• HOME
  • CONTACT
  • RESEPI
  • TRIP & TRAVEL
  • REVIEW
  • ADVERTORIAL
  • TIPS
    • Buat Duit Online
    • Tips Bisnes
  • DISCLAIMER
INSTAGRAM FACEBOOK

HAJARSHIKIN.COM

Aku sangat suka buat duit dengan affiliate. Sebabnya tak keluarkan modal dan tak perlu susah-susah nak deal dengan customer  yang macam-macam pesen dia. Sebelum ini aku hanya promosikan produk affiliate digital, dan alhamdulillah sudah menerima beberapa komisen. Kebelakangan ni pula dah mula belajar dan berjinak-jinak dengan cara promosikan produk affiliate fizikal. Tukar angin lah katakan.

Affiliate

Dalam Malaysia dah banyak program affiliate untuk produk digital mahupun fizikal. Anda kena pilih lah yang mana sesuai dengan jiwa, yang mana senang nak promosi ataupun yang boleh dipercayai atau sebaliknya. Contoh program affiliate yang biasa didengar adalah Ashadee.com, Klikjer.com dan Program Affiliate Lazada.

Buat Duit USD Dengan Amazon Associates

Tentu anda biasa dengar mengenai Amazon. Amazon adalah tempat jual beli pelbagai barang. Dia macam eBay la juga. Di Amazon ni, selain dapat menghabiskan duit, anda juga boleh menjana pendapatan. Hoho. Caranya adalah dengan menyertai program affiliate Amazon iaitu Amazon Associates. Amazon akan memberikan komisen sehingga 10% daripada harga jualan yang berjaya kita hasilkan. Memandangkan mata wang dalam USD, lagi masyuk.

Cara Daftar Sebagai Affiliate Amazon

Untuk daftar affiliate Amazon memang mudah. Anda tidak perlu dapatkan approval dari Amazon untuk aktifkan link affiliate. Sebaik sahaja daftar, anda boleh terus promosikan link affiliate Amazon. 

Cara daftar :-
1 - Pergi ke laman web pendaftaran affiliate Amazon - https://affiliate-program.amazon.com/
2 - Klik Join Now for Free yang terdapat di laman web tersebut.
3 - Isi butiran dan maklumat peribadi anda termasuk nombor telefon.
4 - Sahkan informasi anda betul dengan memasukkan kod yang dihantar menerusi telefon anda.
5 - Sahkan pendaftaran menerusi email yang dihantar.

Affiliate Amazon
ID affiliate yang diterima selepas daftar

Ok, dah selesai bab pendaftaran. Bagaimana nak mulakan buat duit dengan affiliate Amazon? Mestilah kena buat promosi. Bagi yang dah ada blog, anda boleh mulakan promosi dengan menggunakan blog anda. Cara yang berkesan adalah dengan kaedah produk review. Tulis review mengenai sesuatu produk di blog anda. Kebanyakan orang membeli berdasarkan review dan saranan orang lain. Aku pun akan beli sesuatu selepas melihat review dan testimoni orang yang telah membelinya.

Tetapi untuk menulis satu artikel review yang baik bukan senang lebih-lebih lagi jika menulis artikel dalam Bahasa Inggeris. Nak tulis artikel untuk laman affiliate Amazon mesti dalam Bahasa Inggeris. Kebanyakan daripada anda boleh membaca dalam Bahasa Inggeris tetapi untuk menulis mungkin menjadi masalah utama. Boleh jadi ayat yang digunakan akan tunggang-langgang. Haha.


Buat Duit Dengan Amazon Cara Automatik

Sebenarnya ada cara lain yang boleh anda lakukan selain dari cara diatas. Yang pastinya ini merupakan kaedah automatik yang mudah dan berkesan, ianya adalah autoblog. Autoblog adalah singkatan bagi 'automatic blogging' dimana blog yang dibangunkan akan dikemaskini secara automatik tanpa kita menulisnya. 

 Dengan kaedah ini, anda :
  • Tidak perlu pening kepala untuk menulis review
  • Tidak perlu bersusah payah untuk mempromosi
  • Tidak perlu pening kepala untuk membangunkan laman store
  • Tidak perlu menguruskan penghantaran produk
  • Tidak perlu tahu benda terlalu teknikal
Dalam pasaran terdapat banyak produk dan perisian yang menawarkan perkhidmatan autoblog. Tetapi, tidak semua perisian itu berkesan dan baik. Jadi perisian mana yang berkesan? Itu akan didedahkan dalam study case yang telah dilakukan oleh seorang penulis buku dalam bidang pemasaran internet dan juga seorang blogger yang menghasilkan pendapatan pasif melalui affiliate amazon.

Anda boleh baca study case beliau melalui pautan ini. - Study Case Sebenar Buat Duit Dengan Amazon






Share
Tweet
Pin
Share
15 ulasan
Sekarang ini tidak perlu diperkenalkan lagi cara buat duit online, ramai yang dah tahu cabang-cabang yang boleh dilakukan untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Ini termasuklah melalui facebook yang dikatakan sebagai lubuk buat duit online.

Facebook lubuk duit
Semakin hari semakin ramai yang menggunakan facebook untuk mempromosikan produk mereka, dan kebanyakannya hanya mempromosikan produk fizikal. Jarang sekali aku lihat mereka mempromosikan produk affiliate. Mungkin juga mereka kurang didedahkan mengenai produk affliate? Ok, sebelum itu aku terangkan dulu apa itu produk affiliate bagi sesiapa yang belum tahu lagi.


Apa Itu Program Affiliate

Program affiliate bermaksud kita sebagai agen (orang tengah) akan mempromosikan produk pihak lain (usahawan atau syarikat) dan akan mendapat bayaran (komisen) jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate kita.

Istilah yang perlu difahami:
Affiliate Marketer – Juga dipanggil sebagai affiliates atau agen.
Affiliate Manager – Pemilik program affiliate. Dikenali juga sebagai Merchant.
Link Affiliate – Link unik khas untuk setiap affiliate marketer.
Komisen – Jumlah bayaran terhadap setiap jualan yang berjaya dihasilkan.

Affiliate Marketing

Kelebihan Produk Affiliate

Produk affiliate merupakan produk digital. Jadi sudah tentu anda tidak perlu memeningkan kepala untuk mencari stok dan supplier. Ia juga tidak mudah rosak, mestilah, kan produk tu dalam hard disk. Jadi tidak perlu menyimpan stok yang bertimbun-timbun.

Untuk penggetahuan anda, komisen untuk setiap jualan yang dihasilkan melalui link anda boleh mencecah sehingga 40% - 75% dari harga produk. Memang banyak tu, tak rugi kalau anda promosi mati-matian produk affiliate ini. Kenapa komisen dia sangat lumayan? Oleh disebabkan ia produk digital, jadi sudah tentu ownernya tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak. Bahan mentah, kos pembuatan dan seumpamanya tidak diperlukan lagi. Itu adalah sebab kenapa anda dibayar komisen yang lumayan.

Anda juga tidak perlu risau kalau tak tahu programming dan coding untuk buat website ataupun susah-susah mengupah orang untuk membina website untuk anda, sebabnya website tidak diperlukan pun. Itu semua sudah disediakan oleh owner. Anda cuma perlu pilih produk dan promosikan link sahaja. Sistem yang cukup mudah.

Kalau nak diceritakan semua, memang banyak lah kelebihan produk affiliate ini. 

Aku juga merupakan salah seorang yang baru berjinak-jinak dengan affiliate. Tapi aku hanya menggunakan medium blog sahaja untuk mempromosikan produk affliate. Memandangkan sebelum ini aku pernah terbaca satu artikel yang mengatakan promosi produk melalui blog merupakan promosi jangka panjang. Jadi aku pun hanya promosi melalu blog sahaja. Haha. 

Income Affiliate Melalui Facebook


FB Affiliate Income

Sebenarnya bukan cuma blog, tetapi melalui facebook juga anda boleh hasilkan komisen affiliate dalam jangka masa panjang. Bukan cuma hasilkan komisen untuk satu produk, tetapi seberapa banyak produk yang boleh. Macam mana caranya? Aku syorkan FB Affiliate Income dijadikan panduan bagi sesiapa yang mahu menjana pendapatan affiliate melalui facebook.

Melalui panduan ini, anda mampu untuk mendapatkan sale seawal 2 jam selepas mengikuti segala tips yang diajar dalam panduan tersebut, dan tak mustahil juga anda mampu memperoleh income RM255 lebih melalui facebook setiap hari. Sungguh teruja kan?

Ok, dapatkan panduan tersebut disini - FB Affiliate Income





Share
Tweet
Pin
Share
10 ulasan
Dengan keadaan ekonomi sekarang ini, mengharapkan duit makan gaji sahaja setiap bulan mungkin akan 'sakit' sedikit. Kita sebagai seorang blogger sudah diberi kelebihan untuk menjana pendapatan sampingan. Buat duit online melalui blog bukan terletak pada satu sumber sahaja. Ia mempunyai 101 platform yang anda boleh pilih untuk menjana pendapatan melalui blog.

Ini merupakan kali pertama aku mendapat komisen dari RevenueHits dan hasilnya boleh juga untuk tambah mana yang kurang dalam perbelanjaan. 
Pembayaran Income RevenueHits

Cara Bayaran Dari RevenueHits

Bayaran RevenueHits dibuat menerusi pindahan ke akaun Paypal, Wire transfer dan Payoneer. Aku lebih senang guna Paypal. Lagipun akaun Paypal dah ada kan. Anda belum ada akaun Paypal lagi? Baik pergi daftar sekarang. - Paypal Malaysia 

Seperti Adsense, RevenueHits juga dibayar dalam USD. Dengan keadaan mata wang negara kita sekarang ini, sepatutnya kita mengambil peluang menjana pendapatan USD. Sudah pasti akan mendatangkan hasil yang lebih banyak jika ditukarkan ke mata wang MYR.

Cara RevenueHits Jana Pendapatan

Kiraan income adalah menerusi 3 cara iaitu CPC (Cost-per-Click), CPM (Cost-per-Thousand impressions), dan CPA (Cost-per-Action).
  • CPC - income berganda bila ada orang klik iklan tersebut.
  • CPM - income dijana mengikut jumlah view.
  • CPA - income terhasil bila ada satu tindakan dilakukan pelawat blog (contohnya mendaftar ke satu-satu akaun).
Bagi anda yang ingin mencuba buat duit blog melalui RevenueHits boleh daftar percuma melalui link ini - Pendaftaran RevenueHits





Share
Tweet
Pin
Share
11 ulasan
Affiliate? Rasanya aku tidak perlu jelaskan dengan lebih lanjut lagi mengenai affiliate. Sudah ramai yang duk cerita mengenai affiliate ini kan. Memandangkan affiliate merupakan salah satu cara buat duit online yang dijangka meletup pada tahun baru ini, semestinya ramai blogger yang sudah pasang pelbagai strategi untuk meningkatkan sales. Oleh itu , persaingan juga menjadi semakin sengit.

Ok tanpa berceloteh panjang, aku ingin kenalkan platform untuk belajar mengenai pemasaran affiliate daripada Gobala Krishnan. Gobala Krishnan? Mungkin ada yang sudah biasa dengar dan mungkin ada yang tidak pernah dengar langsung nama ini. Dia juga merupakan seorang blogger dan pemilik Ashadee.com.Yang lagi penting, dia lebih berjaya sebagai seorang usahawan internet tempatan yang bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga diluar sana.

Dia yang sudah ada duit berkepuk sudi buat webinar yang percuma ini. Jadi peluang ini tak patut dilepaskan macam itu je.

Webinar Pemasaran Affiliate Gobala Krishnan
Daftar Percuma Webinar Pemasaran Affiliate

Untuk mendaftar, klik 'Daftar Percuma Webinar Pemasaran Affiliate' diatas dan isi secara lengkap borang yang disediakan ( contoh borang seperti diatas ). Anda tidak perlu keluar rumah untuk menghadiri webinar ini. Duduk sahaja dirumah atau dimana yang anda suka, asalkan boleh akses internet. Webinar ini akan disampaikan sendiri oleh Gobala Krishnan. Penyampaian akan dilakukan dalam bahasa melayu. Jangan risau, tiada pelat sedikit pun. Hehe.

Luangkan sedikit masa untuk menghadiri webinar ini. Anda tidak rugi dan tidak perlu keluarkan modal pun memandangkan webinar ini percuma. Malah anda akan mendapat sesuatu perkara yang sangat berharga untuk meningkatkan lagi sales komisen affiliate anda. Jangan berfikir panjang dan lepaskan benda yang percuma macam ini. 

Dah, pergi daftar sekarang. - Daftar Percuma Webinar Pemasaran Affiliate

Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Blogger Buat Duit Online | Dulu masa aku melangkah ke dunia blogging, langsung tak terfikir seorang blogger boleh buat duit online. Masa tu pada pemikiran aku, seorang blogger cuma menulis, menulis dan menulis di blog dan tak sangka dengan menulis tu boleh membawa hasil. Tapi selepas lama kelamaan baru aku tau. Oh macam ni rupanya blogger buat duit online. 

Duit hasil daripada blog ini boleh dijadikan pendapatan sampingan untuk sesiapa je. Bukan sekadar pendapatan sampingan tau, malahan ada diantara blogger yang menjadikan blog sebagai medium utama menghasilkan pendapatan tahunan. Macam-macam platform yang ada untuk blogger buat duit online. 

Meh aku kongsikan beberapa cara blogger buit duit online. Antaranya adalah melalui :-

Banner Pengiklanan

Cara ini adalah paling senang terutama blogger baru setahun jagung macam aku ni. Banner iklan seperti Churp Churp, 8share, Nuffnang, Komli, Google Adsense, H12 Media dan pelbagai lagi boleh diletakkan diblog dengan hanya mendaftar terlebih dahulu. Senang kan? Tapi untuk Churp Churp dan 8share, banner tidak diperlukan kerana ia memerlukan perkongsian link. Maknanya sesiapa yang klik link yang dikongsi, anda akan mendapat komisen yang biasanya RM0.20 per klik.  Kalau kena caranya blogger boleh mendapat pendapatan bulanan sehingga empat angka atau mungkin lebih.

Blogger Buat Duit Online

Setakat ini aku cuma berdaftar dengan Churp Churp, 8share dan Nuffnang. Aku dah cash out Churp Churp kali pertama, 8share dan Nuffnang masih menunggu masa yang sesuai untuk cash out.

Menjual Servis Sendiri

Menjual servis sendiri ni contohnya servis edit blog, membuat banner dan header. Kalau nak menawarkan servis ni korang mestilah mempunyai kepakaran dalam coding dan juga mestilah seorang yang kreatif.

Blogger Buat Duit Online
credit : shedaucu.com, adamfaiz

Harga servis yang ditawarkan bergantung kepada blogger itu sendiri. Biasanya yang aku tengok RM50 untuk full edit. Mungkin ada yang lagi murah dan lagi mahal. 

Sewaan Tapak Iklan

Selain daripada menjual servis, ramai diantara blogger yang menggunakan platform ini untuk buat duit online. Pengiklan meletakkan banner mereka untuk mempromosikan perniagaan di blog kita dengan bayaran tertentu, masa tertentu dan saiz banner yang tertentu. Aku tidak berani lagi menawarkan sewaan tapak iklan dalam blog memandangkan trafik blog tidak berapa tinggi. Adalah tidak adil rasanya untuk pengiklan yang menyewa tapak iklan tetapi iklan itu tidak dilihat oleh beribu-ribu orang disebabkan trafik blog yang rendah.

Blogger Buat Duit Online
credit : fyapelangi.com, kataubaid.blogspot.com

Blog yang mempunyai trafik tinggi dan konsisten menjadi kelebihan untuk dipilih meletakkan banner iklan oleh penyewa tapak iklan.

Program Affiliate

Affiliate merupakan satu program yang tidak menggunakan modal untuk menjana pendapatan. Macam mana ia berfungsi? Secara ringkasnya, affiliate adalah kita menjadi orang tengah mempromosikan produk digital orang lain melalui link atau banner kita sendiri. Komisen akan diperoleh apabila seseorang itu membeli produk tersebut melalui  link kita. Ashadee.com adalah salah satu contoh laman web yang menawarkan program affiliate. Dalam laman web itu terdapat banyak pilihan produk sama ada produk fizikal atau digital. Jadi korang boleh pilih produk mana yang sesuai untuk dipromosikan. Komisen yang dibayar agak tinggi iaitu antara 40%-50% daripada harga produk.

Blogger Buat Duit Online
credit : hasrulhassan.com

Antara blogger yang berjaya pada mata aku dalam Ashadee.com ni adalah Hasrul Hassan yang telah menerima enam kali pembayaran (setakat entri ini dipublish). Aku pun ada daftar Ashadee.com dan setakat ini sudah berjaya membuat beberapa sales seperti yang diceritakan di Pembayaran Komisen Ashadee.com. Walaubagaimanapun aku masih lagi banyak benda yang perlu belajar untuk buat duit online melalui affiliate. 

Platform yang ada sememangnya sudah banyak untuk blogger buat duit online. Terpulang kepada blogger itu sendiri untuk menjadikan blog sebagai medium menjana pendapatan atau nak berblogging sekadar untuk menulis dan berkongsi sesuatu. Apa yang penting adalah dengan berblogging kita mendapat hasil. Bukan sekadar hasil pendapatan tapi kepuasan yang diperoleh dengan blog.
Share
Tweet
Pin
Share
8 ulasan

Assalamualaikum

churpchurp

Dah lama aku buat akaun Churp Churp *dalam akhir tahun 2012* tapi ini baru kali pertama aku dapat cashout. Berkurun dapat la juga merasa duit Churp Churp ni. Memandangkan ni kali pertama, so aku pun rasa macam excited sikit la *sebab tu buat entri ni* Huahuahua. Yelaaa...benda pertama, benda baru. Sekarang ni tengah tunggu nak cashout 8share pulak. Harap lepas ni dapat la rezeki lagi. 


Nota Kecik : Churpchurp boleh tunai kat mana-mana bank kan?





Share
Tweet
Pin
Share
9 ulasan
Buat duit dari rumah? Berapa ramai yang percaya kita sememangnya boleh menjana pendapatan hanya bekerja di rumah. Mungkin masih ramai yang ragu-ragu dan tidak ramai yang yakin dengan duduk di rumah boleh buat duit. Kerja dari rumah macam-macam jenis boleh buat. Contoh yang paling senang adalah berniaga online.

Banyak produk yang korang boleh berniaga, produk kecantikan, baju, makanan atau kuih. Kalau korang belum ada produk sendiri, korang boleh menjadi dropship dulu. Nak jadi dropship tidak memerlukan sebarang modal tapi mestilah mempunyai pengetahuan dan ilmu dalam dropship. Nak jadi master dropship bukan mustahil jika korang pandai dalam memasarkan produk.

Selain daripada berniaga online, ada lagi kerja yang tidak perlu memasarkan produk. Yelah, kalau bab memasarkan produk mungkin ada yang cakap
"Alaa, susah lah nak promote produk kat orang"
"Tak pandai, tak tahu macam mana nak promote"
"Dah promote tapi tiada orang nak beli"
Aku nak ceritakan macam mana cara nak kerja dari rumah tapi tidak perlu memasarkan produk. Maksudnya benda yang aku nak cakap ni bukan kerja berniaga, ia adalah pekerjaan dari rumah iaitu Jobdirumah. 

Kenali Jobdirumah

Jobdirumah.com merupakan penyedia khidmat latihan asas dan sumber pekerjaan kepada yang berminat. Perkhidmatan yang disediakan adalah panduan dalam bentuk penerangan bertulis dan video tutorial tentang bagaimana, macam mana cara, dan di mana hendak mencari kerja di rumah dari sumber - sumber yang betul. Untuk kemudahan ahli, Jobdirumah.com akan menolong mencari kekosongan baru dan dihantar terus ke email setiap pagi secara percuma. Jika ada kerja yang ahli fikirkan sesuai dengan kemahiran, ahli boleh buat permohonan kepada majikan 

Kerja Dari Rumah Jobdirumah

Kerja Dari Rumah Jobdirumah
Contoh kerja yang bakal diterima

Cara Mohon Kerja Melalui Jobdirumah

Untuk memohon kerja seperti di atas korang perlu membayar pendaftaran sebanyak RM50. Mesti ada yang berfikir, kenapa perlu bayar pendaftaran sebanyak RM50? Nak cari kerja perlu bayar ke?Rugilah kalau tak dapat kerja kan. Cuba korang fikir, sebelum ni korang pergi temuduga ingat tak keluarkan duit ke? Salah, mungkin korang tak nampak sebelum temuduga, korang print resume, buat gambar pasport, isi minyak kenderaan. Semua itu duit kan? Korang perlu keluarkan duit untuk pergi ke temuduga yang belum tentu korang dapat kerja tu. Dah faham sekarang kenapa perlunya pendaftaran sebanyak RM50?

Kelebihan Berdaftar Jobdirumah

Sebagai ahli berdaftar, korang akan mendapat:-
  • Penerangan bertulis secara online tentang di mana, cara apa dan bagaimana mendapatkan kerja di rumah dengan majikan dan agensi.
  • Maklumat asas perkara yang perlu di sediakan sebelum membuat permohonan kerja pada majikan dan agensi.
  • Video tutorial cara membuat permohonan kerja – kerja yang ahli fikir sesuai dengan kelayakan dan kemahiran mereka.
  • Tip – tip serta cara untuk mendapatkan dan mencari kerja di rumah sebenar yang tidak bersangkut paut dengan sebarang jenis perniagan online.
  • Carian terus ke laman iklan pekerjaan kami pada lebih 10,000 kekosongan terkini dalam satu – satu masa daripada majikan & agensi di seluruh dunia dengan percuma.
  • Kemas kini senarai tawaran kekosongan terkini dari majikan dan agensi – agensi secara percuma setiap hari.

Bagi yang berminat nak membuat pekerjaan melalui Jobdirumah, Boleh daftar, lakukan pembayaran, dan lagi maklumat lanjut di Jobdirumah

Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan
Older Posts
tudungsekolah

PENULIS

About Me
HAJAR SHIKIN
Advertorial, Review, Sponsorship
Email: hajarshikin.blog@gmail.com
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

ARTIKEL TERBARU

HOT MINGGU INI

  • Nikmati Penerbangan Pada Harga Terendah Bersama MAS
  • Dokumen Dan Prosedur Permohonan Perkahwinan di Terengganu
  • Review Shopping di Chilindo
  • Cognitive Elements to Effective Adult Learning
  • Sistem Akaun Senang Guna MS Excel

Tudung sekolah

KATEGORI PILIHAN

Informasi Kecantikan dan Kesihatan Lifestyle Resepi Review Tudung Budak

NEWSLETTER

Created with by ThemeXpose