Raja Adsense
igkaboom

11:31 PTG
10
Tips Tutup Aurat

Set dalam minda yang kita nak berada di paras nombor 8 di mana kita menutup aurat sempurna dengan handsock serta stokin.

Kalau ada baju seksi, simpan. Jangan buang sebab kalau gian nak pakai, pakai dalam bilik je. Jangan lupa, dengan family pun kena jaga aurat. Kalau banyak baju yang tak mengikuti syarak, simpan pakai tidur je. Belilah baju yang longgar. InsyaAllah, ada ganjaran berbelanja untuk aurat.

Tudung. Kalau mereka yg tidak bertudung, pakailah sebab rugi kamu tayang kecantikan kamu pada semua. Lagi cantik bila bertudung. Bagi mereka yang sudah bertudung, labuhkan. Kalau jarang, inner neck banyak sekarang jual. Aurat sebenarnya bukan hanya menutup rambut sahaja. Bila bertudung, jangan pakai baju ketat, seluar ketat, sanggul tinggi. Salah tu sebab masih menampakkan susuk tubuh anda.

Bertudung tapi lengan pendek?  
Kalau ada pakai handsock dengan baju pendek, masih dikira nampak bentuk tangan. Aurat tu wahai Hawa. 

Bertudung labuh tapi tidak pakai handsock atau stokin? 
Aurat perempuan adalah semua kecuali muka dan tapak tangan.

Kalau ada family yang tidak bertudung, ajak mereka sekali. Tak salah ajak mereka berubah. Tak lah kamu rasa kekok kan?
Tips Tutup Aurat

Solat jaga tapi tidak menutup aurat. 
Alhamdulillah jaga solat, tapi jangan lupa menutup aurat pun wajib. Mungkin ada salah dalam solat.

Bila nak berubah, dekatkan diri pada benda baik. Macam majlis ilmu, dengar bacaan Al Quran, jaga solat, kawan dengan kawan yg baik. Bila dah berubah, istiqamah. Buat selalu sebab bila kita selalu buat, kita akan rasa kekok bila tak pakai labuh, baju longgar.

Ada yang gunakan cara ni, iaitu buat jadual. Buat minggu ni mula pakai baju longgar. Minggu seterus, tudung pulak. Boleh gunakan.

Set dalam minda, mati itu pasti.
Tak kan nk berubah bila nak mati sebab kita tak tahu ajal kita bila. Banyakkan ingat mati dan istighfar. Dekatkan diri dengan Allah dan buat solat taubat nasuha. Kembali kepadaNya dan pohon petunjukNya. InsyaAllah, Dia Maha Pengampun.

Tips Tutup Aurat

Bila keluar, tanya pada diri 
"Adakah Allah redha dengan pemakaian aku?" 
"Cukup tak aku menutup aurat aku semua?" 



Sumber : Facebook








Comments
10 Comments

10 ulasan:

  1. tq.nice sharing.berubag kalau tidak boleh drastik..lakukan berdikit dikitlah.in sya Allah boleh.

    BalasPadam
  2. senang je tutup aurat, pakai pakaian yang solat ready. itulah tutup aurat sebenar

    BalasPadam
  3. peringatan bersama....banyak lagi yg perlu akak ubah :'(

    BalasPadam
  4. taniah, mmg benar keadaan tidak menutup aurat tu...saya sendiri berubah sikit2
    now bab stokin tu kekadang lupa, tp mmg x selesa kalau keluar x pakai. mcm x lengkap je


    asalam dah join belum GA yg mooncake tu?
    mlm ni last 11.59
    http://www.ummiseri.com/the-bakers-cottage-mooncake-giveaway-by-ayuni-rafilah/

    BalasPadam
  5. insya allah... kalau kita istiqomah mesti boleh capai KPI muslimah no 8.... :)

    BalasPadam
  6. Terasa sempurna menjadi wanita muslim selepas mengikut syariat Islam kan...kena istiqamah selepas berubah

    BalasPadam
  7. emmm...

    bguskan kalau semua ada kesedaran begini..

    BalasPadam
  8. betul tu. :)

    Jemput singgah k..

    Entry terkini: "Nak buat ruang iklan"

    BalasPadam
  9. Proses jadi baik pun ada peringkat-peringkatnya. yang penting kita sentiasa maju ke depan dan jadi makin baik :D

    BalasPadam

Tudung Si Comel