Alam sekolah adalah alam yang paling seronok dan kelakar bila dikenang. Disanalah kita mula belajar berkawan, dan yang paling indah sebenarnya adalah apabila persahabatan itu kekal sehingga dewasa dan bila bertemu kembali dapat pula mengenang kisah-kisah lama yang banyak meninggalkan memori.
Sebelum ini pernah juga buat reunion untuk batch kami, tapi kali ini buat pertama kalinya kitorang buat reunion khas untuk kelas 5A Sekolah Menengah Agama Setiu sahaja sekaligus meraikan salah seorang daripada kami yang bakal menyambung pelajaran ke Mesir.
Selepas tamat SPM, masing-masing bawa haluan sendiri, lebih kurang 5 tahun juga la tak bersemuka. Kalau yang rumah dekat-dekat tu boleh la jumpa selalu dan kalau yang jauh pula, pada masa inilah peluang terbaik untuk berjumpa demi merapatkan lagi ukhwah sesama kita.
5 tahun satu jangka masa yang agak panjang, masing-masing pun dah ada perubahan fizikal. Haha. Ada yang makin sihat, makin kurus pun ada dan of course la makin ayu, makin cantik, makin hensem semua. Cuma satu je yang tak berubah, perangai. Perangai masih macam dulu, suka buat lawak, suka gelak, suka mengusik. Haishh..rindunya zaman sekolah dulu.
Sebenarnya banyak ambil gambar hari tu, tapi cuma dibawah ini je yang dirasakan segak, cantik, sopan, ayu dan sesuai untuk tatapan umum. Haha.
Wajah bakal terbang ke Mesir
Walaupun ada beberapa orang yang tidak dapat menghadirkan diri, tetapi pertemuan ini berjalan dengan baik. Alhamdulillah. Kebanyakan daripada kami masih belum berkahwin, dan aku harap seandainya ada rezeki lagi buat reunion pada masa akan datang, aku nak tengok diaorang dah beranak-pinak. Haha, mesti meriah.
alhamdulilah...
BalasPadamsinggah sini jenjalan