iLancee.com Pusat Jual Beli Servis

iLancee.com, mungkin ada yang sudah biasa dengar dan mungkin juga ini kali pertama anda mendengar mengenai web tersebut. iLancee.com merupakan web pusat jual beli servis Malaysia yang mana sistemnya sama seperti Fiverr dan Murahnya.my.

Website ini telah dilancarkan sejak Mei 2014 dan baru-baru ini telah diupgrade serta berwajah baru dengan membawa perubahan besar. Oh ya, sesiapa yang pernah mendaftar di iLancee.com, patut baca info penting dengan klik pautan ini. - iLancee.com Kini Berwajah Baru

iLancee.com

Buat Duit di iLancee.com

Di iLancee.com, anda boleh mendapatkan pelbagai servis atau menjana income dengan menjual servis (dipanggil gig). Antara gig yang ditawarkan di web ini adalah design blog atau web, reka grafik, pengiklanan, penulisan artikel dan banyak lagi. Bagi anda yang mempunyai kemahiran-kemahiran berikut, web ini adalah tempat terbaik untuk anda buat duit secara online.

Langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk menjana income adalah mendaftar secara percuma di iLancee.com dan bolehlah start bina gig. Kalau nak lagi berkesan, kongsikan gig anda di laman sosial supaya orang ramai tahu mengenai servis yang anda tawarkan.

iLancee.com
Pelbagai pilihan servis

Bagi anda yang ingin mendapatkan servis-servis berikut, anda hanya perlu keluarkan modal serendah RM5 atau lebih bergantung kepada penjual dan gig yang anda pilih. Memang harga mampu milik sangat kan. 

iLancee.com
Contoh gig

Untuk membeli gig caranya cukup senang. Anda hanya perlu pilih gig yang anda minat dan klik gig tersebut, nanti akan keluar seperti gambar diatas. Selepas itu klik pada butang 'beli' untuk melakukan pembelian gig tersebut, seterusnya anda akan dibawa ke laman proses pembayaran. Cara yang cukup mudah dan sistematik.

pendapatan iLancee.com
Pendapatan lumayan melalui iLancee.com

Aku pun sudah menjana income dari web ini. Walaupun tak sebanyak seperti gambar diatas, sekurang-kurangnya ada hasil juga. Banyak platform yang boleh anda gunakan dan iLancee.com merupakan salah satu platform yang aku pilih untuk buat duit online. Peluang untuk kita buat duit online sudah ada, hanya perlu memberikan komitmen supaya apa yang diusahakan akan berhasil.



2 Ulasan

Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama