• HOME
  • CONTACT
  • RESEPI
  • TRIP & TRAVEL
  • REVIEW
  • ADVERTORIAL
  • TIPS
    • Buat Duit Online
    • Tips Bisnes
  • DISCLAIMER
INSTAGRAM FACEBOOK

HAJARSHIKIN.COM

Sebelum berkahwin, urusan dokumen inilah yang paling penting. Tak lengkap dokumen ni, tak kahwin la kau. Betul tak? Jadi, aku nak share la pengalaman aku dalam menguruskan dokumen-dokumen ini. Mungkin boleh dijadikan panduan bagi korang yang tengah rancang nak kahwin.

Ok, sebelum cerita panjang-panjang, aku nak jelaskan situasi aku dan tunang (sekarang dah jadi suami 😊). Suami lahir di Kelantan dan bermastautin di Kelantan. Aku pula lahir di Terengganu dan bermastautin di Terengganu juga.

Prosedur Permohonan Perkahwinan

Yang pertama sekali, korang mesti dah tetapkan tarikh perkahwinan dan menghadiri Kursus Pra Perkahwinan. Mesti ramai yang dah pergi kursus kahwin lepas tamat SPM. Haha. Aku tau la, lebih-lebih lagi yang perempuan 😂 Kursus kahwin korang pergi awal pun takpa sebab sijil tu valid sehingga tarikh kahwin. Tak kisah lah nak kahwin lagi tiga atau empat tahun, sijil tu masih boleh digunakan.

Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin
Borang ni korang boleh dapatkannya di Pejabat Agama daerah masing-masing. Setahu aku, ada beberapa negeri yang boleh muat turun online borang ini. Lagi mudah kan, dihujung jari sahaja. Macam suami aku, dia ambil borang dengan Imam kampung pun boleh. Mana-mana yang lagi mudah.

Borang kahwin
Borang permohonan untuk kebenaran berkahwin bagi perempuan (Negeri Terengganu)

Ujian HIV
HIV test korang boleh lakukannya di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja dan result HIV ini valid selama 6 bulan. Nasihat aku, sebelum pergi klinik sebaiknya call dulu untuk pertanyaan lanjut. Kalau nasib tak baik jadi macam aku la. Aku ke Klinik Kesihatan Seberang Takir, Terengganu. Bukan main pagi-pagi lagi dah sampai sana sebab fikir sampai awal takda la lama menunggu. Tapi rupanya jam 2 petang baru dia buat ujian HIV. Terasa penyesalan disitu sebab datang awal. Haha.

Di Terengganu, borang ujian HIV dia akan sertakan sekali bersama borang permohonan kebenaran berkahwin

Borang HIV Test

Dokumen Yang Diperlukan
Ok, firstly kena selesaikan dokumen dan borang lelaki. Dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan borang antaranya seperti berikut :
1) Kad pengenalan lelaki
2) Laporan Ujian HIV
3) Surat akuan bujang
4) Sijil Kursus Kahwin

Selepas settle semua boleh terus hantar ke Pejabat Agama Daerah. Jika borang dan dokumen dah lengkap, boleh la Pegawai Agama tu bagi pengesahan dan nanti dia akan sertakan sekali surat kebenaran berkahwin luar mukim. Semua ni boleh diselesaikan dalam masa beberapa jam sahaja. Ok, dah settle borang lelaki barulah serahkan semua dokumen kepada perempuan untuk mulakan proses.

Dokumen yang diperlukan untuk mengisi borang permohonan kebenaran berkahwin bagi perempuan macam list dibawah.

Dokumen kahwin yang diperlukan

Tambahan : Salinan kad pengenalan 2 orang saksi dibelah pihak lelaki

Dah siap isi borang, boleh hantar terus ke Pejabat Agama Daerah bersama dengan borang lelaki. Dalam kes aku, aku cuma hantar segala dokumen dan borang tu kepada jurunikah sahaja sebab rumah jurunikah tu lagi dekat dengan rumah aku berbanding dengan Pejabat Agama. 😅 Korang boleh hantar kat mana-mana je, sama ada Pejabat Agama Daerah atau Jurunikah. Bagi yang tak tahu lagi siapa jurunikah kat tempat korang, korang boleh rujuk senarai jurunikah di pejabat agama.

Ok, bila jurunikah cakap dah complete borang kau, maknanya dah settle la bab borang ni. Tunggu menghitung hari je kan, dan buat persiapan lain.

Bila siap segala dokumen ni rasa lega sikit sebab dulu-dulu fikir agak leceh dan banyak yang kena buat untuk isi borang nikah tu. Padahal takda la leceh mana. Mungkin sebab aku takda kes-kes istimewa. Jadi nak lengkapkan dokumen ni agak mudah la.




Share
Tweet
Pin
Share
3 ulasan
Suami Isteri Romantis

Pesanan Umamah binti Al-Harith kepada puterinya 

1- Hendaklah tunduk kepadanya dengan penuh kerelaan, mendengar dan taat kepadanya dengan cara yang baik..selagi mana suami tidak mengajak buat benda yang salah selagi itulah kene taat dan tunduk dengan kerelaan

2- Perhatikan sasaran mata dan hidungnya..jangan sampai matanya melihat sesuatu yang buruk pada dirimu dan jangan sampai dia mencium bau yang kurang enak pada diri mu

3- Perhatikan waktu tidurnya dan kenyangnya kerana lapar itu membara dan rasa mengantuk itu boleh membakar sifat amarah

4- Jaga hartanya, ambil berat tentang kaum kerabat dan saudara-saudaranya..kemampuan menjaga harta adalah memikul dengan baik dan kemampuan menjaga saudara-saudaranya adalah mengurus dengan cara yang baik

5- Janganlah ingkar perintahnya dan jangan bocorkan rahsianya..jika ingkar perintahnya bererti engkau telah membakar dadanya dan jika engkau membocorkan rahsianya, engkau tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Share
Tweet
Pin
Share
8 ulasan

Perkahwinan

Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang
Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang kosong hatinya daripada mengingati Allah. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan berasa kesedihan tersebut. Apabila seseorang itu berasa sunyi walaupun terdapat ramai orang di sampingnya, maka itu adalah tanda pertama bahawa dia sudah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan yang ramai bergelak ketawa tetapi jenaka itu tetap tidak dapat mengubat kekosongan di hati. Apabila didatangi perasaan sunyi yang pelik ini, maka ketahuilah bahawa perkahwinan itu sudah diwajibkan bagi mencegah kejadian dan penyakit lebih berat.

Kehidupan yang tidak terurus
Kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bagi mendapatkan ganjaran syurga. Malangnya, bagi sesetengah orang, kehidupan mereka tidak terurus. Ia boleh dilihat ketika menziarahi rumah mereka. Keadaannya bersepah, tidak kemas, makan serta pakai mereka tidak teratur sehingga mengundang pelbagai masalah sampingan. Justeru orang seperti ini perlu dikahwinkan. Perkahwinanlah yang akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan juga bersistematik. (tanda ini sesuai untuk lelaki kot)

Jiwa menjurus kepada lawan jantina 
Pernahkah terjadi perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju apabila berada berhampiran dengan lawan jantina? Sekiranya 'ya' dan jika keadaan sudah menjadi parah, jangankan sesekali duduk berdekatan, cukuplah kalau hanya sekadar melihat wanita cantik atau lelaki kacak melintas di hadapan mata. Jika hati atau jantung berdebar-debar sewaktu memandang lawan jantina, maka sudah pasti mereka ini termasuk di dalam golongan yang diwajibkan berkahwin.

Hilang fokus apabila wujud lawan jantina
Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan orang bujang. Keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada banyak pihak. Akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun. Mereka yang mengalami gejala hilang fokus atau lemah tumpuan ini adalah berpunca daripada faktor psikologi serta perasaan tidak stabil. Umumnya, penyakit ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang.

Cemburu melihat kebahagiaan orang lain
Perasaan cemburu atau ghirah di dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah pada bahagian yang halal dan diperintahkan iaitu cemburu di dalam perkara kebaikan. Kedua ialah kepada perkara haram serta dilarang iaitu cemburu yang melampaui batas dan merosakkan. Cemburu yang melampaui batas ini disebut hasad. Perasaan hasad ini mampu menghapuskan kebaikan yang ada pada diri mereka, sebagaimana api membakar kayu kering. 
Inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya:-
Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu. - Hadith riwayat Abu Daud.
Berusaha menunaikan kewajipan perkahwinan jika sudah wujud perasaan cemburu dan tertekan apabila melihat kebahagiaan orang lain. Terutamanya ketika melihat kawan-kawan di sekeliling sudah pun mempunyai pasangan. Cemburu melihat orang lain berpasangan adalah isyarat bahaya bahawa perkahwinan itu perlu disegerakan. Ketahuilah bahawa perkahwinan itu sememangnya indah sehingga wajar untuk kita berasa cemburu. 



Perkahwinan


Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak
Ini berlaku kepada mereka yang sudah sampai seru untuk berumah tangga. Apabila perasaan keibuan atau kebapaan tumbuh di dalam sanubari, ia akan mula memainkan peranan dengan menguasai diri dan mempengaruhi segala tindak tanduk. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang sudah sampai waktu untuk memiliki keluarga sendiri. Ketika memegang kanak-kanak atau bayi, terasa berat untuk kita melepaskannya. Apabila berada berhampiran mereka, naluri keibuan atau kebapaan itu seolah-olah mendorong kita untuk merangkul, bermain, mengusik dan membelai manja serta menikmati penuh gembira senyuman yang suci bersih itu. Itulah petanda bahawa sudah tiba masanya kita bergelar ibu dan bapa.

Jatuh cinta pada seseorang
Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan perasaan minat dan suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian. Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah juga sebaliknya. Maka, tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.

Desakan hawa nafsu 
Ini selalu terjadi kepada lelaki dan wanita yang baru mencapai usia remaja. Sekiranya terdedah kepada lawan jantina, mereka akan cepat tergoda dan teruja. Bahkan, golongan dewasa yang mencapai usia pertengahan juga kerap kali mempunyai desakan ini. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor dan perkara ini perlulah diambil berat. Mereka mesti berhati-hati di dalam mengendalikan hawa nafsu tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Jalan paling selamat bagi menangani desakan nafsu ini ialah melalui perkahwinan. Melaluinya, desakan tersebut dapat dilangsaikan menurut tatacara Islam.

Dorongan untuk melakukan hubungan intim
Seseorang itu wajib berkahwin jika telah wujud di dalam jiwanya desakan untuk melakukan hubungan intim. Lelaki yang memiliki desakan nafsu yang kuat dibenarkan untuk berkahwin sehingga empat orang isteri pada satu masa. Ketentuan ini diperkuat lagi dengan ayat al-Quran. 
ALLAH berfirman: 
...Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja... - Surah an-Nisa' : 3
Itulah hikmah ALLAH memberi keizinan untuk berpoligami kepada suami yang memiliki kekuatan dan kemampuan yang ditetapkan oleh-Nya. Memiliki nafsu syahwat yang kuat bukanlah satu kesalahan. Sebaliknya, ia adalah kebaikan jika disalurkan pada jalan yang halal dan benar. Justeru, lelaki haruslah lebih bijak dalam menangani kemampuan ini.





sumber
Share
Tweet
Pin
Share
8 ulasan
Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri




Teknik Berpoligami
Share
Tweet
Pin
Share
5 ulasan
Pilihan Kos Perkahwinan

Betul kata orang, kahwin cuma sekali, *tapi ada juga dua tiga kali* sebab itu kebanyakannya bakal raja sehari ini akan membuat majlis besar-besaran dan mesti nak sempurna. Yela, memandangkan sekali seumur hidup, mestilah nak buat majlis yang grand, katanya. Tapi ada juga sehingga membazir, buat benda yang tidak perlu. Ok, aku faham ada di antara kita yang  sememangnya mampu. Bagi aku buat secara sederhana saja itu lebih baik. Buat majlis yang besar tak menjamin kekal dengan pasangan. Opss, ini bukan mendoakan. Terpulang pada masing-masing sama ada mahu mengikut adat atau rukun. 

Share
Tweet
Pin
Share
12 ulasan
Hari ini rasa nak kongsikan sesuatu yang romantik dan sweet gitu. Aku pasti semua orang terutama wanita teringin merasai pengalaman yang sebegini. Siapa yang tak nak kan lebih-lebih lagi bersama insan tersayang dalam winter main kejar-kejar, hahaha. Layan video di bawah ok =)  

Post by BONK production.

Post by BONK production.


 Perasan tak wife tu muka dia macam korea kan?
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Older Posts
tudungsekolah

PENULIS

About Me
HAJAR SHIKIN
Advertorial, Review, Sponsorship
Email: hajarshikin.blog@gmail.com
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

ARTIKEL TERBARU

HOT MINGGU INI

  • Nikmati Penerbangan Pada Harga Terendah Bersama MAS
  • Dokumen Dan Prosedur Permohonan Perkahwinan di Terengganu
  • Review Shopping di Chilindo
  • Sistem Akaun Senang Guna MS Excel
  • Cognitive Elements to Effective Adult Learning

Tudung sekolah

KATEGORI PILIHAN

Informasi Kecantikan dan Kesihatan Lifestyle Resepi Review Tudung Budak

NEWSLETTER

Created with by ThemeXpose