Pembayaran Komisen Ke 5 Ashadee.com

by - 1:09 PG

Pembayaran komisen Ashadee yang ke 5 dah lama masuk akaun. Ini merupakan pembayaran untuk bulan Oktober. Ashadee akan melakukan pembayaran bila dah mencapai minimum cashout iaitu RM50, RM100, RM500 atau RM1 000. Yang tu anda boleh set sendiri. Komisen akan dibayar terus ke akaun bank 2 minggu sekali pada setiap hari Rabu.

Komisen Ashadee

Boleh kaya ke buat duit dengan affiliate?
Tak, dengan komisen yang sebegitu aku belum jadi kaya lagi. Haha. Setakat nak isi perut dalam seminggu boleh la. Tapi otai yang kat luar sana dah ramai yang berjaya dan menjadikan affiliate ini sebagai pendapatan utama mereka. 

Kata orang, kalau nak berjaya mestilah kena ikut langkah mereka yang dah berjaya. Itu kata-kata yang aku pegang untuk capai target aku. Setakat ini tiap bulan memang lepas la target yang aku nak. Hasilnya bukan dapat sekelip mata, dan bukan juga banyak. Tetapi berterusan walaupun hanya sikit-sikit sekali dapat tu. Sebenarnya tak sangka juga dapat merasa hasil dari affiliate.

Susah ke buat duit dengan affiliate?
Ada yang kata senang, ada yang kata susah. Bagi aku untuk dapatkan komisen yang pertama agak susah. Kena ada kesabaran level paling tinggi, disiplin, rajin usaha dan buat promosi. Bila dah dapat yang pertama, insyaAllah yang seterusnya akan makin mudah. Yang penting kena teruskan promosi produk yang selalu orang cari.

Ashadee

Banyak lagi program affiliate sebenarnya. Pada masa sekarang aku hanya tumpukan pada Ashadee je. Lagipun dalam Ashadee dah macam-macam produk yang boleh pilih. Kalau hasil dari Ashadee ni makin stabil dan konsisten, insyaAllah nak cuba platform lain pula.






You May Also Like

13 ulasan

  1. tahniah...bukan semua berpeluang dapat rezeki dari Ashadee

    BalasPadam
  2. Betul tu, kalau fokus pada satu platform sahaja, ashadee sahaja pun sebenarnya boleh buat ribu-ribu. Percaya dengan tak je pada keupayaan sendiri

    BalasPadam
  3. Tahniah. Semoga semakin banyak rezeki datang :)

    BalasPadam
  4. Hmm.. tahniah tuan :) saya pun baru nak survey ashadee ni ...

    BalasPadam
  5. wah lumayan hajar...KG tak pernah pun dpt...sbb xbuat..heheheh

    BalasPadam
  6. Baru nak berjinak-jinak dengan Ashadee. Setakat ni belum berjaya lagi T_T

    BalasPadam
  7. tahniah...dah banyak la 2 sampai 5 kali komisen 2

    BalasPadam
  8. Wahh tahniah .. makin ramai blogger yang berjaya jana income menerusi affiliate Ashadee ni

    BalasPadam
  9. Tahniah kerana dapat bayaran

    :)

    BalasPadam
  10. Wah bestnya dapat komisen daripada Ashadee.

    Dengar khabar Ashadee nak tutup. Tak dapat komisenlah lepas ini.

    Jom kunjungi entri saya:
    Pengalaman Bersama ONEXOX

    BalasPadam