Salam Aidiladha 2015

Rasa agak ketinggalan kalau buat ucapan Aidiladha hari ini. Haha. Biarlah, masih dalam mood raya lagi ni. Hari ni merupakan raya kedua Aidiladha. Ada yang sudah bekerja dan masih bercuti. Siapa yang sudah bekerja, anda seorang yang hebat. =)

Salam Aidiladha

Tahun ni aku menyambut Aidiladha di Terengganu. Mestilah wajib sambut kat sini, dah kampung aku kat sini. Mak ayah aku memang orang sini. Mana ada kampung lain lagi dah. Haha. Ramai orang cakap, kalau sambut Aidiladha di negeri pantai timur mesti meriah. Meriah juga, tapi tak semeriah zaman aku kecil-kecil dulu. 

Alhamdulillah juga, tahun ni tok ki (atuk) aku belah ayah ada bahagian korban juga. Jadi hari Khamis tu semua sedara belah ayah aku ni pakat gotong-royong buat makan-makan sikit hasil daging korban. Biasalah duduk rumah kampung, kebanyakannya tinggal sekelompok. Rumah sebelah-menyebelah antara rumah aku, mak sedara, bapak sedara, sepupu-sepapat. Agak meriah la kan bila tinggal sekelompok macam gini.

Bila musim raya atau musim cuti, memang tak sah kalau takda kenduri kahwin. Hari ni memang ramai sangat yang kahwin termasuklah kawan sekolah aku. Siang tadi baru akad nikah. Tahniah. Barakallah Apik dan isteri.

Ok, last but not least. Aku nak ucapkan Salam Aidiladha buat semua umat islam terutama rakan blogger, rakan alam maya dan sesiapa yang mengenali diri aku. Tak lupa juga kepada yang mengambil kesempatan cuti ini untuk melangsungkan perkahwinan. Tahniah aku ucapan. Moga pernikahan kalian diredhai oleh-Nya. Amin. =)


4 Ulasan

  1. selamat hari raya korban buat Shikin..

    BalasPadam
  2. best kan dapat family yang sekampung je. duduk sebelah-sebelah pulak tu. antara family lain, famly ktorang je yg duk jauh...nk beraya kena balik sana. ^_^

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama