• HOME
  • CONTACT
  • RESEPI
  • TRIP & TRAVEL
  • REVIEW
  • ADVERTORIAL
  • TIPS
    • Buat Duit Online
    • Tips Bisnes
  • DISCLAIMER
INSTAGRAM FACEBOOK

HAJARSHIKIN.COM

Ephyra Skincare Series adalah set penjagaan wajah yang terkini daripada jenama terkenal Ephyra selepas kejayaan mereka untuk produk minuman kolagen Ephyra. Melalui produk terkini mereka iaitu pelembap muka Ephyra Skin Snow, Ephyra Skincare Series sesuai untuk semua jenis kulit.

Ephyra Skin Care Series

Set ini mengandungi : 
* Ephyra Skin Bar (sabun cucian muka) 
* Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum (Serum dengan Nano Teknologi) 
* Ephyra Skin Snow Advanced White Repair (Pelembap wajah dengan Geno White Teknologi)


Ephyra Skin Bar


Ephyra Skin Care Series

Ephyra Skin Bar adalah sabun cucian muka yang diformulasi 100% dengan bahan semulajadi tnapa sebarang bahan kimia terlarang. Dengan gabungan khasiat Glutathione, Alpha Arbutin dan Kolagen, Ephyra Skin Bar adalah antara produk terhangat untuk jenama Ephyra. Sabun ini bukan cuma wanita sahaja boleh menggunakannya, lelaki pun boleh. Malah ia boleh digunakan untuk seluruh badan.

Kelebihan Ephyra Skin Bar 
  • Merawat kulit berjerawat
  • Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
  • Menanggalkan kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Mencerahkan wajah secara semulajadi 
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum


Ephyra Skin Care Series

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland. Serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri.

Produk ini bebas dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone. Serum ini sangat senang meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak menyebabkan kulit berminyak. Gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah.

Kelebihan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum
  • Menghilangkan jeragat degil dan parut jerawat 
  • Memperbaiki tona kulit tidak sekata 
  • Menganjalkan, menegangkan dan mengembalikan keremajaan kulit yang kendur 
  • Mencerahkan kulit kusam 
  • Menghilangkan lebam bawah mata serta sunburn

Ephyra Skin Snow Advanced White Repair 


Ephyra Skin Care Series

Ephyra Skin Snow adalah produk yang paling latest. Ia merupakan pelembap wajah berteknologi Geno- White yang digunakan selepas menggunakan serum Ephyra Skin Nano. Pelembap ini sesuai digunakan oleh semua jenis kulit, lelaki dan perempuan. Tiada paraben, hydroquinone mahupun merkuri malahan pelembap ini tidak melekit, tidak berminyak dan sangat mudah meresap ke dalam kulit. 

Geno White 
Geno white adalah teknologi “SMART PEPTIDE” yang mampu mengawal pengeluaran melanin dalam kulit. Melanin ada pada kulit semua orang dan ia adalah protection kulit daripada sinaran UV. Tetapi terlalu banyak melanin aktif akan menjadikan kulit berjeragat, bintik hitam dan banyak masalah kulit lain sehingga paling serius adalah kanser kulit.

Kelebihan Ephyra Skin Snow Advanced White Repair 
  • Melembapkan dan mengekalkan kelembapan wajah 
  • Mencerahkan kulit seawal 9 -14 hari 
  • Menggunakan teknologi Geno White (teknologi yang mengawal pengeluaran melanin)
  • Menambahkan agen perlindungan kulit (UV protection) 
  • Membantu mengurangkan minyak berlebihan pada kulit yang menjadi punca jerawat 
  • Mengurangkan kesan-kesan penuaan (garis halus dan jeragat) 
  • Menambahkan keserian kepada wajah untuk kekal muda dan bersih.

Pengalaman Sendiri Menggunakan Ephyra Skin Care Series


Kulit muka aku ni macam dah hampir complete dengan masalah. Kulit berminyak, kusam, liang pori besar, jerawat dan yang paling stress adalah parut kehitaman. Asal jerawat naik je, tangan memang tak boleh duduk diam, mesti nak picit-picit dan tinggal lah parut kehitaman. Parut jerawat nak ada senang je tapi bila nak hilangkan punya lah payah. Makan masa berbulan juga untuk hilangkannya.

Ephyra Skin Care Series
Parut jerawat makin berkurang.
      
Selepas 2 minggu lebih aku menggunakan Ephyra Skin Care Series secara konsisten, masalah kulit yang aku alami makin berkurang. Liang pori makin mengecil dan parut jerawat makin kurang. Yang paling aku suka muka dah kurang berminyak. Kalau sebelum ini, guna produk untuk kulit berminyak pun tetap tak nampak hasil. Tapi dengan Ephyra Skin Care Series, masalah tu dah settle.

Kenal Pasti Label Original Oceanlife

Kenal Pasti Label Original Oceanlife

Kenal Pasti Label Original Oceanlife

Kenal Pasti Label Original Oceanlife

Harga Ephyra Skincare Series adalah :

RM 140 (SM) dan RM 150 (SS) 

Ini adalah harga untuk set. Sekiranya beli secara loose, harga adalah berbeza iaitu : 

EPHYRA SKIN BAR : RM 39 (SM) ; RM 45 (SS) 
EPHYRA SKIN NANO : RM 68 (SM) ; RM 72 (SS) 
EPHYRA SKIN SNOW : RM 48 (SM) ; RM 52 (SS)

*Digalakkan untuk ambil set. Lebih jimat. 

Maklumat lanjut : 
FB : www.facebook.com/oceanlife2u
IG : @ephyra2u 
Website : Sedang dikemaskini.


Share
Tweet
Pin
Share
7 ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Ephyra Skincare Series

Terdedah kepada sinaran UV atau cahaya matahari terik dalam tempoh yang panjang adalah antara punca terjadiya masalah kulit wajah termasuk kanser kulit. Perkara ini didedahkan oleh Pakar Estetik dan Kecantikan, Dr. Hatun Deleila Azrai dalam Majlis Kempen Kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda” anjuran Ephyra. 

Ephyra Skincare Series

Antara masalah kulit yang timbul termasuklah jeragat, tompok hitam atau ‘melasma’ yang menyebabkan wanita kurang berkeyakinan diri untuk berjumpa orang ramai. Seawal usia 20-an, wanita berisiko untuk berdepan dengan masalah kulit wajah. Jeragat terutamanya, bukan sahaja mencacatkan penampilan seseorang malahan tanpa pengawalan dan rawatan yang betul ia boleh menjadi masalah serius. 

Ephyra Skincare Series

“Kajian menunjukkan 80-90% wanita Asia mengalami masalah jeragat akibat sinaran UV. Sinaran UV dari matahari yang berlebihan menghasilkan melanin yang banyak. Melanin diperlukan oleh kulit untuk melindungi sel daripada rosak. Namun, sekiranya penghasilan melanin berlebihan, ia akan menyebabkan tompok hitam terjadi dan tidak terkawal.” 

Kempen kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda!” yang dianjurkan Ephyra memberi kesedaran kepada wanita untuk menjaga dan menghargai kulit wajah mereka dalam cabaran cuaca hari ini. 

Ephyra Skincare Series

Pengarah Urusan dan Pengasas Ephyra, Pn. Amiza Amiruddin memberitahu Ephyra kini menambah dua lagi produk penjagaan wajah iaitu Serum Ephyra Skin Nano Advanced Repair dan Pelembap Muka Ephyra Skin Snow Advanced White Repair. Disamping ‘killer product’ mereka iaitu sabun pencuci muka Ephyra Skin Bar. 

Serum yang berteknologi Nano dan dipatenkan di Switzerland ini bertekstur ringan dengan bahan asasnya adalah air. Manakala pelembap muka dengan teknologo Geno-White pula sangat mudah menyerap dan langsung tidak melekit atau berminyak apabila digunakan. 

Ia dirumuskan khas dan difokuskan kepada masalah kulit wanita Asia seperti jeragat, jerawat, parut jerawat, kulit kendur dan kulit kusam. Formulasi semulajadi yang hebat digunakan dengan kandungan bahan antioksida seperti Glutathione, Vitamin C dan Vitamin E yang diekstrak dari sumber buah-buahan.

Duta Ephyra, Memey Suhaiza dan Norman Hakim pun turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan produk Ephyra setelah hamper 4 tahun. Malahan apa yang menarik terkini adalah Ephyra menerima Anugerah Asia Pacific Super Health Brand 2015-2017. Anugerah ini memberikan kredibiliti dan keyakinan pengguna tentang kualiti produk tempatan seperti Ephyra. 

Ephyra Skincare Series

Hari tu aku baru je terima parcel Ephyra Skin Care Series. Sedang elok nak Hari Raya kan, sempat la nak nampak cantik dan berseri nanti. Hehe. Excited nak cuba dan rasa sendiri keberkesanan produk terbaik dari Ephyra ni. Ok, tunggu aku bagi review nanti ye. ^_^

Untuk konsultasi dan maklumat lanjut mengenai produk Ephyra hubungi –
Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : www.instagram.com/ephyra2u
Hotline : 019-3999 238 / 03-4141 7889








Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Sekarang ini terlalu banyak berlaku kes samun, ragut serta kecurian. Kalau kes kecurian kenderaan lagi lah banyak. Pada tahun 2004, sebanyak 65,076 kes kecurian kenderaan dilaporkan melibatkan nilai kerugian RM753.2 juta. 

Sebagai pemilik kenderaan, semestinya anda memasang aksesori tertentu untuk keselamatan kenderaan anda. Yang paling cikai adalah memasang alarm kenderaan. Ada yang menganggap pasang alarm kenderaan paling selamat dah ni. Nanti dulu, pasang alarm pun boleh kena curi. Pencuri zaman sekarang ini bukan macam dulu, sekarang ni mereka semua lagi bijak nak mencuri. 


Jadi nak tak nak perlu guna cara tambahan, contohnya pasang GPS Tracker. GPS Tracker merupakan satu gajet GPS yang moden berfungsi untuk mengesan sesuatu benda atau barang sekiranya hilang. Oleh itu, penggunaan pengesan GPS amat disarankan untuk semua pemilik kenderan persendirian atau untuk pernigaan

GPS Tracker Dari Gajet Sempoi


GPS Tracker dari Gajet Sempoi merupakan satu gajet GPS yang sangat mudah dan fleksibel yang boleh mengesan sesuatu benda atau barang sekiranya hilang. Lengkap dengan peta Malaysia dan alat pengesan lokasi. Hasil carian akan terus dapat melalui smartphone anda. Cara untuk menggunakannya memang mudah, hanya plug & play sahaja, dan SIAP!

Jenis GPS Tracker :-

  • GPS Tracker 516A
  • GPS Tracker 516B

Kelebihan GPS Tracker 516A
  • Senang nak ‘sembunyi’ kat mana-mana bahagian 
  • Hanya perlu plug and play 
  • Harga paling ekonomi dan tahan lama 
  • Cara guna mudah, hanya SMS dan smartphone sahaja 
  • Sesuai untuk kegunaan peribadi seperti kereta dan van 
  • Pilihan owner kereta sewa. Vellfire biasanya install lebih dari 1 unit 
  • Saiz kecil, tapi power! 

Kelebihan GPS Tracker 516B
  • Digunakan meluas pada kenderaan komersil
  • Pemasangan yang mudah
  • Harga paling ekonomi dalam kelasnya
  • Cara guna mudah, hanya SMS dan smartphone sahaja
  • Sesuai untuk kegunaan komersil contohnya van, lori dan bas
  • Pilihan owner syarikat
  • Extra powerful berbanding model lain

Soalan Lazim Berkaitan Produk


1. Barang Kena Pasang Sendiri Ke?
Anda boleh pasang sendiri ataupun upah panel kami yang pasangkan. Sila rujuk dengan jelas terutamanya berkaitan dengan harga termasuk pemasangan (Lembah Klang sahaja) ataupun pasang sendiri. Rujuk di store online kami.

2. Adakah Produk Ini Selamat Untuk Digunakan ?
Produk ini telah diuji dan ianya selamat.

3. Adakah Produk Ini Betul-betul Berkesan ?
Produk kami memang terbukti berkesan. Kami telah menjual ribuan bungkusan kepada para pelanggan kami dan semua pelanggan kami berpuas hati dengan produk ini.

Disebabkan itu  jaminan pulangan wang 100% jika ia tidak berfungsi. 

Jadi, dengan adanya GPS Tracker, peluang anda untuk mendapatkan kembali kenderaan yang telah dicuri amatlah tinggi. Berbanding kenderaan yang tidak memasang gajet ini, peluang untuk ditemui semula hanya 25%.

Jangan sayang sangat untuk keluarkan sedikit modal untuk benda yang kita sayang. Kita prepare dan cegah awal-awal. Kalau suatu hari nanti kita sendiri yang mengalami kecurian kenderaan (mintak dijauhkan), sekurang-kurangnya dengan ada GPS Tracker boleh trace kenderaan kat mana-mana, takda la rugi berpuluh ribu.


Saya berminat lah nak pasang GPS Tracker. Kat mana boleh dapatkannya?
Untuk mendapatkan gajet ini dan maklumat lanjut, boleh ke pautan di bawah :-

gajetsempoi.com




Share
Tweet
Pin
Share
6 ulasan
Jenama Ephyra memang tidak asing lagi bagi aku. Sudah terlalu ramai yang berkongsi mengenai keberkesanan produk-produk yang dikeluarkan di bawah jenama ini. Kali ini keluar lagi satu produk terbaru iaitu Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum. Kiranya aku antara orang yang terawal menggunakan Ephyra Skin Nano. Agak tak sabar juga rasanya nak mencuba produk ini sebab aku belum pernah menggunakan mana-mana serum setakat ini. Jadi, ini merupakan kali pertama nak merasa pakai serum. Haha.

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland. Serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri.

Produk ini bebas dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone. Serum ini sangat senang meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak menyebabkan kulit berminyak. Gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah. 

Bagaimana Teknologi Nano Bertindak Pada Kulit 


Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

Serum ini memberikan tiga manfaat kepada kulit iaitu:

Memulihkan : Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang dan muda. 

Memperbaharui : Menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna. 

Melindungi : Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit.

Kelebihan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum


Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

10 Kesan nyata Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

1.  Mengecutkan jerawat 
2.  Menghilangkan parut jerawat dan jeragat 
3.  Menganjalkan dan menegangkan kulit wajah yang kendur 
4.  Menghilangkan bintik – bintik hitam 
5.  Mencerahkan kulit kusam 
6.  Memperbaiki tona kulit tidak sekata 
7.  Mengekalkan kelembapan wajah 
8.  Menghilangkan lebam bawah mata 
9.  Merawat kulit terbakar ( sunburn ) 
10. Memberikan efek kilauan pada wajah

Melihat pada kesan nyata Ephyra Skin Nano ini, memang sesuai sangat la aku menggunakannya sebab sekarang ini kulit muka aku naik jerawat dan meninggalkan parut yang kehitaman. Macam tau-tau pula aku nak gunakan serum ini. Berkesan ke tidak ni? Ok, nanti aku kongsikan kesannya selepas menggunakan Ephyra Skin Nano

Cara Menggunakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum


Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

1. Cuci muka dengan Ephyra Skin Bar. Guna pencuci muka lain pun boleh.
2. Keringkan muka dengan tuala bersih
3. Titiskan Ephyra Skin Nano di tangan dan apply pada muka. Tapi aku titiskan terus pada muka dan sapu rata di seluruh muka serta leher
4. Gunakan pada waktu pagi dan sebelum tidur untuk kesan yang lebih baik.

Testimoni Ephyra Skin Nano Oleh Hajar Shikin

Dengan cuaca panas sekarang ini, memang patut kita menggunakan produk-produk yang tidak mudah berminyak seperti Ephyra Skin Nano ini. Aku paling suka bila apply serum ini di muka. Rasanya seperti ia meresap dengan cepat ke dalam kulit. Dah nama pun menggunakan teknologi nano, mestilah cepat meresap masuk ke lapisan kulit.

Lepas beberapa hari menggunakan serum ini dan hasilnya macam gambar kat bawah tu.

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

Nampak makin kecut kan jerawat tu. Kira ok la. Belum cukup seminggu sudah nampak kesan positif pada kulit yang bermasalah. Lagi satu, lepas apply serum ini, kulit rasa tegang tapi lembap dan kurang berminyak dah.

Kalau diuji pada jerawat di muka aku ini, memang lulus dah. Berkesan untuk mengecut dan menghilangkan jerawat. Tapi kalau bab parut jerawat tu, aku masih belum nampak kesan dia. Mungkin sebab masih baru menggunakan serum ini, tak sampai seminggu pun. Parut tu mungkin makan masa sikit.

Keseluruhannya, Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum memang aku syorkan untuk anda yang mengalami kulit bermasalah seperti jerawat. Kalau ada masalah kulit lain pun boleh juga cuba serum ini, sebabnya ia mempunyai 10 kelebihan dalam memulihkan kulit wajah anda.





Harga Asal
RM 88 (Sem.Malaysia)
RM 92 (Sabah/Sarawak) 

Harga Promosi 
RM 68 (Sem. Malaysia)
RM 72 (Sabah/Sarawak) 


Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum boleh dibeli secara online melalui 
www.oceanlife2u.com 
atau 
Whatsapp ke : 019 - 7373770 / 019 -3800779 
Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u 

Juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan Singapura dan terdapat juga di farmasi terpilih serta kedai/toko jamu. 


*Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke 019-3015577



Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Sekarang ini, aku perasaan masyarakat kini terutamanya wanita yang selalu ingin menjaga kecantikan lebih berhati-hati dalam pemilihan produk. Mungkin mereka sudah banyak didedahkan dengan info mengenai kesan bahan kimia menerusi produk penjagaan kulit. Jadi masing-masing sudah sedar akan kebaikan produk yang dihasilkan secara semulajadi.

Aku nak kongsikan satu produk semulajadi yang mendapat permintaan tinggi dari Malaysia, Brunei, Singapore dan juga Indonesia. Produk itu adalah Sabun Bidara Plus.

Sabun Bidara Plus

Sabun Bidara Plus Sabun Semulajadi

Sabun Bidara Plus merupakan sabun yang direka khusus untuk menggantikan sabun biasa. Sabun ini menggunakan 100% bahan semulajadi. 

Ia digunakan untuk merawat dan mencantikkan kulit muka yang bermasalah. Selain itu, sabun ini juga turut boleh digunakan dalam perubatan islam.

Kandungan Sabun Bidara Plus

Sabun Bidara Plus semuanya diperbuat dari bahan semula jadi seperti :
  • Minyak zaitun
  • Minyak bidara
  • Minyak habbatus sauda
  • Minyak kelapa
  • Mentega koko
  • Mentega shea
Jadi tak perlu risau akan kandungannya, memang tiada bahan kimia yang boleh membahayakan kulit anda.

Kelebihan Sabun Bidara Plus

  • Hilangkan bau badan selama 12 jam - Sabun Bidara Plus sangat bagus dalam menghilangkan bau badan. Tidak perlu lagi gunakan deodorant.
  • Membaiki kulit yang bermasalah - Selesaikan kulit bermasalah seperti ekzema, kulit kering, kegatalan dan psoriasis.
  • Menghilangkan kesan jerawat dan jeragat - Sabun Bidara Plus membantu hilangkan kesan parut dan jerawat secara alami tanpa merosakkan kulit.
  • Atasi gangguan jin / sihir - Penggunaan herba-herba sunnah amat baik untuk merawat penyakit yang disebabkan sihir, ain, dan saka.
Sabun Bidara Plus

Kenapa Mesti Cuba Sabun Bidara Plus?


1. Tiada SLS/ALS/SLES
Kebanyakan produk yang ada di pasaran mengandungi bahan-bahan yang tidak baik untuk kesihatan kulit. Tahukah anda, ejen pencuci seperti Sodium Laureth Sulfate (SLES), Sodium Lauryl Sulfate (SLS), Ammonium Lauryl Sulfate (ALS) bukan sahaja digunakan di dalam sabun mandi dan shampu, malah merupakan bahan utama di dalam sabun pencuci pinggan mangkuk, pencuci tandas, pencuci baju dan segala pencuci lain.

2. Menggabungkan khasiat dari minyak-minyak semula jadi
Sabun Bidara Plus menggunakan minyak-minyak seperti minyak zaitun, minyak bidara, minyak habbatus sauda, minyak kelapa, mentega koko dan mentega shea yang sudah diketahui umum amat baik untuk kesihatan kulit dan tubuh badan.

3. Duit habis untuk pelbagai rawatan dan produk kecantikan.
Ini biasa. Kita cari rawatan bila kita ada masalah. Kadang-kadang muka dan kulit tetap tidak ok walaupun dah cuba macam-macam, dan mungkin ada juga kulitnya makin teruk selepas mencuba sesuatu produk. Rupa-rupanya masalah dari produk kita sendiri yang tidak ditukar. Cuba semak sendiri kandungan produk yang ada di rumah, dan buat sedikit research mengenainya di internet, adakah ia selamat untuk digunakan.

4. Sudah ramai yang beralih dari produk kimia kepada produk berdasarkan sumber semula jadi
Walaupun mungkin memakan kos yang lebih tinggi, tetapi ramai yang sudah sedar akan kebaikan produk-produk semula jadi kerana mengutamakan kesihatan diri.

Feedback Terbaik Dari Pengguna

Rata-rata customer yang menggunakan Sabun Bidara Plus sangat berpuas hati dengan perubahan yang dialami. Kulit mereka lebih lembut dan lembap, malah jerawat dan resdung juga turut hilang apabila menggunakan sabun ini.

Testimoni Sabun Bidara Plus
Testimoni Sabun Bidara Plus
Testimoni Sabun Bidara Plus
Testimoni Sabun Bidara Plus
Testimoni Sabun Bidara Plus
 Testimoni Sabun Bidara Plus


Ok, jika anda rasa berminat untuk mencuba sendiri Sabun Bidara Plus, boleh hubungi maklumat di bawah.

Whatsapp : 019-2635500
Facebook : Sabun Bidara Plus
Instagram : Sabun Bidara Plus
Website : www.sabunbidaraplus.com



Share
Tweet
Pin
Share
8 ulasan
Sekarang ini terlalu banyak produk kecantikan yang dikeluarkan saban hari. Sampai satu tahap rasa confuse nak pilih produk mana. Mungkin juga trend produk baru sekarang, produk yang sama sahaja tapi telah direbrand dan dijadikan jenama sendiri penyebab lambakan produk dipasaran. 

Fitrah manusia juga suka benda cantik. Muka pun nak cantik sekali lah. Sebab itu produk kecantikan mendapat permintaan tinggi. Pendapat aku, kulit tak cantik jelita takpe. Asalkan kulit bersih dan sihat, itu pun dah mencukupi. Cliche sangat ayat. Haha.

Ok straight to the point, aku nak kongsikan produk kecantikan dari Seqy Beauty yang boleh dipercayai. Kenapa boleh dipercayai ? Ia telah diluluskan oleh KKM dan kandungannya dari bahan-bahan yang terbaik, selamat dan yang penting halal. Setakat ini Seqy Beauty telah mengeluarkan beberapa produk secara berperingkat, dan mungkin lepas ni akan ada lagi produk yang menyusul.

Seqy Beauty

Skincare Set Seqy Beauty

Set Skincare diformulasikan khusus untuk kulit Asia dan juga mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat, kusam, dan berminyak. Set Skincare ini terdiri daripada Cleanser, Toner, Serum dan Day & Night Cream. Kandungannya diekstrak dari pelbagai tumbuhan alam semulajadi. Ia tidak mempunyai merkuri atau bahan-bahan terlarang, anda tidak perlu ragu-ragu kerana set skincare ini telah diluluskan oleh KKM.

Skincare Set Seqy Beauty

Fungsi Skincare Set

Cleanser - Mengandungi vitamin C dan pelbagai jenis ekstrak tumbuhan. Ia bertujuan untuk pemutihan dan membersihkan kulit dari dalam serta dianggap sebagai pembasmi kuman.
Toner - Mampu  mengurangkan kemerahan pada kulit wajah dan mengurangkan jerawat kerana diformulasi dengam ciri-ciri mengawal sebum iaitu kelenjar yang mengeluarkan minyak
Serum - Mengawal sebum, bertindak sebagai anti mikrobial dan mencegah pertumbuhan bakteria serta merawat kulit yang berjerawat.
Day & Night Cream - Mengurangkan kemerahan dan agen penyejuk yang dimiliki boleh menenangkan kulit dan mengurangkan kegatalan yang disebabkan oleh jerawat. Gunakan 2 kali sehari boleh mengurangkan jerawat sekali gus membersihkan kulit wajah.

Lepas pakai set skincare ni, muka anda akan rasa lembut je bila bangun tidur. Dah tak berminyak lagi. Liang pori pun makin mengecil. Paling seronok bila pakai krim dia, muka akan jadi sejuk dan segar. Krim dia tak bau merkuri dan tak melekit macam produk lain. Bau dia macam ubat. Jadi yakin sikit nak pakai kan.

Harga :-
RM130 (SM)
RM140 (SS)


Sakura Mask Seqy Beauty

Sakura Mask adalah gel pelbagai fungsi kerana ianya mengandungi Sakura Plan Extract dan Snail Extract yang terkenal dengan fungsi melembap, anti-penuaan, mencerahkan, dan juga mempunyai ciri-ciri anti-radang. Beberapa ekstrak tumbuhan juga ditambah untuk hasil yang lebih berkesan.

Sakura Mask Seqy Beauty

Fungsi dan Kebaikan Sakura Mask 

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Menyegar serta melembapkan kulit
  • Mengurangkan bekas jerawat
  • Mengecilkan pori-pori
  • Mencerah dan menghaluskan kulit wajah
  • Membantu re-generasi kulit
  • Mengurang dan mencegah kedutan pada wajah
  • Mengeringkan jerawat
  • Mengurangkan kemerahan dan ruam pada kulit
  • Boleh digunakan untuk kulit terbakar
  • Kaya dengan vitamin B
  • Mengurangkan selulit
  • Menghilangkan flek hitam pada wajah
  • Memperbaiki kulit secara keseluruhan
  • Merangsang pembentukan kolagen
  • Anti-penuaan, anti-radang, anti-septik, anti-fungal

Kandungan Sakura Mask 

Aqua, Carbormer, Extract Sakura Plant, Snail Secretion Filtrate, Chamornilla Recutita (Matricia) Flower Extract, Sodium PCS, Glycerin, Propylene Glycol, Allantoin, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, 1,2-Hexanediol, Chlorhenesin.

Bila sebut mengenai mask, mesti kita fikir perlu 'ketatkan' muka. Tak boleh nak senyum, gelak apatah lagi kalau nak bercakap. Haha. Tapi Sakura Mask ni tak perlu tahan buat semua tu sebab mask ini jenis yang tak mengeras. Jadinya tak perlu takut mask tu pecah-pecah ataupun crack bila gelak-sakan. Sakura Mask ini bukan cuma boleh pakai diwajah, tetapi badan dan bahagian lain yang bermasalah. Kalau kulit terbakar, ruam atau parut luka sangat disyorkan menggunakan Sakura Mask.

Harga :-
RM110 (SM )
RM120 (SS)


BB Cream Seqy Beauty

BB Cream ini merupakan produk penjagaan kulit pelbagai guna. Ia digunakan  untuk melindungi kulit dari sinaran UV dan juga sebagai penutup asas, pelembap, pengawal minyak dengan ciri-ciri penyembuh serta mengurangkan parut jerawat. 

BB Cream Seqy Beauty

Fungsi dan Kelebihan BB Cream 

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Menutupi cela di muka
  • Sebagai bedak asas
  • Lebih ringan dari foudation
  • Sebagai essential krim, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit
  • Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30+)
  • Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya
  • Wajah tidak berminyak sepanjang hari
  • Berfungsi melawan sinar Ultra Violet dan pencemaran udara sehingga menjadikan kulit tetap sihat
  • Melambatkan penuaan
  • Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia

Kandungan BB Cream 

  • Aqua Cream
  • Beeswax
  • Cetyl Alcohol
  • Octyl Methoxycinnamate
  • Cyclopentasiloxane
  • Dimenthicone
  • Caprylic/Capric Triglyceride
  • Propylene Glycol
  • Titanium Dioxide
  • Iron Oxides
  • Sodium Chloride
  • Phenoxyethanol
BB Cream Seqy Beauty antara bb cream yang menjadi pilihan aku kerana ia amat sesuai dengan jenis kulit muka aku.  Paling aku suka adalah rasanya lebih ringan dimuka seperti tak pakai apa-apa pun. Kalau pakai bb cream sebelum ni rasa berminyak dan tak tahan lama. Aku dah review mengenainya sebelum ini. Boleh baca review penuh aku melalui pautan ini. - BB Cream by Seqy Beauty

Harga :-
RM55 (SM)
RM60 (SS)

Testimoni Pengguna Produk Seqy Beauty

Ini antara beberapa feedback daripada pengguna. Kebanyakan mengatakan produk dari Seqy Beauty menyelesaikan dan memberikan kesan yang positif terhadap kulit bermasalah.

Testimoni Set Skincare Seqy Beauty
Testimoni Set Skincare
Testimoni Sakura Mask Seqy Beauty
Testimoni Sakura Mask
Testimoni BB Cream Seqy Beauty
Testimoni BB Cream

Bagi yang masih meroyan mencari produk yang sesuai dan berkesan, aku syorkan anda semua mencuba produk dari Seqy Beauty. InshaAllah dengan memakainya secara betul dan konsisten, masalah kulit anda dapat diatasi.

Macam mana untuk mendapatkannya? Anda boleh terus menghubungi maklumat dibawah untuk mendapatkan produk ini.


Rohaya Yusof  (Kak Aya)
Whatsapp :  +6017 341 6762 
Instagram: rohaya_yusof
Email : rohayayusof73@gmail.com
Blog : www.jendelahidup.com




Share
Tweet
Pin
Share
8 ulasan
Pakej Percutian di Malaysia (Imtiyaz Travel & Tours) - Sekarang ini mungkin ada di antara anda yang tengah tercari-cari pakej percutian menarik. Maklumlah cuti sekolah tak lama lagi. Mesti ada yang tengah plan nak bawa keluarga bercuti ataupun nak honeymoon. Aku ingin kongsikan satu tawaran pakej percutian dan pelancongan yang menarik bagi anda yang merancang untuk bercuti dalam Malaysia iaitu CutiPulau.com.

CutiPulau.com

Pakej percutian dari Cutipulau.com ini diuruskan salah satu syarikat pelancongan tempatan iaitu Imtiyaz Travel & Tours Sdn Bhd. Cutipulau.com menawarkan pakej percutian ke pulau-pulau di Malaysia serta tanah tinggi, pantai-pantai dan lawatan ke tempat menarik.

Pakej Percutian CutiPulau.com di Malaysia yang Berbaloi


Di CutiPulau.com, anda dapat memilih pelbagai pakej percutian berbaloi dan menarik dengan harga yang sesuai dengan kemampuan. 

Berikut merupakan beberapa pakej yang ditawarkan :-

Pakej percutian ke pulau
CutiPulau.com menawarkan pakej percutian di pulau-pulau Malaysia seperti Pulau Tioman, Pulau Sibu, Pulau Pangkor dan banyak lagi. Anda boleh mendapatkan pakej ke pulau dari harga serendah RM80

Pakej Percutian ke Pulau

Pakej domestik
Pakej ini menawarkan percutian ke tanah tinggi seperti Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Fraser, pantai-pantai, taman tema serta banyak lagi lawatan ke tempat menarik.

Pakej Percutian Tanah Tinggi
Pakej Percutian Ke Port Dickson

Dalam Malaysia banyak tempat menarik yang boleh diterokai sebenarnya. Dengan percutian ini sedikit sebanyak dapat merehatkan dan membuka minda anda dengan benda baru. Lebih-lebih lagi jika anda memilih pakej percutian dari CutiPulau.com, Insha Allah, anda akan berpuas hati dengan servis yang diberikan.

Bagi yang berminat boleh terus hubungi dengan maklumat dibawah.

Facebook : Imtiyaz Travel & Tour
Call/ Whatsapp : 05-6918898 / 012-4466664 
Email : hubungi@cutipulau.com
Website : cutipulau.com


Share
Tweet
Pin
Share
11 ulasan
iLancee.com, mungkin ada yang sudah biasa dengar dan mungkin juga ini kali pertama anda mendengar mengenai web tersebut. iLancee.com merupakan web pusat jual beli servis Malaysia yang mana sistemnya sama seperti Fiverr dan Murahnya.my.

Website ini telah dilancarkan sejak Mei 2014 dan baru-baru ini telah diupgrade serta berwajah baru dengan membawa perubahan besar. Oh ya, sesiapa yang pernah mendaftar di iLancee.com, patut baca info penting dengan klik pautan ini. - iLancee.com Kini Berwajah Baru

iLancee.com

Buat Duit di iLancee.com

Di iLancee.com, anda boleh mendapatkan pelbagai servis atau menjana income dengan menjual servis (dipanggil gig). Antara gig yang ditawarkan di web ini adalah design blog atau web, reka grafik, pengiklanan, penulisan artikel dan banyak lagi. Bagi anda yang mempunyai kemahiran-kemahiran berikut, web ini adalah tempat terbaik untuk anda buat duit secara online.

Langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk menjana income adalah mendaftar secara percuma di iLancee.com dan bolehlah start bina gig. Kalau nak lagi berkesan, kongsikan gig anda di laman sosial supaya orang ramai tahu mengenai servis yang anda tawarkan.

iLancee.com
Pelbagai pilihan servis

Bagi anda yang ingin mendapatkan servis-servis berikut, anda hanya perlu keluarkan modal serendah RM5 atau lebih bergantung kepada penjual dan gig yang anda pilih. Memang harga mampu milik sangat kan. 

iLancee.com
Contoh gig

Untuk membeli gig caranya cukup senang. Anda hanya perlu pilih gig yang anda minat dan klik gig tersebut, nanti akan keluar seperti gambar diatas. Selepas itu klik pada butang 'beli' untuk melakukan pembelian gig tersebut, seterusnya anda akan dibawa ke laman proses pembayaran. Cara yang cukup mudah dan sistematik.

pendapatan iLancee.com
Pendapatan lumayan melalui iLancee.com

Aku pun sudah menjana income dari web ini. Walaupun tak sebanyak seperti gambar diatas, sekurang-kurangnya ada hasil juga. Banyak platform yang boleh anda gunakan dan iLancee.com merupakan salah satu platform yang aku pilih untuk buat duit online. Peluang untuk kita buat duit online sudah ada, hanya perlu memberikan komitmen supaya apa yang diusahakan akan berhasil.



Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Seutas jam tangan amat penting bagi orang yang menepati masa. Jam tangan bukan sahaja berfungsi sebagai penunjuk masa tetapi ia juga boleh menggambarkan personaliti seseorang. Pelbagai jenis jenama jam yang dikeluarkan, dan G-Shock merupakan diantara nama besar yang menawarkan jam berkualiti sejak dulu lagi.

Setelah hampir berdekad‐dekad berada di pasaran dunia, jenama jam tangan G‐Shock masih diminati ramai dan kekal dengan kualiti yang terbaik. Jenama yang berasal dari Jepun ini amat komited dalam penghasilan koleksi jam tangan yang benar‐benar berkualiti dan tahan lasak. Ini kerana, jam tangan G‐Shock sering menjadi pilihan invidu yang gemar melakukan aktiviti outdoor. Rekaan jam tangan yang tahan lasak dan diperbuat daripada material berkualiti tinggi menyebabkan ia tidak mudah rosak. 

Koleksi jam tangan ini juga dilengkapi dengan beberapa fungsi khas yang berguna. Jadi, jika anda merupakan seorang kaki outdoor dan menginginkan aktiviti yang lancar, anda wajib memiliki salah satu koleksi jam tangan G‐Shock online seperti dibawah.
Jam Outdoor G‐Shock
Jam tangan G‐Shock ini merupakan jenis fully digital dimana anda boleh lihat digit terpapar dengan jelas pada skrin jam tangan.
Jam Outdoor G‐Shock
Temui juga koleksi jam tangan semi digital yang mengandungi paparan skrin serta jarum jam sebagai penunjuk masa. 
Jam Outdoor G‐Shock
Tidak ketinggalan juga jam tangan jenis tanpa paparan skrin dan hanya mengandungi jarum jam. 

Walau apa pun jenis jam tangan G‐Shock pilihan anda, ketiga‐tiga jam tangan ini mempunyai fungsi kalis air, tahan hentakkan dan kualiti skrin yang tidak mudah pecah. Oleh yang demikian, anda bebas memakai jam tangan ini ketika berenang, bersukan mahupun melakukan aktiviti lasak yang lain. Jam tangan G-Shock juga tahan lebih lama dan dijamin berbaloi untuk anda miliki. Jadi apa tunggu lagi, dapatkan salah satu koleksi jam tangan G‐Shock dengan segera!




Share
Tweet
Pin
Share
6 ulasan
Kulit putih, siapa yang tidak mahu kan? Kebiasaannya aku lihat, kalau putih mesti mereka di luar sana hanya menitikberatkan putih dibahagian muka sahaja. Dibahagian badan dibiarkan gelap, sangat tak cantik mata aku tengok, macam pelik je. Nak putih mestilah seluruh badan. Aku nak memperkenalkan satu produk yang mampu putihkan kulit seluruh badan. Produk itu adalah MIKA Sakura White.

Review MIKA Sakura White

MIKA Sakura White

MIKA Sakura White merupakan supplement pemutih seluruh badan yang diformulasi oleh doktor perubatan bertauliah Malaysia dengan kepakaran teknologi Korea. Ia 100% dari ekstrak semulajadi Bunga Sakura. Ekstraknya antara agen anti penuaan yang paling berkesan dan terbukti digunakan oleh ramai pengamal kecantikan di Jepun dan Korea. Untuk pengetahuan anda, Bunga Sakura memiliki kandungan zat melatonin dan antioksidan yang dapat melindungi dari radikal bebas dan juga boleh mencantikkan kulit anda. 

Produk ini tidak mengandungi bahan kimia, malah ia juga telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi anda tidak perlu risau akan kesan sampingan yang negatif. 

Kebaikan dan Kelebihan MIKA Sakura White

  • Sesuai untuk semua jenis kulit lelaki dan wanita
  • Boleh memutihkan kulit muka
  • Boleh memutihkan kulit satu badan
  • Boleh menghilangkan jerawat dan parut jerawat
  • Boleh menghilangkan jeragat
  • Boleh menaikkan seri muka
  • Paling penting, boleh memutihkan satu badan dengan cara paling mudah iaitu kunyah sahaja!

Review MIKA Sakura White
Muka makin putih sikit, cuma tinggal parut jerawat je. Hehe

Aku pun agak excited menggunakan MIKA Sakura White. Sebabnya ia menampakkan kesan seawal 2 minggu pada kulit wajah aku. Kulit aku makin putih hanya dengan makan tablet berperisa anggur ini 2 biji setiap hari. Sebenarnya aku pernah menggunakan beberapa produk sebelum ini dan kebanyakannya memberi kesan seawal satu bulan. Kalau nak dibandingkan, MIKA Sakura White lebih menjadi pilihan aku.

Cara Pengambilan MIKA Sakura White

MIKA Sakura White perlu dikemam atau kunyah sebelum makan 2 atau 1 biji sehari. Aku ambil 2 biji sehari, sebelum sarapan dan sebelum tidur. Selain itu banyakkan minum air masak supaya lebih berkesan.

Perlu diingatkan, golongan dibawah ini dilarang mengambil MIKA Sakura White.
  • Ibu mengandung bawah 3 bulan
  • Ibu menyusu baby bawah 3 bulan tapi atas 3 bulan boleh
  • Ada penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, buah pinggang
  • Bawah umur 12 tahun.
Kenal Uyaina? Siapa tonton Nona Manis mesti kenal dengan Uyaina yang cantik ni. Dia pun pengguna MIKA Sakura White tau. Lihat review terbaik daripada dia.

Review MIKA Sakura White

Review MIKA Sakura White

Review MIKA Sakura White

Sememangnya MIKA Sakura White ini berkesan untuk mendapatkan kulit putih serta mengembalikan kecantikan wajah. Ada yang memberi kesan seawal 3 hari penggunaan. Memang cepat kesannya. 

Sekarang ini Procrowd Holdings sedang mengadakan promosi untuk 200 pelanggan terawal. Untuk dapatkan promosi dan sebarang pertanyaan boleh hubungi :-

Sis Ara dari Procrowd Holdings Sdn Bhd
Whatsapp: 013-203 7799 
Page: Rahsia Kecantikan Wanita 









Share
Tweet
Pin
Share
12 ulasan
Older Posts
tudungsekolah

PENULIS

About Me
HAJAR SHIKIN
Advertorial, Review, Sponsorship
Email: hajarshikin.blog@gmail.com
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

ARTIKEL TERBARU

HOT MINGGU INI

  • Nikmati Penerbangan Pada Harga Terendah Bersama MAS
  • Dokumen Dan Prosedur Permohonan Perkahwinan di Terengganu
  • Review Shopping di Chilindo
  • Cognitive Elements to Effective Adult Learning
  • Sistem Akaun Senang Guna MS Excel

Tudung sekolah

KATEGORI PILIHAN

Informasi Kecantikan dan Kesihatan Lifestyle Resepi Review Tudung Budak

NEWSLETTER

Created with by ThemeXpose