Raja Adsense
igkaboom

10:22 PTG
10
Sebelum ini mungkin ada yang pernah mendapat berita di laman sosial yang mengatakan penukaran MyKad akan dinaikkan harganya daripada RM10 kepada RM50 bermula 1 Oktober ini. Tetapi sebenarnya berita itu tak betul pun. Pihak JPN telah mengeluarkan kenyatan bahawa berita itu tidak benar. 
Jabatan Pendaftaran Negara


Disebabkan berita viral itu, bapak aku paksa pergi tukar MyKad. Ikutkan hati malas juga nak pergi tapi apabila big bos dah bersuara terpaksa la rajinkan diri juga tukar. 

Proses Penukaran MyKad

Pada minggu lepas, aku pergi JPN Kuala Terengganu untuk proses penukaran MyKad. Untuk proses ini, anda hanya perlu menyediakan RM10 dan MyKad sahaja. Aku sampai sana dalam pukul 9 lebih dan agak terkejut sebab ramai sangat orang walaupun masih awal. Aku syak ini disebabkan berita viral tu. Semua kalut nak tukar baru. Haha.

First sekali apabila sampai sana, kena ambil nombor giliran dulu, dan tunggu je lah nombor anda dipanggil. Kalau tiada apa-apa penukaran dalam MyKad tu hanya perlu ambil nombor, tapi kalau ada penukaran alamat kena isi borang dulu. Lepas tu baru boleh proceed yang seterusnya.

MyKad

Bila sampai di kaunter, dia akan minta MyKad, duit RM10 dan scan ibu jari. Itu je. Nanti dia akan bagi resit bayaran. Resit bayaran tu mestilah disimpan dan ditunjukkan semasa proses kutipan MyKad apabila dah siap nanti.

Lepas settle di kaunter tu, kita diminta untuk tunggu seketika. Apabila nama dipanggil, baru boleh ke proses mengambil gambar. Ok, siap dah proses penukaran MyKad anda. Aku diminta mengambil MyKad pada keesokan harinya.

Walaupun ramai orang, proses penukaran MyKad agak cepat. Kakitangan di JPN Kuala Terengganu patut dipuji kerana menjalankan kerja dengan cepat dan masih mesra walaupun kena hadap ramai orang. Tahniah untuk anda semua. =)







Comments
10 Comments

10 ulasan:

  1. isteri belum tukar lagi.. ari tu dah kena sound

    BalasPadam
  2. Kite pun tak g tukar lg mykad baru..malas nye nk g tukar..heee

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas info ni...orang kita suka sebar benda2 yg tak betul...ish..

    BalasPadam
  4. mudah jer naktukar sebenarnya...

    tapi malas nak g..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah, kalau tak kena paksa tak pergi juga ni..haha

      Padam
  5. salam hajar, kalau boleh tahu jpn tganu bukak tak sabtu, lama sgt dah tak pi sana

    BalasPadam
  6. Betul ke RM10 tu akan ditukar kepada amount yang diboleh gunakan dalam touch n go?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti, rasanya tak. Kalau nak touch n go kena topup MyKad dulu.

      Padam

Tudung Si Comel