Koleksi Jam Outdoor G‐Shock

Seutas jam tangan amat penting bagi orang yang menepati masa. Jam tangan bukan sahaja berfungsi sebagai penunjuk masa tetapi ia juga boleh menggambarkan personaliti seseorang. Pelbagai jenis jenama jam yang dikeluarkan, dan G-Shock merupakan diantara nama besar yang menawarkan jam berkualiti sejak dulu lagi.

Setelah hampir berdekad‐dekad berada di pasaran dunia, jenama jam tangan G‐Shock masih diminati ramai dan kekal dengan kualiti yang terbaik. Jenama yang berasal dari Jepun ini amat komited dalam penghasilan koleksi jam tangan yang benar‐benar berkualiti dan tahan lasak. Ini kerana, jam tangan G‐Shock sering menjadi pilihan invidu yang gemar melakukan aktiviti outdoor. Rekaan jam tangan yang tahan lasak dan diperbuat daripada material berkualiti tinggi menyebabkan ia tidak mudah rosak. 

Koleksi jam tangan ini juga dilengkapi dengan beberapa fungsi khas yang berguna. Jadi, jika anda merupakan seorang kaki outdoor dan menginginkan aktiviti yang lancar, anda wajib memiliki salah satu koleksi jam tangan G‐Shock online seperti dibawah.
Jam Outdoor G‐Shock
Jam tangan G‐Shock ini merupakan jenis fully digital dimana anda boleh lihat digit terpapar dengan jelas pada skrin jam tangan.
Jam Outdoor G‐Shock
Temui juga koleksi jam tangan semi digital yang mengandungi paparan skrin serta jarum jam sebagai penunjuk masa. 
Jam Outdoor G‐Shock
Tidak ketinggalan juga jam tangan jenis tanpa paparan skrin dan hanya mengandungi jarum jam. 

Walau apa pun jenis jam tangan G‐Shock pilihan anda, ketiga‐tiga jam tangan ini mempunyai fungsi kalis air, tahan hentakkan dan kualiti skrin yang tidak mudah pecah. Oleh yang demikian, anda bebas memakai jam tangan ini ketika berenang, bersukan mahupun melakukan aktiviti lasak yang lain. Jam tangan G-Shock juga tahan lebih lama dan dijamin berbaloi untuk anda miliki. Jadi apa tunggu lagi, dapatkan salah satu koleksi jam tangan G‐Shock dengan segera!




6 Ulasan

  1. dulu zaman sekolah menengah pakai jam ni.pi pasar malam beli yang made china punya...cetal rompak

    BalasPadam
  2. sy mmg suka jam ada jarum, kalo tgk jam je boleh bahagi2 waktu kerja dgn baik berbanding guna jam digital. serius x selasa dgn jam digital.

    tp boleh la terima digital jika ianya menunjukkan tarikh dan bulan

    BalasPadam
  3. Tak boleh tunjuk koleksi ni kat suami sebab dia memang peminat Gshock

    BalasPadam
  4. G Shock satu jenama yang saya suka ho..ho..pilihan warna juga menarik

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama