Sistem Akaun Senang Guna MS Excel

Sekarang ini ramai yang sudah melibatkan diri dalam perniagaan. Perniagaan online atau offline, buat secara separuh masa mahupun sepenuh masa. Tahniah untuk anda semua para peniaga dan usahawan yang berani mengambil risiko untuk melibatkan diri dalam bidang ini. 


Dalam perniagaan, pengurusan kewangan yang cekap dapat menjadi pengukur sama ada perniagaan anda berjaya atau sebaliknya.

Pengurusan kewangan sangat penting, tidak kira lah perniagaan kecil ataupun besar. Untuk itu, pelbagai sistem perakaunan yang telah direka supaya penyata kewangan dapat disediakan dengan cepat dan tepat.

Bagi yang tidak mahir dalam perakaunan, perisian seperti SQL Accounting, ABSS, dan UBS mungkin agak sukar bagi mereka. Sebenarnya ada cara yang lebih senang untuk menyediakan penyata kewangan yang tepat iaitu dengan menggunakan Sistem Ezi-Akaun XLS.

Sistem Ezi-Akaun XLS Sistem Perakaunan Senang

Sistem Ezi-Akaun XLS adalah sebuah sistem offline yang menggunakan Excel yang direka khas untuk perniagaan SME. Ada diantara anda yang sudah biasa dengan MS Excel, mungkin akan membantu untuk memahami lagi sistem ini

Tonton demo dibawah untuk melihat Ezi-Akaun XLS secara menyeluruh


Apa kelebihan Sistem Ezi-Akaun XLS ?

Dalam sistem ni anda boleh :
  • Boleh buka Resit/Invois/Quotation
  • Rekod Inventori Stok
  • Rekod Jualan Mengikut Bulanan
  • Rekod Belian Mengikut Bulanan
  • Rekod Perbelanjaan Mengikut Bulanan
  • Payment Voucher
  • Rekod Penghutang
  • Rekod Pemiutang
  • Rekod Aset, Modal, Ambilan, Pindahan
  • Report Aliran Wang Tunai
  • Report Imbangan Duga
  • Report Penyata Untung Rugi (Bulanan)
  • Report Penyata Untung Rugi (Tahunan)
  • Report Kunci Kira-Kira
Sistem Ezi-Akaun XLS sangat senang digunakan kerana hanya anda perlu rekod Jualan, Belian dan Belanja sahaja. Report Imbangan Duga, Kunci Kira-kira, Profit & Loss, Cash Flow dijana secara automatik. 

Sistem ini juga menyediakan rekod inventori bagi anda yang membuat perniagaan yang menyimpan stok jualan. Inventori ini akan disambungkan secara automatik dengn rekod-rekod jualan dan belian. Bukan itu sahaja, sistem ini juga turut menyediakan dokumen Resit, Quotation, Invoice serta Payment Voucher.

Apa yang boleh dikatakan, produk ini lengkap mengikut spesifikasi perakaunan di Malaysia. Nak buat loan, nak submit eFilling, nak cari investor, boleh bagi terus report akaun ni.

Mana nak dapatkan sistem ini? Ok, anda boleh dapatkannya di sini - Sistem Ezi-Akaun XLS







8 Ulasan

  1. bestnya.. memudahkan kerja2 pengurusan perniagaan bg peniaga2 yg baru.

    BalasPadam
  2. bagus ni kalau digunakan untuk orang berniaga... :)

    BalasPadam
  3. Ramai pemilik bisnes terutama bumiputera yang tak ada sistem macam ni .. elok dipromosikan terutama untuk mereka yang buat bisnes online. Sistem ni boleh bantu untuk urus aliran kewangan.

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama