Dokumen Dan Prosedur Permohonan Perkahwinan di Terengganu

Sebelum berkahwin, urusan dokumen inilah yang paling penting. Tak lengkap dokumen ni, tak kahwin la kau. Betul tak? Jadi, aku nak share la pengalaman aku dalam menguruskan dokumen-dokumen ini. Mungkin boleh dijadikan panduan bagi korang yang tengah rancang nak kahwin.

Ok, sebelum cerita panjang-panjang, aku nak jelaskan situasi aku dan tunang (sekarang dah jadi suami 😊). Suami lahir di Kelantan dan bermastautin di Kelantan. Aku pula lahir di Terengganu dan bermastautin di Terengganu juga.

Prosedur Permohonan Perkahwinan

Yang pertama sekali, korang mesti dah tetapkan tarikh perkahwinan dan menghadiri Kursus Pra Perkahwinan. Mesti ramai yang dah pergi kursus kahwin lepas tamat SPM. Haha. Aku tau la, lebih-lebih lagi yang perempuan 😂 Kursus kahwin korang pergi awal pun takpa sebab sijil tu valid sehingga tarikh kahwin. Tak kisah lah nak kahwin lagi tiga atau empat tahun, sijil tu masih boleh digunakan.

Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin
Borang ni korang boleh dapatkannya di Pejabat Agama daerah masing-masing. Setahu aku, ada beberapa negeri yang boleh muat turun online borang ini. Lagi mudah kan, dihujung jari sahaja. Macam suami aku, dia ambil borang dengan Imam kampung pun boleh. Mana-mana yang lagi mudah.

Borang kahwin
Borang permohonan untuk kebenaran berkahwin bagi perempuan (Negeri Terengganu)

Ujian HIV
HIV test korang boleh lakukannya di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja dan result HIV ini valid selama 6 bulan. Nasihat aku, sebelum pergi klinik sebaiknya call dulu untuk pertanyaan lanjut. Kalau nasib tak baik jadi macam aku la. Aku ke Klinik Kesihatan Seberang Takir, Terengganu. Bukan main pagi-pagi lagi dah sampai sana sebab fikir sampai awal takda la lama menunggu. Tapi rupanya jam 2 petang baru dia buat ujian HIV. Terasa penyesalan disitu sebab datang awal. Haha.

Di Terengganu, borang ujian HIV dia akan sertakan sekali bersama borang permohonan kebenaran berkahwin

Borang HIV Test

Dokumen Yang Diperlukan
Ok, firstly kena selesaikan dokumen dan borang lelaki. Dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan borang antaranya seperti berikut :
1) Kad pengenalan lelaki
2) Laporan Ujian HIV
3) Surat akuan bujang
4) Sijil Kursus Kahwin

Selepas settle semua boleh terus hantar ke Pejabat Agama Daerah. Jika borang dan dokumen dah lengkap, boleh la Pegawai Agama tu bagi pengesahan dan nanti dia akan sertakan sekali surat kebenaran berkahwin luar mukim. Semua ni boleh diselesaikan dalam masa beberapa jam sahaja. Ok, dah settle borang lelaki barulah serahkan semua dokumen kepada perempuan untuk mulakan proses.

Dokumen yang diperlukan untuk mengisi borang permohonan kebenaran berkahwin bagi perempuan macam list dibawah.

Dokumen kahwin yang diperlukan

Tambahan : Salinan kad pengenalan 2 orang saksi dibelah pihak lelaki

Dah siap isi borang, boleh hantar terus ke Pejabat Agama Daerah bersama dengan borang lelaki. Dalam kes aku, aku cuma hantar segala dokumen dan borang tu kepada jurunikah sahaja sebab rumah jurunikah tu lagi dekat dengan rumah aku berbanding dengan Pejabat Agama. 😅 Korang boleh hantar kat mana-mana je, sama ada Pejabat Agama Daerah atau Jurunikah. Bagi yang tak tahu lagi siapa jurunikah kat tempat korang, korang boleh rujuk senarai jurunikah di pejabat agama.

Ok, bila jurunikah cakap dah complete borang kau, maknanya dah settle la bab borang ni. Tunggu menghitung hari je kan, dan buat persiapan lain.

Bila siap segala dokumen ni rasa lega sikit sebab dulu-dulu fikir agak leceh dan banyak yang kena buat untuk isi borang nikah tu. Padahal takda la leceh mana. Mungkin sebab aku takda kes-kes istimewa. Jadi nak lengkapkan dokumen ni agak mudah la.




4 Ulasan

  1. Ujian saringan hiv mmg kena ambil di Terengganu juga ke? Or xkesah mana2 tmpt?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, tak pasti. Tapi rasanya boleh buat kat mana-mana klinik kerajaan. Mcm kat terengganu, dia ada borang khas untuk hiv. So borang tu kena ambil kat terengganu dan boleh buat kat mana-mana klinik kerajaan

      Padam
  2. Salam nk tnya.. Sy kes mcm awk jgk.. Sy dri klntn & tunang org trganu cuma nkh nnt dlgsungkan d phk lelaki d klntn.. So cmner prsedur? Kna settle borang llki dlu @ amik surat keluar mukim bg prmpuan dlu?

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama