Buat Duit USD Dengan Affiliate Amazon

Aku sangat suka buat duit dengan affiliate. Sebabnya tak keluarkan modal dan tak perlu susah-susah nak deal dengan customer  yang macam-macam pesen dia. Sebelum ini aku hanya promosikan produk affiliate digital, dan alhamdulillah sudah menerima beberapa komisen. Kebelakangan ni pula dah mula belajar dan berjinak-jinak dengan cara promosikan produk affiliate fizikal. Tukar angin lah katakan.

Affiliate

Dalam Malaysia dah banyak program affiliate untuk produk digital mahupun fizikal. Anda kena pilih lah yang mana sesuai dengan jiwa, yang mana senang nak promosi ataupun yang boleh dipercayai atau sebaliknya. Contoh program affiliate yang biasa didengar adalah Ashadee.com, Klikjer.com dan Program Affiliate Lazada.

Buat Duit USD Dengan Amazon Associates

Tentu anda biasa dengar mengenai Amazon. Amazon adalah tempat jual beli pelbagai barang. Dia macam eBay la juga. Di Amazon ni, selain dapat menghabiskan duit, anda juga boleh menjana pendapatan. Hoho. Caranya adalah dengan menyertai program affiliate Amazon iaitu Amazon Associates. Amazon akan memberikan komisen sehingga 10% daripada harga jualan yang berjaya kita hasilkan. Memandangkan mata wang dalam USD, lagi masyuk.

Cara Daftar Sebagai Affiliate Amazon

Untuk daftar affiliate Amazon memang mudah. Anda tidak perlu dapatkan approval dari Amazon untuk aktifkan link affiliate. Sebaik sahaja daftar, anda boleh terus promosikan link affiliate Amazon. 

Cara daftar :-
1 - Pergi ke laman web pendaftaran affiliate Amazon - https://affiliate-program.amazon.com/
2 - Klik Join Now for Free yang terdapat di laman web tersebut.
3 - Isi butiran dan maklumat peribadi anda termasuk nombor telefon.
4 - Sahkan informasi anda betul dengan memasukkan kod yang dihantar menerusi telefon anda.
5 - Sahkan pendaftaran menerusi email yang dihantar.

Affiliate Amazon
ID affiliate yang diterima selepas daftar

Ok, dah selesai bab pendaftaran. Bagaimana nak mulakan buat duit dengan affiliate Amazon? Mestilah kena buat promosi. Bagi yang dah ada blog, anda boleh mulakan promosi dengan menggunakan blog anda. Cara yang berkesan adalah dengan kaedah produk review. Tulis review mengenai sesuatu produk di blog anda. Kebanyakan orang membeli berdasarkan review dan saranan orang lain. Aku pun akan beli sesuatu selepas melihat review dan testimoni orang yang telah membelinya.

Tetapi untuk menulis satu artikel review yang baik bukan senang lebih-lebih lagi jika menulis artikel dalam Bahasa Inggeris. Nak tulis artikel untuk laman affiliate Amazon mesti dalam Bahasa Inggeris. Kebanyakan daripada anda boleh membaca dalam Bahasa Inggeris tetapi untuk menulis mungkin menjadi masalah utama. Boleh jadi ayat yang digunakan akan tunggang-langgang. Haha.


Buat Duit Dengan Amazon Cara Automatik

Sebenarnya ada cara lain yang boleh anda lakukan selain dari cara diatas. Yang pastinya ini merupakan kaedah automatik yang mudah dan berkesan, ianya adalah autoblog. Autoblog adalah singkatan bagi 'automatic blogging' dimana blog yang dibangunkan akan dikemaskini secara automatik tanpa kita menulisnya. 

 Dengan kaedah ini, anda :
  • Tidak perlu pening kepala untuk menulis review
  • Tidak perlu bersusah payah untuk mempromosi
  • Tidak perlu pening kepala untuk membangunkan laman store
  • Tidak perlu menguruskan penghantaran produk
  • Tidak perlu tahu benda terlalu teknikal
Dalam pasaran terdapat banyak produk dan perisian yang menawarkan perkhidmatan autoblog. Tetapi, tidak semua perisian itu berkesan dan baik. Jadi perisian mana yang berkesan? Itu akan didedahkan dalam study case yang telah dilakukan oleh seorang penulis buku dalam bidang pemasaran internet dan juga seorang blogger yang menghasilkan pendapatan pasif melalui affiliate amazon.

Anda boleh baca study case beliau melalui pautan ini. - Study Case Sebenar Buat Duit Dengan Amazon






15 Ulasan

  1. sebelum jadi blogger saya memang ada keinginan untuk memilki kedai online..cuma sekarang ada blog buku Online

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dah ada nichify boleh la buat kedai online =)

      Padam
  2. bagus2..nanti buat duit USD la pulak dia lepas ni ye... :D

    BalasPadam
  3. Good info. Saya baru nak Start serious dalam affiliate ni. Mgkn boleh Try yang ni nanti

    BalasPadam
  4. Ramai yang beraih ke arah income USD sekarang kan

    BalasPadam
  5. saya pun join ni, tengah fikir nak tambah 1 lagi website

    BalasPadam
  6. Semakin ramai yang bina kedai maya dengan amazon ya

    BalasPadam
  7. Eh Amazon pun ada affiliate rupanya ^-^

    BalasPadam
  8. Buat duit dengan matawang USD jadi sasaran ramai orang sekarang ni... entah bila la RM nak kuat balik

    BalasPadam
  9. ramai blogger yg dah buat duit dengan affiliate amazon ni

    BalasPadam
  10. yang nie nampak lagi menarik sebenarnya

    sebab dapat usd...

    tapi mesti makin susah kan

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama