• HOME
  • CONTACT
  • RESEPI
  • TRIP & TRAVEL
  • REVIEW
  • ADVERTORIAL
  • TIPS
    • Buat Duit Online
    • Tips Bisnes
  • DISCLAIMER
INSTAGRAM FACEBOOK

HAJARSHIKIN.COM

Pulau Perhentian antara destinasi pelancongan yang popular kat Malaysia. Dikenali sebagai syurga marin dan menjadi sebahagian daripada Taman Laut Negara Malaysia. Pulau Perhentian juga terkenal dengan kecantikan alam semula jadi seperti pantai yang putih bersih, air laut jernih membiru yang kaya dengan coral menarik, pelbagai jenis ikan serta hidupan laut.

Baru-baru ini aku berpeluang bercuti 3 hari 2 malam di Pulau Perhentian Kecil. Aku decide nak ambil pakej terus sebab pergi time hujung minggu dan confirm la ramai orang. Kalau walk in dibuatnya chalet atau resort dah full, tak ke haru. Lagipun ini kali pertama datang sini. Jadi survey punya survey dapat la pakej yang sesuai di hati, RM 269 seorang untuk tiket bot pergi balik, penginapan dan snorkeling.

Tiba hari kejadian, aku bertolak dari Kota Bharu jam 7 pagi dengan menaiki kenderaan sendiri. Sampai di Jeti Kuala Besut lebih kurang sejam kemudian. Kalau naik flight, korang perlu turun dekat Airport Kota Bharu kerana lebih dekat dengan Jeti Kuala Besut berbanding Airport Kuala Terengganu. Kalau korang naik kereta sendiri, boleh parking kereta kat belakang Hotel Ain dengan bayaran RM 10 sehari. Tempat parking lain aku kurang pasti ada ke tidak.
Ain Hotel Besut
Ain Hotel

Dah selesai parking dan briefing semua, boleh tunggu bot kat Terminal Pelancongan, berhadapan dengan Hotel Ain. Dalam Terminal Pelancongan ni ada kedai makan dan kedai cenderahati. Nanti boleh beli ole-ole kat sini 😊 Sebelum nak masuk area tempat menuggu bot, korang perlu membayar cukai laut sebanyak RM 5 seorang dewasa.
Jeti Kuala Besut
Jeti Kuala Besut

Perjalanan menaiki bot dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian Kecil memakan masa lebih kurang 40-45 minit. Yang mabuk laut kena makan ubat siap-siap sebab botnya memang laju dan rasa terhentak-hentak bila dilambung ombak kuat. Rasa bergegar perut 😵 Nasib aku bukan jenis mabuk laut. Haha.

Penginapan di Pulau Perhentian Kecil

Lepas sampai di Jeti Coral Bay, terus cari resort untuk check in. Aku menginap di Tivolli Inn. Resort ni agak ke dalam hutan sikit. Lepas turun dari jeti, korang perlu cari pintu gerbang Ombak Dive Resort. Korang masuk dalam tu, nanti akan ada signboard Long Beach. Korang ikut arah situ dan perlu mendaki bukit untuk sampai ke sana. Nak kata bukit tinggi sangat tu takde la, tapi disebabkan dah jalan jauh, bawa beg berat....memang menguji fizikal juga. Haha. Resort ni takde la mewah sangat, tapi cukup la setakat buat tidur dan rehat
Tivolli Inn Pulau Perhentian
Tivolli Inn

Kincir Angin Pulau Perhentian

Lepas check in, rehat kejap dan decide nak ke Windmill lepas Zohor tapi disebabkan hujan terpaksa drag sikit. Lebih kurang jam 2 lebih aku start keluar bilik. Dari Tivolli In nak ke Windmill, korang perlu cari Long Beach yang cuma 8 minit berjalan kaki. Kat Long Beach, korang kena cari Awatif Campsite. Haa, laluan hiking nak ke Windmill area situ la. Kalau tak jumpa sila la tanya orang-orang dekat situ. Hihi.
Windmill Pulau Perhentian
Trek ke Windmill

Ok, sekali lagi fizikal dan mental diuji. Nak sampai ke puncak Windmill lebih kurang 30 minit tapi dia punya track tak susah sangat pun. Dalam penat tu rasa berbaloi basah tiak sebab korang dapat lihat view laut yang cantik dari puncak 😂 Kat sini la nak bergambar banyak-banyak.
Puncak Windmill Pulau Perhentian
Puncak Windmill

Windmill Pulau Perhentian
Windmill

Kat sini takde aktiviti lain boleh buat selain bergambar dan menikmati panorama. Dah puas hati bergambar, kena berjalan lagi turun puncak. Semasa turun takde la penat macam hiking tadi. Lepas turun dari Windmill, hari pun masih cerah, aku lepak kat Long Beach kejap pekena ABJ. Kat sini la kena jaga mata sikit sebab ramai minah saleh berbikini. 😂
Air Batu Jagung Pulau Perhentian
Air Batu Jagung berharga RM5

Aktiviti di Long Beach

Pada waktu malam takde aktiviti nak buat, cuma keluar cari makan kat Long Beach. Korang jangan risau, sepanjang Long Beach memang banyak kedai makan cuma kena expect makanan kat sini agak mahal berbanding di darat. Tapi takpela, sekali-sekala je kan. Huhu. Sambil makan boleh menikmat angin pantai dan menonton pertunjukan api.
Long Beach Pulau Perhentian
Kedai Makan di Long Beach
Nasi Goreng RM 8
Pertunjukan Bunga Api Long Beach
Fireshow

Snorkeling Pulau Perhentian

Jam 11 pagi keesokannya, aktiviti yang wajib dilakukan kalau datang ke pulau. Snorkeling time! Ini merupakan kali pertama aku snorkeling. Memang la ada rasa takut sikit tapi kita cuba 😆 Kalau ikut dalam pakej yang aku ambil ada 5 point.

1. Fish point
2. Shark point
3. Fishermen Village
4. Turtle point
5. Lata Air Berani

Snorkeling Pulau Perhentian

First point, aku dibawa ke pantai, tapi aku tak tau nama pantai tu. Huhu. Kat sini macam tempat korang nak practice snorkeling la bagi beginner macam aku ni.

Practice kat situ dalam 20 minit, selepas itu, bergerak ke point yang ke-2, Fish Point. Kat sini korang boleh nampak Terumbu Karang dan pelbagai jenis ikan yang comel-comel. Seterusnya, aku dibawa ke Shark Point. Kat sini korang takde la nampak banyak shark macam korang nampak ikan kat point sebelum ni. Hari tu terjumpa seekor sahaja. Tu pun hanya sekilas. Haha. So, sebab shark takde, kejap jela berendam kat sini.
Kg Nelayan Pulau Perhentian
Kg Nelayan

Kemudian, Boatman membawa kami ke Fishermen Village atau Kg Nelayan untuk mengisi perut. Di Kg Nelayan ini merupakan satu-satunya penempatan yang ada kemudahan seperti klinik, masjid dan sekolah. Aku tak sempat nak pusing-pusing dikawasan ini memandangkan Boatman memberi masa selama 1 jam sahaja disini untuk makan.

Lepas kenyang, kami ke Turtle Point. Time ni nasib baik jumpa la juga walau seekor penyu. Haha. Kat sini pun tak singgah lama sebab semua orang tak nak turun ke dalam air. Mungkin sebab penyu tak meriah dan masing-masing pun dah penat.
Lata Air Berani Pulau Perhentian
Lata Air Berani

Ok, last point. Aku fikir point terakhir ni pergi ke Lata Air Berani tapi tak pergi pun.😒 Memang kecewa sebab realiti tak sama dengan iklan. Huhu. Dalam pakej Lata Air Berani termasuk dalam aktiviti. Untuk pengetahuan korang, yang unik di Lata Air Berani adalah terdapat sebuah kolam yang airnya tidak pernah kering sama sekali. Air tawar misteri ini menjadi tumpuan ramai orang untuk bermandi-manda kerana kesegaran yang dirasakan bila air yang sejuk bak ais ini terkena pada badan! Tak dapat aku merasa mandi kat sini. Tapi kat last point tu Boatman singgah kat pantai yang aku tak tahu nama. Jadi mandi kat situ jela.

Hari terakhir dah tiada aktiviti nak buat. Tiba masa untuk check out resort dan pulang ke darat. Ok, dah berakhir percutian 3 hari 2 malam di Pulau Perhentian Kecil. Jikalau korang pergi 2 hari 1 malam pun dah ok sebenarnya. Tapi disebabkan aku rasa tak nak rushing sangat, jadi aku pergi selama 3 hari. Pulau Perhentian sesuai menjadi lokasi percutian idaman bagi sesiapa sahaja samada keluarga, kumpulan atau individu. Kalau korang dah biasa, boleh merancang percutian sendiri tanpa memerlukan pakej. 
Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan
Salam sore semua nya...

Tu dia. Belum apa-apa lagi dah masuk bunyi Indonesia nya. Haha. Artikel kali ini aku nak kongsi tips atau info untuk korang yang planning nak ke Lombok, Indonesia. 

Aku akan kongsi secara ringkas je la apa yang korang perlu tau untuk ke Lombok dan juga sedikit info tambahan mengenai pemilihan transport yang ada untuk ke KLIA2. 

Seperti biasa, korang perlu search tiket flight mana yang available dan sesuai dengan tarikh korang. Kalau menaiki Air Asia, dapatlah dalam harga RM370 returns termasuk meals dalam flight. Kira ok la harga ni. Kalau beli awal, lagi murah korang dapat. Jangan lupa juga booking awal-awal Pak Supirnya. Penting ke ambil supir ni? Memang penting sangat sebab ni bukan kat Jepun, kat Korea yang ada public transport yang boleh korang survive sendiri. Dengan adanya supir, korang tak mudah tertipu dengan harga tambang kalau nak ke mana-mana

Ok, checklist dah double confirm, backpack dah settle. Tiba masa nak berangkat. Kalau malas atau penat nak drive ke airport, korang boleh proceed dengan KLIA transit ticket booking yang ada di website Traveloka yang mana amat murah, cepat dan mudah. Yang penting korang tak perlu drive sendiri. Hehe. Kalau naik KLIA transit ni dari Bandar Tasik Selatan, lebih kurang 30-40 minit dah sampai KLIA2. Banyak je station yang dia berhenti. Korang boleh pilih nak naik dari mana. Harga yang ditawarkan pun murah je nak ke airport.

Kalau tak nak naik KLIA Transit, korang boleh juga book transport ke KLIA2 dengan menaiki kereta sedan yang boleh ditempah dari website Traveloka. Dah sampai di airport, check-in luggage lalu terbanglah bersama Air Asia ke wilayah Lombok.

Penginapan di Lombok

Yang ni korang tak perlu risau sebab banyak jenis penginapan yang ada kat sini. Kalau nak meriah sikit, boleh try tengok kat area Senggigi, boleh dah la start guna aplikasi Traveloka sebab harga kat situ yang aku rasa agak murah berbanding tempat lain. 

Senggigi ni boleh dikatakan berada di tanah besar Lombok. So andai kata korang ada yang nak jalan ke pulau-pulau kat Lombok ni, boleh fikir untuk penginapan di pulau-pulau tu. Point kat bawah nanti aku cerita lagi.


Gerai Makanan di Sekitar Lombok

Seperti yang korang tau, Lombok ni kira satu tempat peranginan yang popular. Jadi gerai-gerai makan tersangat la banyak. Tinggal pilih je nak yang gerai atau rumah makan. Kalau kat KL rumah makan ni kira macam restoran la. Harga dia boleh dikira mahal sikit bagi orang Lombok. Tapi kalau dah convert dalam Ringgit Malaysia, lebih kurang RM20 ke bawah. Depends pada menu. Kalau korang tak tau nak makan di mana, boleh je tanya kat Pak Supir. Dia kan orang local dan lebih mengetahui mana yang sedap dan ikut bajet korang.

JANGAN LUPA CUBA AYAM TALIWANG!! Ini adalah menu wajib yang korang patut cuba kalau dah sampai Lombok ni.
Ayam Taliwang
Ayam Taliwang

Tempat Menarik di Tanah Besar Lombok

Kat tanah besar dia ni banyak tempat-tempat menarik yang korang boleh pergi. Nak ke pantai boleh, air terjun boleh. Nak pergi perkampungan budaya dorang pun boleh. Cumanya akan memakan kos masa dan duit sikit la. Sebab jarak antara tempat-tempat tu agak jauh juga. 
Boleh check list kat bawah.

Senarai pantai di Lombok – Pantai Senggigi, Pantai Mawun, Pantai Kuta, Pantai Bangko-bangko, Pantai Selong Belanak dan banyak lagi. Setiap pantai ni ada ciri-cirinya yang tersendiri.
Pantai senggigi
Pantai Senggigi
Senarai air terjun di Lombok – Air Terjun Benang Kelambu, Air Terjun Tiu Sekeper, Air Terjun Tiu Kelep, Sendang Gile Waterfall dan banyak lagi. Ini antara yang popular. Sama seperti pantai, ada cirinya tersendiri. Yang pastinya semua cantik.
Air Terjun Sendang Gile
Air Terjun Sendang Gile
Senarai pulau di Lombok – Gili Air, Gili Trawangan, Gili Menor dan banyak lagi. Okay, kat sini kalau korang nak menginap, aku suggest kat Gili Trawangan sebab pulau ni lagi meriah dari yang lain. Untuk resort dan chalet, boleh book online atau walk in je terus. Pilih la nak murah ke mahal ke. Ala-ala hotel mewah ke chalet ke. Semua ada. Plus, dia punya sunset cantik banget. 

Tempat lain yang menarik – Sasak Village (suku kaum SADE). Haa... Yang ni antara yang popular dalam masyarakat Lombok sebab mempunyai budaya yang agak pelik dan unik. Sebab apa? Sebab konsep dia yang melarikan anak dara orang sebagai tanda suka kepada seseorang tu. Selain tu, korang akan jumpa lagi beberapa perkara yang unik mengenai budaya dorang dari segi seni kraftangan, pertahanan diri dan senibina rumah dorang.
Sasak Village
Sasak Village
Itu antara info yang aku boleh kongsi kat korang dan ia antara perkara yang penting juga kat Lombok ni. Tips lain, sediakan lah ubat-ubatan yang patut sebab perjalanan ni banyak menggunakan fizikal, lebih-lebih lagi kawasan air terjun. Kalau tak biasa aktiviti lasak confirm krem kaki. Haha.

Untuk charge barangan eletronik, sila la bawa atau beli adapter yang international sebab Indonesia bukan pakai plug sama dengan Malaysia. Hotel pula boleh pilih sekitar Senggigi atau Mataram sebab ada pekan dan cantik. Meriah la sikit walaupun agak jauh dari airport. Nak yang dekat dengan jeti boleh cari hotel di Gili. Berbaloi sebab meriah ada pasar malam. Tapi waktu malam agak bising la sebab area situ ada pub. Faham-faham saja la. Hehe

Dah settle percutian 4 hari 3 malam di Lombok. Balik travel confirm penat. Jadi bila dah sampai KLIA2, boleh book sekali lagi private transport kat Traveloka. 

Ok, aku harap dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat la bagi gambaran kat korang yang nak ke sana. Semoga bemanfaat dan selamat bercuti!


Share
Tweet
Pin
Share
3 ulasan
Jika datang ke Kuala Terengganu, tak lengkap percutian kalau tak ke Taman Tamadun Islam (TTI). Taman Tamadun Islam terletak di Pulau Wan Man, yang merupakan sebuah pulau kecil di muara Sungai Terengganu. Disini korang boleh menaiki River Cruise, melawat Taman Monumen dan melihat keindahan Masjid Kristal yang merupakan tarikan utama.

Masjid Kristal

masjid kristal
Masjid Kristal
Masjid ini dianggap unik kerana ia merupakan masjid pertama yang dibina sepenuhnya dari keluli dan kaca. Hanya 2% sahaja dari kristal. Part mana kristal tu? Haa, yang tu korang kena tengok sendiri. Haha. Masjid ini dibuka dan dirasmikan pada 8 Februari 2008 oleh Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Sayangnya, ketika aku ke sana, masjidnya ditutup kepada orang ramai kerana dalam renovation. Jadi, cuma boleh bergambar diluar masjid sahaja la. Huhu.Oh ya, nak masuk ke masjid ni free sahaja.

Taman Monumen

Taman Monumen TTI
Antara monumen yang ada
Taman Monumen ini mempamerkan 22 monumen dari 21 negara di seluruh dunia. Monumen ini  merupakan mercu tanda penting yang menandakan kedatangan dan pembangunan dan Islam di negara-negara tersebut yang dibina dengan skala lebih kecil berbanding saiz asal.

Bayaran masuk
Dewasa : RM 24.10
Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM 17.80
Kanak-kanak (7-12 tahun) : RM 17.80
Kanak-kanak (6 tahun ke bawah) : Percuma

Harga tiket mungkin berubah mengikut peredaran waktu

Waktu operasi
Isnin, Rabu, Khamis : 10 pagi - 6 petang
Jumaat - Ahad, cuti sekolah dan sesetengah cuti umum : 9 pagi - 6 petang
Ditutup untuk solat Jumaat : 11.30 pagi - 2.30 petang

TTI River Cruise

TTI River Cruise
Tempat menunggu bot
Kalau korang jarang naik bot atau tak pernah langsung naik bot, dan ingin menikmati pemandangan yang menakjubkan di sekeliling pulau kecil, korang wajib mencuba TTI River Cruise. Sebenarnya banyak pakej yang disediakan, tapi aku memilih pakej yang paling mudah iaitu menaiki bot menyusuri muara Sungai Terengganu lebih kurang 40-45 minit masa perjalanan.

Harga tiket River Cruise Terengganu
Harga Tiket River Cruise
Harga tiket RM 24.10 untuk dewasa termasuk makan percuma. Nak naik bot ni ada sesi masa yang telah ditetapkan. Haritu aku pergi dapat sesi jam 4:30 petang. Sementara menunggu, aku isi perut dulu dengan menebus makanan percuma di Restoran B'Beteng yang cuma berada bersebelahannya. Korang boleh tebus satu hidangan sahaja tau, tak termasuk minuman. Nak minum kena bayar sendiri pulak. Haha

Waktu operasi
Isnin, Rabu, Khamis : 10 pagi - 6 petang
Jumaat - Ahad, cuti sekolah dan sesetengah cuti umum : 9 pagi - 6 petang
Ditutup untuk solat Jumaat : 11.30 pagi - 2.30 petang

Laluan River Cruise
Laluan River Cruise
Sepanjang 40-45 minit tu korang akan melalui 17 destinasi. Atas bot tu takde la lihat pemandangan semata-mata kerana ada staffnya atau pemandu pelancong yang akan menerangkan fakta dan sejarah tentang sesebuah tempat tu. Secara tak langsung, bertambah la sikit pengetahuan. Hehe.

TTI River Cruise
Pemandu pelancong atas bot
Pulau Mayat
Pulau Mayat
Pulau Mayat. Dengar nama macam seram kan. Pulau ini mendapat nama kerana suatu ketika dulu, pernah terjadi kejadian lemas di sungai tu, dan mayatnya di temui di pulau tersebut.

Pulau Hajjah Siah
Pualu Hajjah Siah
Dalam banyak-banyak tempat, Pulau Hajjah Siah ada cerita paling menarik. Menurut pemandu pelancong, atas pulau itu cuma satu keluarga sahaja yang tinggal, iaitu keluarga Hajjah Siah. Sebelum ini, pulau itu pernah didiami beberapa keluarga tapi cuma bertahan beberapa bulan sahaja. Yang masih bertahan pada ketika itu cuma keluarga Hajjah Siah dan suami. Sebab apa? Dikatakan Hajjah Siah seorang bomoh dan suaminya mahir dalam ilmu persilatan. Kiranya ilmu penuh didada lah. Aku tak ingat berapa hektar keluasan pulau tu tapi memang besar la dan ianya menjadi hak milik keluarga Hajjah Siah seorang.

Terengganu Drawbridge
Terengganu Drawbridge
Masjid Kristal
Masjid Kristal dari pandangan atas bot
Banyak lagi tempat menarik untuk diceritakan. Selebihnya korang kena dengar sendiri dengan menaiki River Cruise dan merasai pengalaman menyusuri Sungai Terengganu. Memang seronok kalau sekali-sekala bawa anak atau family bercuti ke tempat sebegini. 

Sebelum habis, jom layan video sekitar pemandangan Taman Tamadun Islam 😉

                 Sumber : Blog Faiz Channel









Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan

Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Pulau Lagenda seperti Kota Mahsuri, Tapak Kawasan Beras Terbakar dan beberapa lagi tempat yang pernah aku ceritakan sebelum ni, Jikalau pergi ke Langkawi memang tak sah kalau tak merasai sendiri pengalaman menaiki cable car. 
Kalau nak naik cable car ni korang kena pergi ke Oriental Village. Kat dalam Oriental Village macam-macam ada. Gerai jualan cerderhati, kedai coklat, restoran, tempat rekreasi, dan banyak lagi. Bukan semata-mata untuk cable car je tau.


Oriental Village ( Cable Car )

Oriental Village ( Cable Car )
Antara beberapa view dalam Oriental Village. 2 gambar je aku ambik..hahaha


Ok, kalau nak naik cable car mesti beli tiket dengan harga RM20 untuk dewasa. Ni harga pada September 2014, untuk yang akan datang tak tau la. Untuk pengetahuan korang, cable car mempunyai dua stesen hentian, stesen pertama dan stesen kedua. Di stesen yang pertama, korang boleh memilih sama ada untuk turun di situ atau terus ke stesen ke dua. Pada hari yang aku pergi haritu, aku tak berhenti di stesen pertama tapi terus pergi ke stesen kedua. 

Ok, layan gambar je =)

Oriental Village ( Cable Car )

Oriental Village ( Cable Car )

Oriental Village ( Cable Car )
Apa ni? Air terjun sebenarnya

Oriental Village ( Cable Car )

Oriental Village ( Cable Car )
Pemandangan yang cantik dapat dilihat dari stesen ke dua

Oriental Village ( Cable Car )
Ok, nak turun dah

Pengalaman naik cable car
Tak nak naik dah ! Okeh kalau pergi Langkawi lagi aku takkan naik cable car ni. Sebab apa? Sebab ia memang menakutkan. Hahaha. Ketar lutut kot rasanya. Masa naik cable car, kalau korang pandang bawah memang rasa gayat ditambah dengan hutan je di kiri kanan. 


Share
Tweet
Pin
Share
3 ulasan

Assalamualaikum !

Salah satu lagi sejarah yang terkenal di Langkawi adalah Beras Terbakar yang terletak di Padang Matsirat. Tapak kawasan Beras Terbakar ini berdekatan dengan tempat penginapan aku, Inapan Gamat Asli. Sejarah Beras Terbakar ini adalah kesinambungan daripada cerita Mahsuri . 

Tapak Kawasan Beras Terbakar

Sejarah Beras Terbakar
Selepas beberapa bulan pembunuhan Mahsuri, Pulau Langkawi telah diserang oleh orang-orang Siam. Sebelum pertempuran itu berlaku, Datuk Pekerma Jaya dapat merasakan Pulau Langkawi akan tewas, Oleh itu, dia memerintahkan orang-orangnya menggali lubang untuk menanam beras supaya tidak jatuh ke tangan musuh. Ketewasan Datuk Pekerma Jaya mempertahankan Pulau Langkawi, mengikut kepercayaan orang pada masa itu dan sampai sekarang pun, ialah dengan kerana sumpahan Mahsuri. Satu daripada bukti sumpahan itu ialah beras simpanan terbakar.

Tapak Kawasan Beras Terbakar

Tapak Kawasan Beras Terbakar

Tapak Kawasan Beras Terbakar

Tapak Kawasan Beras Terbakar

Sebelum korang masuk ke tapak kawasan Beras Terbakar, terlebih dahulu korang akan menemui kedai-kedai kecil di kiri dan kanan yang mana menjual pelbagai cederahati, kain batik atau pelikat dan pelbagai lagi.

Tapak Kawasan Beras Terbakar
Antara beberapa barangan yang dijual 





Share
Tweet
Pin
Share
3 ulasan

Langkawi memang sinonim dengan nama 'Pulau Legenda' lebih-lebih lagi legenda mengenai Mahsuri. Siapa yang tak tau mengenai lagenda Mahsuri kan. Seingat aku kat sekolah dulu pun belajar mengenai sejarah Mahsuri. Siapa Mahsuri ni? Ok kita recall balik sejarah.

Lagenda Mahsuri
Mahsuri adalah isteri kepada Wan Darus, adik lelaki tunggal  Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya, Penghulu Langkawi pada masa itu. Sifat dan kejelitaan Mahsuri yang dikatakan luar biasa mengundang rasa iri hati Wan Mohora iaitu isteri Wan Yahya. Suatu hari, Mahsuri dituduh bermukah *berzina* dengan Deramang seorang penglipur lara. Ekoran tuduhan itu, Mahsuri dihukum bunuh. Sebelum ditikam Mahsuri berkata.

"Ya Allah, Ya Tuhan Yang Maha Melihat Segalanya, aku redha akan matiku jika benar aku bersalah tapi jika benar aku dianiaya...ssesungguhnya aku haramkan darahku mengalir ke bumi ini".

Selepas ditikam, darah putih yang mengalir dan membuktikan Mahsuri tidak bersalah. Mahsuri berkata lagi
"Kan aku dah cakap aku tidak bersalah. Disebabkan penganiayaan ini, aku sumpah, bumi Langkawi tidak akan aman, berpuakalah menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan!"

Macam tulah kisah Mahsuri yang diceritakan oleh pemandu pelancong semasa aku melawat Langkawi haritu. Sekarang ni tujuh keturunan tu dah tamat.

Ok, inilah sekitar luar Kota Mahsuri

Kota Mahsuri

Kota Mahsuri

Kota Mahsuri

Keturunan ke-7 Mahsuri, Wan Aisyah
Ni adalah Wan Aisyah Wan Nawawi. Keturunan ke-7 Mahsuri

Disebabkan masa yang tidak mengizinkan, aku tak berkesempatan nak masuk ke Kota Mahsuri. Aku melawat kat luar je. Dalam Kota Mahsuri korang boleh tengok makam Mahsuri, telaga Mahsuri dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan Mahsuri. Harga tiket untuk masuk ke dalam Kota Mahsuri adalah RM 10 untuk dewasa. Ni harga pada September 2014, untuk akan datang tak tau lah =)








Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan

Timun Laut ataupun gamat sememangnya telah diketahui khasiatnya. Bukan sahaja sebagai produk kesihatan malahan sebagai produk kecantikan. Gamat dipercayai telah diamalkan oleh Mahsuri di Langkawi untuk mengekalkan kecantikan wajah dan kekal muda.


Produk Gamat Asli di Nusantara Maju Langkawi

ibu gamat

sabun langsing

sabun gamat dan pelembap

Ok, baru-baru ini aku berpeluang pergi ke Langkawi dan salah satu tempat yang aku kunjungi adalah Nusantara Maju yang terletak di Kampung Bayas, Padang Matsirat. Bukan cuma minyak gamat tapi pelbagai produk kecantikan dan kesihatan dijual disini. Yang pastinya harganya pun murah-murah. Boleh beli secara borong. Seingat aku satu dozen minyak gamat berharga RM 10. So, alang-alang datang ke Pulau Langkawi, korang tak boleh melepaskan peluang untuk berkunjung ke Nusantara Maju.

memasak gamat

replika botol gamat di nusantara maju

Yang menariknya, disini disediakan tempat memasak gamat. Tempat memasak itu disediakan bagi menunjukkan demonstrasi membuat minyak gamat yang memang popular di Langkawi. Para pengunjung boleh membuktikan sendiri kehebatan gamat ini dengan cara mencelupkan tangan ke dalam kuali panas yang memasak gamat. Aku sendiri mencubanya dan hasilnya tangan aku takde apa-apa, tak melecur pun. Betapa hebatnya gamat ni kan? 

Lagi satu yang istimewa di Nusantara Maju adalah replika botol minyak gamat. Menurut  Encik Azam pemandu pelancong kami, replika tersebut merupakan replika botol minyak gamat yang terbesar didunia. Kalau berkunjung ke Nusantara Maju memang tak sah kalau tak bergambar dengan replika botol ni.

Khasiat gamat memang tak dapat dipertikaikan lagi. Kalau zaman nenek moyang dulu, gamat digunakan untuk menyembuhkan luka. Pada zaman sekarang ni bermacam-macam perkara boleh buat dengan menggunakan gamat. 

Kalau nak tau dimana aku menginap sepanjang percutian ni boleh tengok < sini >


Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Older Posts
tudungsekolah

PENULIS

About Me
HAJAR SHIKIN
Advertorial, Review, Sponsorship
Email: hajarshikin.blog@gmail.com
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

ARTIKEL TERBARU

HOT MINGGU INI

  • Nikmati Penerbangan Pada Harga Terendah Bersama MAS
  • Dokumen Dan Prosedur Permohonan Perkahwinan di Terengganu
  • Review Shopping di Chilindo
  • Jom Aktifkan Mykad | Mykad Smart Shopper
  • Kek Oreo Cheese Guna 3 Bahan

Tudung sekolah

KATEGORI PILIHAN

Informasi Kecantikan dan Kesihatan Lifestyle Resepi Review Tudung Budak

NEWSLETTER

Created with by ThemeXpose