• HOME
  • CONTACT
  • RESEPI
  • TRIP & TRAVEL
  • REVIEW
  • ADVERTORIAL
  • TIPS
    • Buat Duit Online
    • Tips Bisnes
  • DISCLAIMER
INSTAGRAM FACEBOOK

HAJARSHIKIN.COM

Tudung Si Comel. Jenama ini mungkin kedengaran agak biasa bagi kaum ibu yang mempunyai anak khususnya anak perempuan. Bagi yang pertama kali mendengar, Tudung Si Comel merupakan pembekal Tudung Kanak-kanak Nombor 1 di Malaysia. Misinya adalah untuk "Membudayakan budaya bertudung seawal usia. Kita percaya melentur buluh biarlah dari rebungnya."

Tudung Kanak-Kanak

Untuk bertudung, kanak-kanak perlukan tudung yang mudah dipakai, lembut serta selesa. Berbeza pula dengan kita dewasa, kanak-kanak tidak gemar sesuatu yang merimaskan mereka. Jadi tudung fesyen ala-ala dewasa yang rumit sangatlah tidak sesuai terutamanya kepada mereka yang baru belajar bertudung.

Jubah Kanak-Kanak

Disebabkan itulah juga, kita Tudung Si Comel wujud dengan hasrat memudahkan rakan-rakan, ibu-ibu untuk mendapatkan tudung kanak-kanak berkualiti yang memenuhi ciri-ciri mudah, lembut dan selesa.


Apakah Langkah-Langkah Yang Dilaksanakan?

Apa yang telah Tudung Si Comel  laksanakan adalah memastikan setiap tudung yang hasilkan atau yang dipasarkan mempunyai corak tudung kanak-kanak yang ringkas dan mudah. Materialnya haruslah lembut dan dengan potongan yang mampu membuat mereka merasa selesa.

Tudung Sekolah


Potongan Istimewa

Potongan yang dihasilkan  adalah potongan tudung kanak-kanak istimewa. Potongan yang telah dibuat ujian beberapa kali keatas kanak-kanak bagi memastikan keselesaan mereka. Dan alhamdulillah, Tudung Si Comel sentiasa menerima maklumbalas positif dan sangat baik dari ibu-ibu yang pernah mendapatkan tudung dari Tudung Si Comel.

Jika ibu-ibu nak mencuba tudung sekolah, tudung untuk pakai harian atau jubah sekalipun dari jenama Tudung Si Comel ini, boleh membeli secara online di web TudungSiComel.com atau boleh Whatsapp terus ke nombor 013-7485863







Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Tahukah puan bahawa bukan semua tudung yang dijahit adalah sama?

Apa yang membezakan antara tudung adalah potongan dan material yang digunakan. Dua perkara ini adalah sangat penting untuk dilihat kerana ianya membawa kepada keselesaan si kecil puan.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu si kecil puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Sekolah Awning Lembut


Potongan

Potongan tudung adalah antara faktor yang membuatkan sesuatu tudung itu istimewa. Semua orang boleh jahit tudung, namun tidak semua mampu menghasilkan potongan yang selesa.

Di TudungSiComel, ada potongan rahsia yang sentiasa dibuat penambahbaikan dari masa ke semasa berdasarkan maklumbalas pelanggan selama ini.

Puan boleh cuba dahulu pada si kecil puan, jika tidak selesa boleh dipulangkan. Hampir 2000 testimoni positif diterima dan semoga puan juga bakal menjadi salah seorang daripadanya.

Tudung Sekolah Awning Lembut

Ingin mencuba tudung sekolah awning lembut dari Tudung Si Comel?

1.  Mudah dibasuh
2. Material lycra lembut
3. Selesa dipakai
.

Dapatkan Tudung Sekolah Awning Lembut Istimewa disini.→ KLIK SINI
Ataupun boleh Whatsapp terus ke 013-7485863




Share
Tweet
Pin
Share
5 ulasan
Cara Betul Memakai Tudung Awning Lembut - Tudung yang berawning sepatutnya lebih kemas apabila dipakai tetapi ada juga nampak seperti tidak kena di muka selepas memakai tudung jenis berawning. Ini mungkin disebabkan cara pemakaian tudung yang tidak betul. Jadi aku akan kongsikan cara yang betul bagaimana pemakaian tudung awning lembut.
Tudung Awning Lembut

Cara Memakai Tudung Awning Lembut Yang Betul

Untuk pengetahuan anda, tudung awning lembut sebenarnya dicipta bukanlah untuk menggantikan konsep tudung awning keras, tetapi awning lembut dihasilkan adalah inovasi dari tudung syiria. Cuma yang bezanya, sebelum ini kita perlu mengenakan anak tudung, sekarang tidak perlu lagi.

Awningnya telah dijahit terus dengan badan tudung agar lebih mudah dipakai dan selesa. Jadi konsep pemakaiannya haruslah ditarik ke belakang sedikit agar awningnya nampak bulat dan cantik. Jika tak buat macam tu, awningnya akan kelihatan tidak kemas dan kurang menarik.

Kalau rasa longgar, gunalah pin untuk membuatnya lebih kemas. Jika anda pernah memakai tudung Syiria, mesti akan tahu bagaimana perasaan apabila memakainya, mesti rasa selesa dan melekat. Selamat mencuba tips ini. =)


Tudung Sekolah Awning Lembut Untuk Kanak-kanak


Tudung Sekolah Awning Lembut

Walaupun dah masuk sesi persekolahan, mungkin ada lagi ibu bapa terutamanya ibu yang masih lagi mencari tudung sekolah untuk anak-anak anda. Sebelum ni kalau pakai tudung sekolah yang biasa, anak-anak mungkin complaint tudung yang dipakai tu cepat senget sana-sini. Huhu. Jadi kena la cari tudung yang mudah dipakai.

Kalau anda masih mencari tudung sekolah dan ingin anak anda mencuba sendiri tudung sekolah awning lembut yang :

  • Mudah dibasuh
  • Material Lycra lembut
  • Selesa dipakai
Anda boleh ke pautan berikut untuk pembelian tudung sekolah awning dengan pelbagai pilihan warna yang boleh didapati khas untuk si comel anda. - Tudung Sekolah Awning Lembut Istimewa atau Whatsapp terus ke nombor 013-7485863







Share
Tweet
Pin
Share
11 ulasan
Tudung Sekolah Awning Lembut - Pejam celik rupanya dah masuk bulan Disember. Cepat sangat masa berlalu. Tak lama lagi nak buka sekolah dah. Ibu bapa mesti masing-masing sudah sibuk menguruskan persiapan sekolah anak-anak. Tapi ada juga yang masih rilek tengah bercuti lagi. Hehe.

Dari pakaian sekolah, beg dan alat tulis mestilah diselesaikan sebelum persekolahan bermula. Memang ketika ini agak banyak perbelanjaan dikeluarkan. Tapi takpa lah, semuanya demi anak-anak. 

Biasanya pakaian sekolah dan tudung, kaum ibu lah yang membuat pilihan. Kalau boleh carilah pakaian yang selesa dipakai dan boleh tahan sehingga habis setahun. Tudung pula mestilah kena cari yang paling senang diurus untuk anak-anak terutama yang baru nak masuk sekolah.

Tudung Sekolah Awning Lembut


Tudung Sekolah Awning Si Comel

Seharian di sekolah, bersukan dan melakukan aktiviti memang memerlukan tudung yang sesuai. Oleh sebab itu tudung sekolah yang berawning menjadi pilihan kaum ibu untuk anak-anak mereka. Lebih-lebih lagi untuk anak Tahun 1 yang baru nak belajar memakai tudung. Jadi tudung sekolah awning lembut memang sesuai sangat.

Teringat lagi zaman sekolah dulu-dulu. Pada masa tu tudung sekolah tak banyak pilihan sangat. Jadi terpaksa lah pakai tudung sekolah yang susah nak bentuk kat muka. Pakai tudung saja dah mengambil masa yang lama. Yela, untuk membentuk tudung kat muka bukannya senang. Kaum perempuan yang pernah merasai pengalaman memakai tudung dulu-dulu mesti faham macam mana kita struggle nak bentukkan tudung kat muka supaya nampak cantik. Haha.

Tudung Si Comel


TudungSiComel.com merupakan antara Pembekal Utama Tudung Kanak-kanak di Malaysia dengan hasrat untuk memudahkan terutamanya rakyat Malaysia bagi mendapatkan tudung kanak-kanak yang berkualiti dengan nilai hebat.

TudungSiComel juga turut menawarkan tudung sekolah untuk kanak-kanak. Materialnya adalah dari jenis kain Lycra Korea yang lembut dan selesa dipakai. Bila pakai tudung awning ni, elok je jadi bentuk muka. Lagipun awning jenis ini lembut dan mudah dibasuh. Basuh guna mesin basuh pun boleh sebab ia tidak akan rosak dibahagian awning. 

Tudung Sekolah Awning Lembut

Keistimewaan Tudung Si Comel Berbanding Tudung Sekolah Biasa

  • Awning lembut yang mudah dibasuh menggunakan mesin basuh dan tidak rosak
  • Lycra Korea lembut dan Selesa dipakai (Imported Korean Lycra)
  • Potongan Khas (cutting) yang telah menjalani sesi ujikaji yang mampu membuatkan anak anda selesa memakainya.
  • Putih nila yang sentiasa kelihatan bersih sesuai untuk anak-anak sekolah rendah yang lasak.
  • Mudah dipakai dan anak anda pasti tidak rimas menggayakannya
Bagi kaum ibu yang berminat untuk mendapatkan tudung sekolah awning lembut untuk anak-anak anda boleh ke pautan berikut untuk pembelian atau tempahan - Tudung Sekolah Awning Lembut Istimewa atau Whatsapp terus ke nombor 013-7485863




Share
Tweet
Pin
Share
4 ulasan
Older Posts
tudungsekolah

PENULIS

About Me
HAJAR SHIKIN
Advertorial, Review, Sponsorship
Email: hajarshikin.blog@gmail.com
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

ARTIKEL TERBARU

HOT MINGGU INI

  • Nikmati Penerbangan Pada Harga Terendah Bersama MAS
  • Dokumen Dan Prosedur Permohonan Perkahwinan di Terengganu
  • Review Shopping di Chilindo
  • Cognitive Elements to Effective Adult Learning
  • Sistem Akaun Senang Guna MS Excel

Tudung sekolah

KATEGORI PILIHAN

Informasi Kecantikan dan Kesihatan Lifestyle Resepi Review Tudung Budak

NEWSLETTER

Created with by ThemeXpose