5 Perkara Untuk Faham Hati Perempuan

Pernah dengar lelaki cakap, "Perempuan memang complicated". Sebegitu susah ke untuk memahami hati perempuan. Mungkin juga. Kadang-kadang aku sendiri pun tak memahami diri aku. Haha. Kali ini aku nak kongsikan isi hati perempuan yang anda fikir terlalu complicated.

Perempuan Complicated

Apabila wanita berkata "Tak apa, tak ada apa-apa masalah"
Jangan terus buat tak tahu, seolah-olah memang betul tiada masalah. Inilah waktunya wanita tidak mahu bercerita masalahnya sebaliknya mereka mahu anda memahaminya sendiri. Cubalah fikir sejenak dan lihat sekeliling, apa yang telah berlaku atau ada apa-apa yang telah anda lukakan hatinya.

Apabila wanita tersenyum sinis setelah anda lakukan kesalahan
Anda ingat dia tak tahu dirinya ditipu? Dia cuma biarkan sebab nak tau sejauh mana kejujuran anda terhadap dirinya dan dia tak mahu bergaduh, tak mahu menyalahkan anda, tidak mahu cari pasal. Namun sebenarnya dia amat kecewa dengan sikap anda yang tidak setia dan tidak jujur

Perempuan Complicated

Apabila wanita menatap wajah anda bagai seribu persoalan
Dia sedang berfikir samaada anda akan terus setia sampai bila-bila atau anda akan berubah hati suatu hari nanti Persoalannya, adakah anda benar-benar cinta atau sekadar melepas lelah dan batuk ditangga

Apabila wanita berdiam diri
Bermacam-macam perkara yang difikirkannya dan kesemuanya adalah untuk kebaikan masa depan. Jangan marah atau jangan usik mereka ketika ini sebaliknya berikan masa itu untuk mereka cool down

Jika wanita tidak berlawan
Tidak bermaksud mereka tidak tahu, tidak pandai atau hanya setuju dengan tindakan anda sebaliknya itulah tandanya dia sayangkan anda dan memberi peluang dengan mengikut segala keputusan yang dibuat.





9 Ulasan

  1. tak susah pun nak faham perempuan ni :D

    BalasPadam
  2. when womans say nothing.. it means everything..... haha

    BalasPadam
  3. Dari dulu hingga sekarang, persoalan tentang wanita ini sukar untuk dijangka. Memang susah nak memahaminya hati seorang perempuan. Apa pun kadang0kadang perlu tahu juga untuk mengetahui isihati dan kehendak mereka.

    BalasPadam
  4. Sememangnya susah nak mengetahui isihati wanita. mereka ini sukar dijangka. Apapun nak lari pun tak boleh jugak. Kadang-kadang kena layan juga apa yang terbuku di hati mereka.

    BalasPadam
  5. kekadang perempuan sendiri susah nak fahami diri sendiri apatah lagi org lain yg cuba utk memahaminya...

    BalasPadam
  6. mungkin sebab banyak dipengaruhi emosi yang tak ketentuan

    BalasPadam
  7. Memang pun.. kekadang kita sendiri tidak memahami diri sendiri...

    BalasPadam
  8. perempuan ni slalu wat laki pening

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama