Raja Adsense
igkaboom

Selamat Hari Malaysia 2015 untuk semua rakyat Malaysia. Hari cuti sebegini patut dimanfaatkan dengan meluangkan masa bersama keluarga, anak-anak, atau suami isteri. Yang bekerja tu takpe, demi mencari rezeki. Kerja dengan ikhlas.

Memandangkan kat tempat aku ni udara kat luar masih kurang sihat, manfaatkan cuti dengan duduk rumah update entry atau blogwalking. Hehe.

Selamat Hari Malaysia

Aku nak kongsikan sedikit mengenai Hari Malaysia. 

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.









Comments
16 Comments

16 ulasan:

  1. best cuti dr keje ni..

    yg xbest..jerebu..

    BalasPadam
  2. Nak minta tolong korang tgk blog ejulz.. Ada masalah lagi x?

    Entry terkini

    1. "Blog tanpa theme background"




    BalasPadam
  3. mommy dah selamat pergi kenduri dah ..selamat hari Malaysia!

    BalasPadam
  4. Malaysia semakin banyak cuti umum..ada bagus dan ada yang tak bagusnya

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Malaysia kepada Cik Hajar juga.

    BalasPadam
  6. selamat hari malaysia kepada semua rakyat maaysia

    BalasPadam
  7. kejayaan Tanah Melayu Bergabung dengan sarawak dan sabah saat manis yg wajib diraikan bersama

    BalasPadam
  8. Selamat hari Malaysia.. :)

    Jemput singgah k..

    Entry terkini

    1. "Aperture Squad Artwork"




    BalasPadam
  9. selamat hari malaysia.. even dah lewat beberapa hari..hihi from firohar.blogspot.com

    BalasPadam
  10. datang membalas kunjungan.nampaknya keadaan jerebu dah makin berkurang kan.:)

    BalasPadam

Tudung Si Comel