• HOME
  • CONTACT
  • RESEPI
  • TRIP & TRAVEL
  • REVIEW
  • ADVERTORIAL
  • TIPS
    • Buat Duit Online
    • Tips Bisnes
  • DISCLAIMER
INSTAGRAM FACEBOOK

HAJARSHIKIN.COM

Rasanya ramai yang dah pernah atau penat berdiet tapi tiada hasil pun. Jika ini terjadi, anda perlu menilai semula cara diet yang diamalkan selama ini. Mungkin terdapat kesilapan dalam diet anda. Kesilapan berikut tidak akan membantu anda mengurangkan berat badan. Jadi pastikan anda tidak amalkan kesalahan berikut.

Kesilapan Diet

1. Skip hidangan
Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan adalah perkara pertama yang perlu dilakukan pada waktu pagi. 

4 Sebab Korang Tak Patut Skip Sarapan Pagi

2. Cuma makan 3 hidangan sehari
Tiga hidangan tak mencukupi untuk mengawal nafsu makan dan tingkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5 kali sehari. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain atau tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda.

3. Makan tak cukup
Jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melaparkan diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau keperluan kalori harian (DCR) anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.

Kesilapan Diet

4. Elak nasi
Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. Ya, memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihkan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.

5. Ikut diet membuta
Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. 

6. Harapkan makanan tambahan
Tiada masalah dengan mana-mana makanan suplemen atau makanan tambahan tetapi jangan bergantung kepada produk-produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan.

Kesilapan Diet

7. Tak tahu keperluan kalori diri
Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran atau average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.

8. Elak makanan tempatan
Saya sendiri pun makan di mamak hari-hari. Gaya hidup saya sememangnya Malaysian. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.

9. Terlalu fokus kepada satu perkara
Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan atau minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.

10. Diet jangka masa pendek 
Bila dengar perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi itu salah. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi "diet" pun adalah "amalkan pemakanan". Jadi pastikan anda amalkan diet anda bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.




Sumber : Kevin Zahri


Share
Tweet
Pin
Share
15 ulasan
Royal Collagen

Mungkin jarang orang dengar mengenai Royal Collagen ini. Jom kenali dulu produk ini. Royal Collagen adalah produk makanan tambahan kesihatan dan kecantikan yang menggunakan Hydrolised Technology Marine Collagen beserta gabungan Apple Stem Sela dan Delima Serta kandungan makanan hebat yang lain. Royal Collagen Plus adalah untuk kesihatan luaran dan dalaman serta kulit juga akan bertambah cerah berseri dari dalam. Dan yang paling penting Royal Collagen menunjukkan kesan dalam masa 5-7 hari sahaja.

Kandungan Royal Collagen

  • Madu Lebah - sumber tenaga, menenangkan fikiran dan minda, antioksidan, awet muda, meningkatkan antibodi tubuh badan
  • Delima - membersihkan kulit, mengurangkan keradangan pada kulit, mengurangkan kolestrol, antioksidan, mengelakkan gangguan perut
  • Sarang Burung - melancarkan fungsi paru-paru, memulihkan tenaga, agen pemutihan kulit, baik untuk mata, menyembuhkan batuk, baik untuk IQ
  • Kolagen - menegangkan dan menganjalkan kulit, mengekalkan keremajaan
  • Tomato - baik untuk diabetes, mata dan ibu mengandung, merawat masalah hempedu dan hati
  • Epal Stem Sel - membentuk pigmen kulit, kandungan vitamin C yang tinggi, memperbaiki epidermis kulit, mengekalkan keremajaan kulit
  • Goji Berry - meningkatkan sistem reproduktif lelaki dan wanita (suami isteri), menghindarkan risiko sakit jantung, melambatkan proses menopause, merawat senggugut, membantutkan sel kanser
  • Ekstrak Aprikot - menghindarkan penyakit barah, merangsang pengeluaran hormon estrogen, menghilangkan kesan Nikotin, membersihkan darah
  • Koenzim Q10 - menstabilkan tekanan darah, mencegah migrain, meningkatkan tenaga (mitokondria), mengurangkan keradangan
  • Carrot - meningkatkan imuniti badan, sangat baik untuk mata, meningkatkan IQ, menstabilkan kandungan gula

Khasiat Royal Collagen

  • Menegang, menganjal dan melembabkan kulit 
  • Menampung air dalam tubuh badan 
  • Meningkatkan penyerapan kalsium 
  • Menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah dibawah lapisan kulit 
  • Memelihara dan menguatkan rambut serta kuku 
  • Membantu polar tidur yang baik 
  • Membantu menghilangkan parut dan tumit merekah 
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan serta memberi tenaga 
  • Mempercepatkan proses pemulihan kecederaan 
  • Mengurangkan radikal bebas dan toksin dalam badan 
  • Memulihkan sakit sendi dan tulang dengan membina semula lapisan protein pada saraf 
  • Memulihkan kulit rosak, berparut,kusam dan bermasalah 
  • Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit serta melembabkan kulit wajah dan badan agar nampak bercahaya dan berseri 

Royal Collagen sesuai untuk

  • Kulit muka berkedut dan kendur 
  • Jerawat dan parut jerawat 
  • Jeragat 
  • Kulit Kusam dan tidak bermaya 
  • Sakit sendi dan sakit tulang 
  • Tumit kaki merekah 
  • Sukar buang air besar 
  • Sukar Tidur 
  • Masalah rambut gugur 

Testimoni

Royal Collagen
Tercari-cari produk kecantikan seiring kesihatan pada harga yang rendah tetapi berkualiti. Tiba-tiba ada kawan perkenalkan Royal Collagen. Mula-mula was-was juga kerana harganya murah jika dibandingkan dengan 10 khasiat premium yang diletakkan. Hasilnya, kulit berjerawat dapat diatasi dan tona kulit semakin cerah!
Royal Collagen
Masa jatuh basikal tu, ibu bagi minum Royal Collagen dua kali sehari, seminggu je dah sembuh! Dah boleh main basikal dengan kawan-kawan lagi!
Royal Collagen
Saya mengalami masalah kulit wajah yang sangat teruk. Resdung dan jeragat penuh di pipi. Tetapi Alhamdulillah dengan Royal Collagen semua masalah tersebut dapat diatasi dan saya berjaya menjimatkan hampir RM3000 daripada melakukan rawatan muka di klinik pakar. Terima Kasih Royal Collagen!
Dapatkan Royal Collagen dan lagi maklumat lanjut di sini -> Royal Collagen 







Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Tips Kurus Cepat Dan Berkesan | Berbadan besar atau ayat kasarnya gemuk ibarat mimpi ngeri bagi yang mengalaminya. Apabila mempunyai bentuk badan yang besar, pasti merasa kekurangan sehingga menyebabkan stress atau kemurungan. Untuk menyelesaikan masalah kegemukan ini, ada diantara anda mengambil keputusan untuk membeli produk kurus. Ya, anda berjaya untuk turunkan berat badan tapi anda perlu beli dan beli lagi produk itu untuk kekalkan berat yang ideal. Kenapa ya tidak menggunakan medium yang menjimatkan malah kekal berpanjangan, tidak perlu beli produk berkali-kali.

Tips Kurus

Selain daripada mengambil produk kurus, ada juga yang memilih untuk diet. Tetapi ramai dikalangan kita yang salah tanggapan. Mereka menganggap diet itu perlu berlapar. Pernah dengar orang cakap 'Nak menurunkan berat badan tidak perlu berlapar'. Habis itu kalau makan terus tak panggil diet pula kan. Sebenarnya ada diet yang tidak perlu berlapar iaitu diet atkins, malah dalam diet atkins ini anda dilarang untuk skip makan bila tiba waktunya.

Apakah Diet Atkins

Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins untuk membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Dr Atkin telah membuat kajian mengenai diet rendah karbohidrat dan mendapati mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Kelebihan Diet Atkins

  • Anda tidak perlu menahan lapar, malah anda perlu makan sehingga anda tidak berasa lapar
  • Atkins secara efektif akan mencari dan membakar lemak sebagai bahan tenaga, bukan lagi karbohidrat. Dan ia juga mampu membakar lemak dengan pantas
  • Pelan diet atkins sekaligus mampu memaksimumkan pembakaran lemak ketika anda di atas treadmill atau semasa bersenam.
  • Atkins adalah pelan diet paling seronok dan paling berkesan dalam usaha untuk menurunkan berat badan.
  • Atkins memantapkan jisim otot anda dan sekaligus memberikantubuh badan yang cergas dan tidak menggeleber.

Panduan Diet Atkins

Untuk lebih banyak panduan anda patut memiliki ebook Diet Atkins supaya anda dapat melakukan diet mengikut cara yang betul. Bagi yang betul-betul inginkan perubahan dalam hidup dan menutup mulut yang selama ini seringkali mengutuk, anda patut mengamalkan diet atkins mulai saat ini. Dapatkan Ebook Diet Atkins sekarang dan kembalilah hidup gembira macam orang lain. =)


Diet Atkins

Untuk maklumat lanjut dan dapatkan ebook ini, anda boleh ke link berikut :-
 Teknik Kurus Dengan Diet Atkins 



Share
Tweet
Pin
Share
11 ulasan
Sebelum puasa lagi aku memang mengamalkan minum air masak 2-3 liter atau 8 gelas sehari. Agak baru juga aku amalkan benda ni lepas timbul kesedaran mengenai kebaikan minum air masak secukupnya. Hihi. 

air masak

Sebenarnya sejak seminggu berpuasa ni aku masih belum dapat minum 8 gelas sehari. Yelah, sebelum ini aku banyak minum pada waktu siang dan agak kurang minum pada waktu malam. Kadang-kadang terlupa yang pada malam tu kena minum 8 gelas air. Jadi aku nak kongsikan cara minum air masak yang mencukupi pada bulan puasa ini.

Tips minum air masak yang mencukupi pada bulan puasa

  • 1 gelas sebelum makan sahur
  • 1 gelas selepas makan sahur
  • 1 gelas semasa berbuka
  • 1 gelas sebelum makan berat ( selepas solat Maghrib )
  • 1 gelas selepas makan
  • 2 gelas selepas terawih
  • 1 gelas sebelum tidur

Lepas korang amalkan minum air masak yang mencukupi, percayalah badan secara automatik akan rasa lebih sihat. Itu lah yang aku rasa sekarang, hihi. Lagipun kalau nak cantik, nak kurus kena minum air masak secukupnya. Lebih-lebih lagi kalau korang ada ambil supplement atau vitamin, kena minum air yang secukupnya tau, kalau tak nanti bermasalah pulak buah pinggang korang.



p/s Moga tips ini bermanfaat, selamat berpuasa ^_^








Share
Tweet
Pin
Share
7 ulasan
Sedar tak sedar dah masuk tiga hari kita berpuasa. Dah ada ke yang ponteng sebab tak larat sangat dah nak berpuasa? Hehe. Memiliki badan yang cergas dan bertenaga amat diperlukan ketika berpuasa supaya tidak menganggu kerja harian. Disini aku nak kongsikan tips yang mungkin dapat mengurangkan lesu dan lemau ketika bulan puasa.

Badan Cergas Dan Bertenaga

1. Elakkan daripada tinggalkan sahur 
Walaupun bersahur merupakan amalan sunat, namun ianya sangat digalakkan untuk diamalkan. Secara khususnya, di sepanjang tempoh kita berpuasa, sel-sel tubuh kita masih memerlukan gizi yang secukupnya supaya badan dapat kekal bertenaga dan membolehkan kita melakukan kerja di waktu siang. Oleh itu, pilihlah menu yang mengandungi makanan berserat dan berprotein tinggi, namun awas makanan yang manis dalam kuantiti yang banyak perlu dihindari. 

2. Jangan menangguh waktu berbuka 
Berbukalah dengan makanan berkarbohidrat sederhana yang dapat memberi semula tenaga. Amalkan juga pengambilan suplemen yang mampu memberi tenaga kepada tubuh badan kita. 

3. Atur menu makanan 
Amalkan makanan bergizi seimbang sama ada semasa bersahur mahupun berbuka. Walaupun dengan menu yang serba sederhana, yang penting 5 unsur gizi lengkap dipenuhi iaitu protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Untuk menghindari rasa lapar. Makanan yang diambil perlulah terdiri daripada makanan tinggi serat yang lazimnya terdapat pada sayur dan buah. 

 4. Hindari minuman sejuk dan kandungan gula tinggi 
Jangan minum air sejuk atau ais ketika berbuka kerana perut akan menjadi kembung akibat keadaan berasid di dalam perut yang 'terkejut' setelah seharian perut kosong. Sebaliknya biasakan berbuka dengan minuman suam dan air yang rendah kandungan gulanya. Berbukalah dengan kurma yang manis rasanya bagi menggantikan minuman manis. 

5. Makan secara bertahap 
Jangan terus makan sehingga kenyang ketika berbuka atau terus makan dalam hidangan yang besar kerana seharian perut kita kosong dan organ pencernaan berada dalam keadaan rehat. 

6. Lakukan senaman ringan 
Bersenam mampu melancarkan peredaran darah. Walaupun berpuasa, tiada alasan untuk tidak melakukan senaman ringan dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Contoh senaman ringan yang boleh diamalkan termasuk regangan tubuh, berjalan dan sebagainya. Lakukan sejam atau 2 jam sebelum berbuka. Selain itu, solat terawih juga dianggap senaman yang bagus kerana gerakan rukuk dan sujud itu sendiri boleh membakar kalori. 

7. Banyak minum air antara waktu selepas berbuka sehingga sahur 
Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air di antara waktu berbuka sehingga bersahur bagi menggantikan kehilangan air ketika berpuasa di siang hari. 

 8. Jangan terus tidur setelah bersahur 
Tubuh badan kita memerlukan waktu untuk mencerna makanan dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, elakkan daripada terus tidur selepas bersahur bagi memberi laluan kepada proses ini untuk berlaku.














Share
Tweet
Pin
Share
10 ulasan
Rhizoplus Az-zahra

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun dan jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. (sumber)

Penyakit gout ini boleh dicegah dengan menjaga pemakanan. Elakkan makan makanan yang boleh menambahkan paras asid urik. Seiring dengan kemajuan dalam bidang perubatan, pelbagai pil yang disediakan untuk penyakit gout ini. Aku nak memperkenalkan ubat yang boleh merawatan gout, migrain serta resdung. Ubat itu adalah Rhizoplus Az-zahra

Penawar Gout, Migrain dan Resdung

Rhizoplus Az-zahra merupakan kapsul herba yang dihasilkan daripada 100% herba dan mengandungi 100% bahan organik. Kapsul ini dihasilkan untuk membantu pesakit-pesakit yang menderita akibat gout, migrain, sakit sendi (athritis) dan resdung. 

Kandungan Rhizoplus Az-zahra


  • Radix Angelicae Sinensis
  • Radix Glycryrrhizae Uralensis
  • Radix Achyranthis Bidentatae
  • Ramulus Cinnamomi Cassia
  • Rhizoma Drynariae Fortunei
  • Rhizoma Ligustici Chuanxiong
  • Pelbagai herba yang bermutu tinggi


Kebaikan Rhizoplus Az-zahra


  • Meneutralkan toksik dalam badan
  • Mengurangkan panas badan
  • Untuk kencing manis
  • Sakit saraf, sakit otot
  • Cedera kerana jatuh
  • Terseliuh
  • Kebas
  • Demam, selsema, batuk
  • Sakit kepala/migraine
  • Hidung sensitif
  • Ulser mulut
  • Sakit gigi
  • Sakit kerongkong
  • Asma, alahan
  • Penyakit kulit
  • Berlebihan darah dan kesakitan semasa haid
  • Melecur
  • Meredakan radang dan bengkak
  • Mengurangkan kegatalan

Cara Pengambilan 

Anda disarankan makan 1 biji kapsul sehari, selepas makan. Keberkesanan pengambilan kapsul ini boleh dilihat dalam seawal hari pertama hingga satu minggu selepas diamalkan. Keberkesanan ke atas setiap pengguna mungkin berbeza bergantung kepada kadar metabolisme individu. Bagi wanita hamil, anda dilarang menggunakan pil ini.

Testimoni Pengguna


Rhizoplus Az-zahra
Pinggang dan resdung bertambah baik.
Tiada lagi sakit pinggang dan alahan kepada makanan laut.
Rhizoplus Az-zahra
Baru 3 hari makan terasa perbezaan yang ketara.
Bengkak tangan dan kaki mula surut.
Rhizoplus Az-zahra
Sakit sendi (slip disk) yang dialami sudah kurang



Untuk dapatkan Rhizoplus Az-zahra boleh klik laman ini - Rhizoplus Az-zahra Penawar Gout, Migrain dan Resdung











Share
Tweet
Pin
Share
3 ulasan
Tadi scroll facebook dan terjumpa benda yang agak menarik bagi aku. Jadi aku pun nak kongsilah disini untuk pengetahuan korang semua. Siapa sangka, hanya melihat jari, korang boleh tau apa penyakit yang korang hidap.

Asas 5 Jari
Jari telunjuk : Usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Ruas jari kehitaman
Lihat pada ruas jari-jari anda, kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Tapak tangan berbintik
Cuba periksa tapak tangan, kalau tapak tangan berbintik maknanya ada masalah angin. Yang suka marah-marah tu mungkin banyak angin dalam badan. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje, haha.

Tapak tangan berpeluh atau lembap
Masalah tapak tangan berpeluh atau lembab? Itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.

Perut ibu jari berwarna biru kehijauan
Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.

Urat biru atau hijau
Urat biru atau hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya..

Jaring kelingking bengkok
Bagi seorang wanita, cara untuk mengetahui sistem dalaman perempuan anda ialah dengan melihat pada jari kelingking anda. Kalau jari kelingking anda meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim anda jatuh.

Bulan sabit berwarna putih di kuku jari
Cuba pulak tengok pada kuku setiap jari anda. Jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang. Sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada kuku ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat. InsyaAllah.

Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti diatas seeloknya berjumpa doktor dengan kadar segera untuk kepastian. Jangan dibiar lama-lama dan diselubungi keresahan, nanti penyakit lain pulak yang datang.

Walallahua'lam.








Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Sakit lutut mesti dikaitkan dengan penyakit orang tua. Mengikut statistik, lebih kurang 10 ke 20 peratus golongan dewasa akan mengalami penyakit ini. Ia selalu menyerang seiring dengan peningkatan usia iaitu seawal usia 45 tahun untuk golongan lelaki dan 55 tahun bagi wanita. Sebenarnya bukan cuma orang tua sahaja yang akan sakit lutut tetapi bagi mereka yang aktif bersukan dan orang yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Punca Sakit Lutut

Sakit Lutut

Mengapa sakit lutut boleh terjadi? Bagi orang tua, kekurangan kalsium dan mineral akan menyebabkan kepadatan tulang menurun. Sendi - sendi akan menjadi keras dan kurang fleksibel. Bendalir dalam sendi juga mungkin akan berkurang dan menyebabkan tulang rawan bersentuhan antara satu sama lain sehingga menyebabkan berlakunya sakit lutut. Bagi yang aktif bersukan, mereka cenderung mendapat kecederaan pada lutut ketika melakukan aktiviti tersebut manakala orang yang mempunyai berat badan berlebihan, lutut mereka bekerja keras untuk menampung berat yang berlebihan sehingga menyebabkan sakit lutut. (sumber) 

Cara Kawal dan Kurangkan Sakit Lutut

  • Rehatkan lutut dengan mengelakkan aktiviti lasak.
  • Elakkan kerap mengangkat barang berat, membongkok dan mencangkung 
  • Gunakan ais dengan meletakkan di kawasan bengkak. Letak dalam 20-30 minit sehingga bengkak hilang.
  • Tinggikan posisi lutut ketika baring letak bantal pada bawah kaki untuk tinggikan lutut agar bengkak berkurang.
  • Lakukan regangan ringan untuk mencergaskan otot.
  • Pengambilan ubat sampingan untuk melegakan sakit lutut seperti Pro Kas Muscle Pain Relief

Pro Kas - Muscle Pain Relief 


PRO Kas
Pro Kas Rawatan Sakit Lutut

Produk Pro Kas Muscle Pain Relief merupakan salah satu alternatif untuk mengurangkan sakit lutut. Bukan untuk sakit lutut sahaja tetapi produk ini juga sesuai untuk sengal sendi, tulang dan memberikan kesegaran serta tenaga pada badan anda.

Kandungan  Pro Kas - Muscle Pain Relief

  • Aloe Vera - Antioksidan, antibiotik yang bekerja sebagai stimulator pertumbuhan sel dan membaiki bekas luka dan sifat inhibitor nyeri.
  • Vitamin & Mineral - Kaya vitamin dan mineral seperti kalsium, sodium, besi, kalium, mangan, seng, asam folat, pelbagai jenis vitamin, asam amino.
  • DMSO - Pembawa bahan-bahan Pro KAS masuk ke dalam anggota badan dengan menggunakan teknologi nano dengan membetulkan DNA tanpa perlu melakukan pembedahan.
  • Soya - Mengandungi 50% protein bagi setiap 100g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur.
  • Delima - Mengandungi vitamin c sebagai penurun risiko arthiritis dan ianya baik untuk tulang.
  • Menthol - Mempunyai anestetik tempatan dan kualiti counterirritant, dan ia digunakan secara meluas untuk melegakan sakit otot.
Untuk maklumat lanjut boleh ke laman Pro Kas.


Selagi lutut kita masih elok, jaga lah sebaik-baiknya. Kalau dah nikmat itu ditarik memang seksa rasanya. Bagi yang menghidap sakit lutut atau sengal-sengal otot boleh mencuba Pro Kas ini.








Share
Tweet
Pin
Share
4 ulasan
Gyoomi Prowhite Collagen

Gyoomi Prowhite Collagen keluaran Asyna merupakan produk kecantikan berasaskan serbuk minuman berperisa berry untuk pencerahan, khas untuk wanita bekerjaya. Bukan cuma wanita tetapi lelaki juga boleh menggunakan produk ini untuk mendapatkan kulit yang bersih, cantik dan cerah. Jika dibandingkan dengan produk lain, Asyna™ Gyoomi Prowhite3G L-Glutathione Collagen mempunyai formula kandungan yang terbaik dan dirumus khusus untuk menyelesaikan masalah anda dengan lebih efektif. 

Anda tahu tak kekurangan kologen boleh menyebabkan :-
  • Bahagian bawah mata menjadi lebam
  • Kulit tidak bermaya dan kelihatan kusam
  • Hilang seri wajah
  • Kulit mula kendur dan kelihatan tua dari usia
  • Wujud pigmentasi kulit
  • Sakit pada sendi, otot dan tendon
  • Cepat berasa letih dan lesu
  • Susah bangun tidur
  • Pengaliran darah dalam tubuh tidak lancar
  • Mudah lupa
  • Jarak penglihatan semakin kurang
  • Masalah jerawat
  • Rambut tidak bermaya
Sebenarnya tak sangka kan, masalah-masalah remeh seperti diatas adalah disebabkan kekurangan kologen. Jadi dengan adanya produk kologen seperti Gyoomi Prowhite Collagen, masalah itu dapat diselesaikan. InsyaAllah.

Kandungan Gyoomi Prowhite Collagen

  • Bovine Collagen 
  • Ekstrak rumpai laut
  • L-Glutathione
  • Co-Q10
  • Epal stemcell
  • Ekstrak delima
  • Ekstrak tomato
  • Manggis
  • Goji
  • Acai berry
  • Aloe vera
  • Vitamin C
  • Stevia
Kandungan yang terkandung di dalam Gyoomi Prowhite Collagen akan membantu melambatkan proses penuaan, kulit lebih cerah, mengekalkan kelembapan serta menganjalkan kulit dan memperbaiki masalah-masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam dengan berkesan. Selain daripada menjaga kecantikan, penjagaan kesihatan juga dapat diseimbangkan dengan menggunakan produk ini. 

Dengan khasiat yang terkandung didalamnya, ia akan membantu mencegah dari penyakit kritikal seperti darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung. Ia juga dapat membantu meningkatkan sistem imun semulajadi dalam tubuh badan, memberi tenaga tambahan dengan pantas, memperbaiki sistem saluran darah yang boleh menyebabkan stroke, mengurangkan kadar kolestrol dan gula didalam darah, mengingkatkan nutrisi sendi dan tulang, membaiki kualiti tidur dan memperbaiki sistem pencernaan

Gyoomi Prowhite Collagen

Dulu kulit saya kusam, berjerawat dan tidak bertenaga. Bermacam-macam produk telah saya gunakan. Tetapi sejak saya diperkenalkan dengan Gyoomi GlowWhite Collagen keluaran Asyna™ Beaute Life, Saya kelihatan bertambah cerah, bertenaga dan yakin dengan penampilan saya pada hari ini

Dia dah. Anda bila lagi?
Dapatkan Gyoomi Prowhite Collagen dan lagi maklumat lanjut disini -> Asyna™ Gyoomi Prowhite3G L-Glutathione Collagen



Share
Tweet
Pin
Share
6 ulasan

Ephyra Skin Bar

Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....

Ephyra Skin Bar

WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )
Ephyra Skin Bar

Ephyra Skin Bar

Ephyra Skin Bar

EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

credit : mialiana.com



Untuk pembelian online Ephyra Skin Bar boleh ke link dibawah ;-

Ephyra Skin Bar




Share
Tweet
Pin
Share
3 ulasan
Older Posts
tudungsekolah

PENULIS

About Me
HAJAR SHIKIN
Advertorial, Review, Sponsorship
Email: hajarshikin.blog@gmail.com
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

ARTIKEL TERBARU

HOT MINGGU INI

  • Nikmati Penerbangan Pada Harga Terendah Bersama MAS
  • Dokumen Dan Prosedur Permohonan Perkahwinan di Terengganu
  • Review Shopping di Chilindo
  • Cognitive Elements to Effective Adult Learning
  • Sistem Akaun Senang Guna MS Excel

Tudung sekolah

KATEGORI PILIHAN

Informasi Kecantikan dan Kesihatan Lifestyle Resepi Review Tudung Budak

NEWSLETTER

Created with by ThemeXpose