Dulu selalu lupa nak renew lesen memandu. Sedar-sedar lesen dah mati bila kena tahan roadblock. Sekarang ini tarikh tamat tempoh lesen mengikut tarikh lahir, jadi tiada alasan lupa lagi untuk renew lesen memandu.
Renew lesen memandu online masih baru dilaksanakan kalau tak silap aku. Apabila dapat renew online memang sangat memudahkan bagi aku yang malas berurusan di kaunter kerajaan. Lebih-lebih lagi sekarang ni semua dihujung jari. Tak perlu nak beratur panjang di kaunter JPJ atau Pejabat Pos
Renew lesen memandu online boleh dilakukan melalui dua cara. Pertama, melalui portal MySikap, dan yang kedua melalui MyEg. Aku lebih prefer menggunakan MyEg kerana ia ada pilihan penghantaran sampai depan pintu 🤠Kalau MySikap korang masih perlu membuat kutipan lesen di kaunter JPJ
Cara Renew Lesen Memandu Melalui MyEG
Cara nak renew lesen memandu melalui MyEg cukup mudah.
Boleh ikuti langkah dibawah :-
1. Log in ke myeg.com.my. Jika belum ada akaun boleh daftar dahulu.
2. Selepas itu korang akan dibawa terus ke HOME web tersebut. Kat situ ada beberapa badan lain. Korang pilih JABATAN PENGANGKUTAN JALAN
3. Di MENU JPJ ada beberapa pilihan servis. Korang pilih PERBAHARUI LESEN MEMANDU (CDL)
4. Klik sahaja PROCEED/TERUSKAN
5. Bahagian ini amat penting. Korang kena isi MAKLUMAT PENGGUNA dengan teliti supaya tidak berlaku kesalahan pada lesen memandu nanti. Lepas tu boleh PROCEED/TERUSKAN
6. Boleh check sekali lagi MAKLUMAT PENGGUNA. Kalau dah betul boleh PROCEED/TERUSKAN lagi
7. Macam ni la rupa kat lesen korang nanti. Kat sini boleh tick pengesahan tu dan klik PROCEED/TERUSKAN
8. Akhir sekali boleh buat pembayaran. Boleh bayar melalui credit card, online banking atau e-Cash (MyEg Prepaid Account)
Semak Status Penghantaran
Untuk status penghantaran lesen korang boleh check kat sini - https://www.myeg.com.my/check-delivery-status
Dah tahu status delivery tu korang kena alert la dengan phone kot-kot runner call. Waktu delivery nanti dia akan minta kad pengenalan korang untuk pengesahan. Itu je prosedurnya.
Kalau ikut schedule ni, penghantaran paling lama dalam masa 5 hari bekerja. Tapi yang aku punya dalam masa 3 minggu baru sampai 😂 Tapi ok la sampai terus depan rumah ðŸ¤
Ni dia perbezaan renew lesen memandu antara JPJ, Pejabat Pos dan My EG. Sebenarnya tiada perbezaan pun 😂 Cuma berbeza gambar time aku buat di Pejabat Pos. Aku tak tau kenapa dia detect gambar kad pengenalan. Huhu.
Okey, moga membantu korang untuk renew lesen online melalui My Eg
nice sharing senang la leh renew online... akak asyik lupa je...
BalasPadam