• HOME
  • CONTACT
  • RESEPI
  • TRIP & TRAVEL
  • REVIEW
  • ADVERTORIAL
  • TIPS
    • Buat Duit Online
    • Tips Bisnes
  • DISCLAIMER
INSTAGRAM FACEBOOK

HAJARSHIKIN.COM

Sebelum berkahwin, urusan dokumen inilah yang paling penting. Tak lengkap dokumen ni, tak kahwin la kau. Betul tak? Jadi, aku nak share la pengalaman aku dalam menguruskan dokumen-dokumen ini. Mungkin boleh dijadikan panduan bagi korang yang tengah rancang nak kahwin.

Ok, sebelum cerita panjang-panjang, aku nak jelaskan situasi aku dan tunang (sekarang dah jadi suami 😊). Suami lahir di Kelantan dan bermastautin di Kelantan. Aku pula lahir di Terengganu dan bermastautin di Terengganu juga.

Prosedur Permohonan Perkahwinan

Yang pertama sekali, korang mesti dah tetapkan tarikh perkahwinan dan menghadiri Kursus Pra Perkahwinan. Mesti ramai yang dah pergi kursus kahwin lepas tamat SPM. Haha. Aku tau la, lebih-lebih lagi yang perempuan 😂 Kursus kahwin korang pergi awal pun takpa sebab sijil tu valid sehingga tarikh kahwin. Tak kisah lah nak kahwin lagi tiga atau empat tahun, sijil tu masih boleh digunakan.

Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin
Borang ni korang boleh dapatkannya di Pejabat Agama daerah masing-masing. Setahu aku, ada beberapa negeri yang boleh muat turun online borang ini. Lagi mudah kan, dihujung jari sahaja. Macam suami aku, dia ambil borang dengan Imam kampung pun boleh. Mana-mana yang lagi mudah.

Borang kahwin
Borang permohonan untuk kebenaran berkahwin bagi perempuan (Negeri Terengganu)

Ujian HIV
HIV test korang boleh lakukannya di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja dan result HIV ini valid selama 6 bulan. Nasihat aku, sebelum pergi klinik sebaiknya call dulu untuk pertanyaan lanjut. Kalau nasib tak baik jadi macam aku la. Aku ke Klinik Kesihatan Seberang Takir, Terengganu. Bukan main pagi-pagi lagi dah sampai sana sebab fikir sampai awal takda la lama menunggu. Tapi rupanya jam 2 petang baru dia buat ujian HIV. Terasa penyesalan disitu sebab datang awal. Haha.

Di Terengganu, borang ujian HIV dia akan sertakan sekali bersama borang permohonan kebenaran berkahwin

Borang HIV Test

Dokumen Yang Diperlukan
Ok, firstly kena selesaikan dokumen dan borang lelaki. Dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan borang antaranya seperti berikut :
1) Kad pengenalan lelaki
2) Laporan Ujian HIV
3) Surat akuan bujang
4) Sijil Kursus Kahwin

Selepas settle semua boleh terus hantar ke Pejabat Agama Daerah. Jika borang dan dokumen dah lengkap, boleh la Pegawai Agama tu bagi pengesahan dan nanti dia akan sertakan sekali surat kebenaran berkahwin luar mukim. Semua ni boleh diselesaikan dalam masa beberapa jam sahaja. Ok, dah settle borang lelaki barulah serahkan semua dokumen kepada perempuan untuk mulakan proses.

Dokumen yang diperlukan untuk mengisi borang permohonan kebenaran berkahwin bagi perempuan macam list dibawah.

Dokumen kahwin yang diperlukan

Tambahan : Salinan kad pengenalan 2 orang saksi dibelah pihak lelaki

Dah siap isi borang, boleh hantar terus ke Pejabat Agama Daerah bersama dengan borang lelaki. Dalam kes aku, aku cuma hantar segala dokumen dan borang tu kepada jurunikah sahaja sebab rumah jurunikah tu lagi dekat dengan rumah aku berbanding dengan Pejabat Agama. 😅 Korang boleh hantar kat mana-mana je, sama ada Pejabat Agama Daerah atau Jurunikah. Bagi yang tak tahu lagi siapa jurunikah kat tempat korang, korang boleh rujuk senarai jurunikah di pejabat agama.

Ok, bila jurunikah cakap dah complete borang kau, maknanya dah settle la bab borang ni. Tunggu menghitung hari je kan, dan buat persiapan lain.

Bila siap segala dokumen ni rasa lega sikit sebab dulu-dulu fikir agak leceh dan banyak yang kena buat untuk isi borang nikah tu. Padahal takda la leceh mana. Mungkin sebab aku takda kes-kes istimewa. Jadi nak lengkapkan dokumen ni agak mudah la.




Share
Tweet
Pin
Share
3 ulasan
Hari - hari keluar iklan mengenai Chilindo kat facebook. Rakan facebook, rakan blogger pun ramai yang kongsikan mengenai web Chilindo. Jadi, aku pun terjebak la jugak. Iman tak kuat nak menahan godaan. Haha. Biasa lah, perempuan kan. Kalau bab shopping dia orang pertama yang tahu kalau ada sale, barang murah, atau tempat shopping baru.

Bagi yang pertama kali dengar, Chilindo ni merupakan pusat shopping online macam Zalora dan Lazada. Tetapi yang membezakannya adalah, di Chilindo korang perlu membida barang tersebut. Jika menang bida, baru boleh beli. Faham kan bagaimana bida berfungsi?

Chilindo

Ok, aku berjaya bida beberapa barang tapi at the end dua barang sahaja aku beli. Hihi. Dua barang tersebut adalah :-
  • Beg Duffle Neat
  • Tongkat Selfie
Nanti aku tunjuk gambar kat bawah kalau ada antara korang yang masih belum terbayang barang apa yang aku beli. Hehe

Kualiti Barang

Apabila membeli barang, tentu lah kualiti yang kita paling titik beratkan. Lebih-lebih lagi kalau barang tu murah, mesti kualiti dipersoalkan. Di Chilindo, ada yang berjaya bida dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran tau.

Jadi ok ke tidak barang dari Chilindo?
Berbaloi ke beli?

Setakat dua barang yang aku dapat tu, so far ok lah. Takda apa-apa masalah semasa sampai kat tangan aku.

Beg Duffle Neat

Beg Duffle

Beg ni aku berjaya bida dengan harga RM 11.70 sahaja. Murah la tu bagi aku. Haha. Beg ni sesuai la kalau korang nak pergi short vacation, sumbat dua tiga helai baju. Untuk pergi gym pun boleh. Nampak bergaya gitu kan.

Tongkat Selfie

Monopod

Tongkat Selfie ni pulak aku berjaya bida dengan harga RM 10.60. Tongkat ni 2 in 1 ya. Boleh buat monopod dan lagi satu korang boleh stand kan tongkat tu sebab dia ada tiga kaki yang boleh seimbangkan tongkat tadi. Kalau yang suka buat video, sesuai sangat la guna monopod yang boleh stand

Dua-dua barang ni aku memang puas hati dan berbaloi beli. Jadi, korang yang berkeinginan untuk bida dua barang ni, sila lah bida tanpa ragu-ragu. Hihi

Penghantaran dari Chilindo

Penghantaran Chilindo boleh dilakukan melalui pos atau nak Cash On Delivery (COD) pun boleh. Kalau nak dihantar melalui pos, caj penghantaran dikenakan sebanyak RM 8 dan jika korang memilih untuk COD, caj penghantaran RM 12 akan dikenakan. Beli banyak-banyak pun caj pengantaran tetap sama ok, takda caj tambahan lain dah. Sebab tu lagi berbaloi kalau kita order banyak-banyak terus kan.

Jadi, aku memilih penghantaran menggunakan pos ke Terengganu. Penghantaran dilakukan oleh Ninja Van. Jadi jakun kejap pertama kali terima penghantaran dari Ninja Van. Haha. Biasa kalau courier lain kena sign dan tulis nombor ic pada kertas dia tu kan, tapi Ninja Van tak perlu tulis, terus sign kat handphone dia. Dah maju sekarang kan.

Lepas dapat parcel tu, aku check sekali lagi tracking kat website dia. Hasilnya, nampaklah signature yang ntah apa-apa. 

Ninja Van
Seriously, sign kat kertas  lagi jauh beza 









Share
Tweet
Pin
Share
3 ulasan
Tudung Si Comel. Jenama ini mungkin kedengaran agak biasa bagi kaum ibu yang mempunyai anak khususnya anak perempuan. Bagi yang pertama kali mendengar, Tudung Si Comel merupakan pembekal Tudung Kanak-kanak Nombor 1 di Malaysia. Misinya adalah untuk "Membudayakan budaya bertudung seawal usia. Kita percaya melentur buluh biarlah dari rebungnya."

Tudung Kanak-Kanak

Untuk bertudung, kanak-kanak perlukan tudung yang mudah dipakai, lembut serta selesa. Berbeza pula dengan kita dewasa, kanak-kanak tidak gemar sesuatu yang merimaskan mereka. Jadi tudung fesyen ala-ala dewasa yang rumit sangatlah tidak sesuai terutamanya kepada mereka yang baru belajar bertudung.

Jubah Kanak-Kanak

Disebabkan itulah juga, kita Tudung Si Comel wujud dengan hasrat memudahkan rakan-rakan, ibu-ibu untuk mendapatkan tudung kanak-kanak berkualiti yang memenuhi ciri-ciri mudah, lembut dan selesa.


Apakah Langkah-Langkah Yang Dilaksanakan?

Apa yang telah Tudung Si Comel  laksanakan adalah memastikan setiap tudung yang hasilkan atau yang dipasarkan mempunyai corak tudung kanak-kanak yang ringkas dan mudah. Materialnya haruslah lembut dan dengan potongan yang mampu membuat mereka merasa selesa.

Tudung Sekolah


Potongan Istimewa

Potongan yang dihasilkan  adalah potongan tudung kanak-kanak istimewa. Potongan yang telah dibuat ujian beberapa kali keatas kanak-kanak bagi memastikan keselesaan mereka. Dan alhamdulillah, Tudung Si Comel sentiasa menerima maklumbalas positif dan sangat baik dari ibu-ibu yang pernah mendapatkan tudung dari Tudung Si Comel.

Jika ibu-ibu nak mencuba tudung sekolah, tudung untuk pakai harian atau jubah sekalipun dari jenama Tudung Si Comel ini, boleh membeli secara online di web TudungSiComel.com atau boleh Whatsapp terus ke nombor 013-7485863







Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Sekarang ini aku tengok ramai anak Melayu makin berminat dengan bisnes. Tak kira lah, jadi dropship, agent atau stokis sekalipun, itu sudah dianggap berbisnes. Hidup pada zaman yang taraf ekonomi makin tinggi ini memaksa kita untuk mempunyai sumber pendapatan lebih daripada satu. Disebabkan itu ada yang buat 'duit tepi' dengan berbisnes. Sesetengah orang sanggup berhenti kerjaya yang tetap semata-mata mahu fokus pada bisnes sahaja.

Ok, aku nak share 'Tips Asingkan Duit Modal Dengan Duit Untung' untuk newbie yang anda semua boleh gunakan bila berbisnes. Ni bukan tips daripada aku sendiri tau. Aku terjumpa tips ni hasil dari perkongsian di facebook Elyaney Khairuddin. 

Tips Bisnes Newbie

Tips Asingkan Duit Modal Dengan Duit Untung


Dibawah adalah cara yang saya lakukan :-

1-  Akaun Semasa/Current Account
Siapa yang belum ada Current Account, sila buat. Tapi WAJIB ada SSM + Cop Syarikat + Deposit. Saya cadangkan anda buat current account CIMB dan MAYBANK, dua-dua ni paling famous dikalangan pembeli online.

➡Maybank : Deposit RM2k + Introducer
➡CIMB : Deposit RM1k + Introducer

Deposit boleh keluarkan balik selepas selesai. Ada sesetengah bank tak perlukan introducer, cuba survey dulu.

2. Akaun Simpanan/Saving Account
Saya pasti semua orang dah ada saving account kan? Kalau belum ada boleh buat. Nak open saving account tak mahal pun. Maybank tak silap sy RM250 (kalau silap tolong betulkan).

3. Pembeli/Client
Pembeli ataupun client mestilah membuat bayaran ke akaun semasa, bukan lagi ke akaun simpanan. Tak kira dia beli apa atau bayaran apa sekalipun, duit jualan WAJIB masuk dalam akaun semasa.

4. Duit dari current account bayar:-
  • Pembekal : Ambil stok jualan/rolling modal
  • Bil : Poslaju (in case kalau korang buat kontrak, bil bayar 2 kali sebulan)/telefon/wifi dan lain-lain
  • Pekerja : Kalau ada staff. Tak ada takpe, jimat kos huhuhu.
  • Tax dan Zakat.
  • Lain-lain seperti minyak petrol, transport dan yang berkaitan dengan syarikat SAHAJA.
5. Gaji untuk diri sendiri (40%)
Hello... Jangan nak perasan yang duit bisnes korang tu 100% hak milik korang okay. Seeloknya bagi gaji pada diri sendiri setiap hujung bulan atau awal bulan.

Macam mana nak kira gaji kita? Yang ni saya bagi contoh sahaja ye. Saya ambik 40% dari baki yang tinggal.

Contoh : Baki setelah ditolak kos-kos diatas adalah RM5000. Contohnya anda ambik 40% dari baki tersebut.

Contoh :
Total Jualan (RM20,000) - Duit Keluar (RM15,000) = RM5000 / 40% = RM2,000 (Gaji Anda).

6. Saving Account
Dari Current Account, bayar gaji anda RM2,000 tadi ke Saving Account setiap hujung atau awal bulan.

Jika anda konsisten bagi gaji pada diri sendiri setiap bulan macam ni, anda boleh create slip gaji. Jadi anda ada slip gaji + pendapatan dari berniaga.

Faham tak?

Gaji inilah yang anda boleh guna untuk makan minum + bagi parents + bayar ptptn + kereta dan sebagainya. Cukup ke tak cukup, pandai-pandailah anda plan. Kalau tak cukup, usaha cari lebih jualan bulan depan.

7. Baki Jualan (60%)

SIMPAN !

Kenapa tak boleh habiskan?

Sebab nanti senang kalau anda nak tambah modal untuk ambik stok produk lain atau nak ambik lebih banyak stok dimasa akan datang. Yela, tak kan selamanya anda nak berada ditahap yang sama je kan?

Duit syarikat sepatutnya digunakan untuk pusingan modal dan operasi perniagaan. Bukan untuk kepentingan diri sendiri. Jangan jadi perompak bisnes sendiri !


Apa kepentingan Current Account ni?


1. Senang Buat Loan Dengan Bank
Lebih-lebih lagi yang buat bisnes sepenuh masa macam saya ni. Anda tak ada slip gaji tau. Nak apply apa-apa loan dengan bank susah. Jadi kena buat cara macam ni untuk bagi pihak bank nampak yang anda menjalankan bisnes cap kapak. Bukan bisnes cap ayam.

Yang bekerja boleh guna cara ni jugak. Buat slip gaji. Lagi senang nak apply loan sebab ada kedua-duanya, slip gaji + pendapatan dari berniaga.

2. Duit Bisnes Tidak Bercampur 
Perasan tak bila duit masuk dalam 1 akaun je, anda akan jadi 'pening'. Belanja makan ke, shopping ke, belanja pergi bercuti ke, main bedal je ambik duit. Tak tau tu duit bisnes atau duit sendiri. Alih-alih nak restock barang duit tak cukup!

3. Boleh oleh lihat dengan jelas mana DUIT ANDA dan mana DUIT SYARIKAT
Duit syarikat, milik syarikat. Bukan milik anda, walaupun anda pemilik syarikat. Makan je gaji tiap bulan tu dulu. Jangan berlagak macam tokey-tokey besar lagi

4. Membolehkan Pengurusan Wang Anda Lebih Efektif.
Belajar uruskan kewangan dengan baik dulu. Pusing modal yang ada dengan sebaiknya. Jika tidak, lama-kelamaan boleh memakan diri.

5. Tidak Akan Mengalami Masalah Akaun Tiba-tiba Diblock.
Saving account selalu akan mengalami masalah ini. Perkara ni terjadi kerana transaksi melebihi had setiap hari.

Dan banyak lagi kelebihan bagi orang yang berniaga macam saya ni. Ini berdasarkan apa yang saya buat. So far sekarang ni saya dah keluar/rolling modal lebih kurang RM40k untuk ambik stok. Tanpa berhutang. Saya kumpul dari duit untung masa jadi dropship lagi.

Tips ini sesuai untuk newbie yang baru nak mula berniaga. Mungkin boleh membantu mereka yang belum ada pengetahuan tentang ilmu ini 










Share
Tweet
Pin
Share
5 ulasan
Artikel pertama selepas menghilang.



Ya, setelah sekian lama menghilang. Sebenarnya bukan hilang sangat pun, ada dan wujud je di alam realiti. Meneruskan kehidupan harian seperti biasa, cuma aku lama menghilang dari update blog dan kurang expose diri di media sosial.

Kenapa menghilang? Sakit ke? 
Alhamdulillah, setakat ini sihat walafiat. Diberi kesihatan yang baik untuk melakukan kerja seharian. Cuma selama aku bekerja makan gaji, masa untuk ambil tahu pasal blog agak terbatas. Kerja 12 jam sehari dan bila balik kerja, kau cepat tewas kalau nampak katil, terus terbayang tidur, terbayang nikmatnya rehat atas katil☺

Since aku dah resign baru-baru ini, jadi boleh lah fikir untuk berblog semula dan cari cara nak naikkan income online dan berblogging. Kalau korang ada job, boleh la contact aku lepas ni. Haha

Hajar Shikin

Motif letak gambar sendiri? 
Kot la korang dah tak kenal muka aku, kan lama menghilang. Yang tak kenal lagi boleh la berkenalan lepas ni. Hihi. 

Hampir setahun tak practise buat artikel panjang-panjang. Nak siapkan satu artikel ni pun gigih tau. Ya, Allah punyalah payah nak siapkan. Seharian buat artikel yang cinonet ni. Betul la orang kata, practise make perfect. Kalau lama sangat tak buat sesuatu pekerjaan tu, lepas tu kita nak start balik memang jadi macam aku lah. Rasa sengsara sangat nak habiskan satu perenggan. Haha

Rasanya setakat ini dulu lah sebagai artikel permulaan selepas lama menghilang. Harap lepas ni aku makin bersemangat dan konsisten untuk update blog. Paling 'rajin' sangat sebulan sekali wajib update. Kalau boleh nak update setiap hari kan? Kuikui.







Share
Tweet
Pin
Share
8 ulasan
Newer Posts
Older Posts
tudungsekolah

PENULIS

About Me
HAJAR SHIKIN
Advertorial, Review, Sponsorship
Email: hajarshikin.blog@gmail.com
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

ARTIKEL TERBARU

HOT MINGGU INI

  • Nikmati Penerbangan Pada Harga Terendah Bersama MAS
  • Review Shopping di Chilindo
  • Dokumen Dan Prosedur Permohonan Perkahwinan di Terengganu
  • Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap
  • Sistem Akaun Senang Guna MS Excel

Tudung sekolah

KATEGORI PILIHAN

Informasi Kecantikan dan Kesihatan Lifestyle Resepi Review Tudung Budak

NEWSLETTER

Created with by ThemeXpose