. Ketakutan boleh jadi penyakit pada minda, tetapi kata-kata selamat ini adalah sebahagian daripada penawarnya.

Saya mengagumi awak
Adanya orang yang memandang tinggi pada anda, berfikir tingginya anda, atau terispirasi untuk menurut jejak langkah anda adalah sesuatu yang sangat memberi motivasi. Kata-kata kekaguman adalah memberi semangat, kerana ianya memberi rasa diri kita penting dengan mengingatkan kita bahawa kita memberi kesan kepada yang lain.


credit : www.macam-2.com







Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Semangat Hilang

Rasanya ada diantara blogger pernah mengalami keadaan ini. Keadaan dimana mood dan semangat untuk berblogging hilang entah kemana. Macam tu lah keadaan aku sekarang ini. Bagi aku, semangat itu bermula dari hati. Ada beberapa perkara sekarang ini yang memberi kesan kepada hati dan menyebabkan semangat aku jadi down. Apabila semangat dah hilang, bukan setakat berblogging, malah ada beberapa perkara juga turut hilang semangat nak buat. -_-

Tips Pulihkan Semangat

Apabila mood tiada mesti bersebab. Oleh itu, ketahui punca terlebih dahulu kenapa mood dan semangat itu hilang. Selepas kenal pasti punca, cari jalan penyelesaian untuk semua masalah yang timbul. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan kan? 

Tanamkan dalam hati, serapkan pada jiwa dengan kata-kata motivasi supaya semangat yang hilang itu dapat dipulihkan. Kata-kata motivasi ini kita boleh dapatkan daripada orang sekeliling iaitu kawan atau keluarga. Kalau aku sendiri, aku akan membaca buku-buku motivasi dan ini sedikit sebanyak membantu mempositifkan diri.

Apabila melibatkan hati, ia susah sedikit kan memandangkan hati ini seringkan rapuh dan berbolak-balik. Selepas berusaha, kita serahkan semua padaNya dengan doa. Berdoalah agar ditenangkan hati dan diberi kekuatan untuk mengatasi masalah yang ditanggung serta semangat yang hilang akan pulih seperti sediakala. 


p/s memandangkan mood aku masih lagi kelaut, cuma ini beberapa tip yang dapat dikongsi

Share
Tweet
Pin
Share
5 ulasan
Seorang Diri

Masa kecil dulu kalau menangis,
Nak menangis sekuat yang boleh,
Nak bagi semua orang dengar,
Nak semua orang bagi perhatian.

Bila dah besar kalau rasa nak nangis pun.
kita mesti jauhkan diri daripada orang.
Menangis sorang-sorang ,
Menangis tanpa suara tapi air mata keluar macam banjir.

Tertekan.
Rasa nak jerit keluarkan semua,
Duduk dalam bilik,
jerit sepuas hati.
sampai anak tekak nak terkeluar
Tiada siapa dengar.

Makin kita besar
makin banyak kita simpan sorang-sorang,
Apa boleh buat
itu je pilihan yang ada.


-Ak. A
Share
Tweet
Pin
Share
10 ulasan

kucing

Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - kanak , remaja atau dewasa.
  1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur
  2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.
  3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
  4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
  5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
  6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh,      anak umi yang rajin.
  7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi, solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

Insha Allah anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.
Cara ni juga boleh dilakukan kepada suami isteri atau sesiapa je ^_^



p/s Selamat beramal =)



Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan
Assalamualaikum

senyum

Good morning ladies and gentleman, boys and girls * tak payah macam choral speaking sangatlah * Pagi-pagi lagi aku dah dapat tau sesuatu yang agak menyakitkan hati. Tapi takpe, it's okeyy. Kita senyum je yee =) Senyum...senyum..senyum. Sangat senang dan mudah tapi ada jugak yang susah dan payah nak senyum. Tak rugi sikit pun senyum, tak lenguh pun bibir. Dapat pahala ada la. Senyum tu kan sedekah, sedekah tu kan pahala. 

Kelebihan senyum
  • Melegakan stress. Sepanjang hari yang kita lalui mesti ada perkara yang membuatkan kita stress. Takpe, korang tarik nafas dalam-dalam dan senyum. Kuranglah sikit stress tu.
  • Awet muda. Kang selalu orang cakap, kalau marah nanti cepat tua. Kalau senyum mestilah awet muda. Otot-otot muka yang kita gunakan untuk senyum membuatkan kita kelihatan lebih muda
  • Fikiran lebih positif. Try buat ni..'Fikirkan hal buruk sambil tersenyum' Mesti susah kan. 

senyum
Banyak lagi kelebihan dalam senyuman ni. Nak lagi comel senyum sampai nampak gigi. Tunjuk sikit gigi yang putih suci tu macam kucing kat sebelah. Haah ! Kang cantik tu. Senyum biar ikhlas tau. Kita sendiri boleh bezakan yang mana senyuman ikhlas atau sebaliknya.


Susah nak senyum? Dah lama tak senyum ? Takpe korang boleh practise senyum macam ni. Berkat usaha dan kesabaran koang dapatlah senyum normal lepas ni

senyum
gambar hiasan | ihsan google


Penawar percuma untuk segala masalah dan penyakit adalah senyum ^_^





Share
Tweet
Pin
Share
4 ulasan
Assalamualaikum


Tadi godek-godek muka buku dan aku terjumpalah satu status. "Mak bapak dia mesti pencuri, sebab tu anak dia pun pencuri." Aku sangat tak setuju dengan dia punya statements. Tak tau cerita yang sebenar dah panda-pandai buat konklusi macam gini. 

Kalau orang tu tak berapa nak baik or jahat mesti dikaitkan dengan parents yang tak pandai nak didik anak. Yes, mungkin ada yang cakap  kalau nak tau anak tu macam mana, tengok la mak bapak dia. Kalau baik, baiklah..kalau jahat..ermm. 

Bagi aku la, semua parents nak yang terbaik untuk anak-anak diaorang. Takkan adanya parents yang ajar benda yang bukan-bukan dan jahat untuk anak-anak. Habis tu macam mana anak-anak or budak-budak ni boleh jadi pencuri, pembuli dan penjahat semua tu? Semua tu jadi mungkin sebab orang tu sendiri yang pilih jalan tu ataupun mungkin disebabkan pengaruh kawan or keadaan persekitaran dia. Kita semua makin dewasa dan tahu mana yang baik atau buruk. Kita boleh pilih jalan kita sendiri. Nak jalan baik or jahat? Tu semua bermula dari hati kita. So aku rasa parent tak patut disalahkan kalau sesetengah anak diaorang tu yang jadi pencuri












Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan
KALAU TERSEPAK BATU
Jangan bangun terus, berguling-guling sampai xde orang yang lihat, tak pon... berguling-guling kemudian bangun dan nyanyi lagu Hindustan XD... baru orang tak perasan kita tersepak batu...tak pun..berguling-guling kemudian bangun dan terus sebut.. " Hebatlah baju nie... tAk kotor !!" sebut kuat- kuat..gerenti orang dengar

KALAU TERJATUH BASIKAL

Cuba angkat basikal dan berlari...naik lagi..kalau jatuh ulang balik, gerenti orang akan kata anda sendang buat exercise ... lepas tu, sandar atau buang basikal dalam longkang kemudian sebut, " Basikal nie low class la...nak beli Sport Bicycle lak lepas nie !!"..dengang kuat bagi orang kagum... 
KALAU TERJATUH TANGGA
Terus bangun dan bersilat @ kung fu sambil baca ayat-ayat mentera dan pelik-pelik dengan tanggapan orang ingat kita sedang berlawanan dengan hantu atau makhluk halus....last option kalau dah xpandai nak bersilat @ kung fu...korang buatlah macam kena rasuk... Keh3

KALAU TERJATUH DALAM LONGKANG
Pura-pura ambik dan angkut sampah sambil maki-hamun dengan suara yang kuat..(bajet prihatin dengan persekitaran dan kebersihan) ...gerenti ramai yang bertepuk tangan... HeHe

KALAU TERJATUH KETIKA NAIK BAS
Jerit kuat-kuat , " Oi, apa main tolak-tolak nie!! " Walaupun tiada orang di depan atau belakang....

KALAU TERJATUH DI DEPAN BUS STOP
Terus buat-buat pengsan @ pitam...lau xde orang yang bantu atau hantar anda p hospital... tidur jela.. sampai lewat malam...so, time nie nak lekas bangun dan cabut lari... wakaka XD

KALAU JATUH TERGELINCIR KAT LANTAI LICIN
Tariklah sape-sape yang ada dekat situ supaya anda dapat jatuh sekali supaya bukan anda sorang yang dapat malu.....kalau xsempat...bila jatuh terus buat Breakdance walaupun anda tidak pandai menari langsung... manelah tahu kot2 geng breakdance ada kat situ..ley lepak sama.... HaHa 





Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan


Malu 

set in your mind dear..malu mu itu berharga,terutama wanita, gadis, perempuan dan sewaktu dengannya, bukan nak cakap lelaki tak perlu malu...perlu tapi perempuan ni perlu malu dengan sesungguhnya..haha tapi nak malu pun agak-agak la kan,tengok pada tempatnya pula. Malu ni macam-macam jenis ada contohnya time belajar...yang ni memang dah biasa sangat kan orang cakap..malu bertanya sesat jalan,so kalau tak nak sesat rajin-rajin kan lah mulut anda untuk bertanya yerr ^_^

Malu bila buat dosa yang ni memang ter-sangat2 perlu. As long as we are human hamba Allah yang kerdil lagi banyak buat khilaf memang tak lari daripada dosa | no body's perfect | Bila keadaan macam ni kembalilah pada-Nya..sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun



Malu itu fitrah manusia
Janganlah menjadi orang yang langsung tak tahu malu



Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan
SENYUM
Walaupun korang tengah panas kat dalam. Senyum jer, ce kalau muka masam, 
Orang sekeliling pun takut/malas nak tegur. Paling parah bila dorang sekali terkena tempias mood korang tu. Senyum tu adalah ubat yang paling murah nak rawat penyakit |bukan paling murah tp tak payah bayar pun sebenarnya|

JAUHKAN DARI PERKARA YANG BUAT KITA DOWN 
baru lepas clash ? Gaduh ngan member?? Tengok plak kat pesbuk ada yang buat status nganjing saje nak bagi panas hati derr. Unsubscribe jer sesape yang rasa agak menyampah kat fesbuk tu hahaha Takdelah post dia keluar kat most recent kan. Nak unfren kang kejam sangat |tapi aku stakat ni tak pernah lagi unsubscribe sape2| :P 
Lagi bagus kalau deactivated je fesbuk tu. Sebelum mood korang belum betul² sihat,tak payah la bukak 

PEDULIKAN ORANG YANG CARI PASAL
“Aku tak cari pasal ngan kau, kau tak payahlah nak buat taik ngan aku” ayat ni cuma boleh terluah dalam hati aku je..hahaha,bukan apa..bila aku amik pusing dengan orang2 mcm ni..last2 aku jugak yang menangis.haha

aku belajar satu jer, kalau kita balas balik, kita sama taraf je dengan mereka2 tu . Just ignore them. Orang yang cari pasal ni lagi suka bila kita balas balik. Sebab dia takkan berhenti nak jatuhkan kita. Cara paling baik, kita buat tak tahu je. Baru diorang senyap. Tapi kadang2 ade gak yang jenis berpenyakit hati ni, memang sampai bila pun dia akan attack kita je .

MAAFKAN ORANG LAIN
Walaupun sakit hati macam mana pun kat dia, bila dah maafkan dia hati korang akan tenang

Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan


Assalamualaikum sahabat...
Semoga saat engkau membaca surat ini, engkau dalam keadaan tersenyum. Kerana Allah telah menghadirkan kembali rasa sayang serta Kasih-Nya padamu. Rasa yang sama saat kita bersama dulu, menjalani hari – hari penuh lelah, merangkai senyum dalam keletihan. Namun, kita menghimpunnya dalam suasana penuh cinta.

Sahabatku...
Sekali lagi aku menyapamu, untuk sebuah rasa rinduku padamu. Apa khabarmu hari ini? Dari tempat aku menulis sepucuk surat ini, aku selalu berdoa dalam segenap hatiku, agar engkau di sana tetap teguh dalam keimanan dan Allah tak pernah berhenti mencurahkan rahmat-Nya padamu.

Sahabat…
Pernahkah kau berfikir mengapa Allah mempertemukan kita? Adakah semua kenangan indah yang kita alami terjadi begitu saja. Aku tak kuasa membendung butiran cinta bila merenungi semua ini. Terakhir kali kita akan berpisah, sebenarnya aku benar – benar tak kuasa melepasmu, kenangan manis yang telah lama kita jalin rasanya terlalu erat untuk diuraikan. Tapi senyummu ketika itu, mengisyaratkan agar aku tetap tabah. Hingga kini bila jiwaku terasa sunyi wajah ceriamu selalu hadir. Seolah engkau benar – benar ada di sampingku. Menghiburku dengan cerita – cerita indah dari syurga, cerita tentang orang – orang yang selalu dikasihi Allah kerana saling mencintai kerana-Nya

Sahabatku yang jiwamu selalu terpancar cahaya keimanan...
Jika aku diberi peluang untuk memilih, aku ingin selalu setia bersamamu, mendengarkan cerita – cerita indahmu, atau menghiburmu dikala kau sedang berduka. Aku bersyukur kerana Allah telah menghadirkan dirimu pada sepotong mozaik hidupku yang singkat ini. Sepotong kenangan indah bersamamu, mampu mencerahkan setiap langkahku.

Sahabatku..
Semenjak kita berpisah, aku telah mengenal banyak orang, bertemu bermacam rupa manusia. Namun, tak kutemukan satupun perasaan yang sama saat bersamamu. Ada kehangatan jiwa yang ku rasakan, saat kita mentertawakan kecerobohan kita sendiri, kau telah mengajari aku bagaimana cara agar kita tetap tersenyum, meski takdir terasa pahit.

Sahabatku yang kerana Allah aku merindukanmu...
Inilah sepucuk surat yang ku tulis untukmu, ku tulis dengan hati yang ikhlas, dengan jiwa yang basah. Semoga setelah engkau membacanya, semakin terjalinlah rasa persahabatan kita. Dan semakin bersemangat pula ikhtiar kita menuju jalan-Nya. Semoga Allah menghimpun kita di taman – taman surganya, seperti janji suci yang telah kita ikrarkan.

Wassalam.
Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Older Posts
tudungsekolah

PENULIS

About Me
HAJAR SHIKIN
Advertorial, Review, Sponsorship
Email: hajarshikin.blog@gmail.com
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

ARTIKEL TERBARU

HOT MINGGU INI

  • Nikmati Penerbangan Pada Harga Terendah Bersama MAS
  • Dokumen Dan Prosedur Permohonan Perkahwinan di Terengganu
  • Review Shopping di Chilindo
  • Cognitive Elements to Effective Adult Learning
  • Sistem Akaun Senang Guna MS Excel

Tudung sekolah

KATEGORI PILIHAN

Informasi Kecantikan dan Kesihatan Lifestyle Resepi Review Tudung Budak

NEWSLETTER

Created with by ThemeXpose