7 Sebab Kenapa Masih Single

Mengapa masih tak laku-laku? Cemburu tengok kawan-kawan lain sedang bahagia dan bercerita tentang kerenah boyfriend masing-masing. Aku? Nak share pasal kawan lelaki pun tak ada, inikan pula boyfriend. Pastinya kamu yang masih solo pernah alami situasi di atas. Tiada ada insan bergelar arjuna yang singgah di hati.

Masih Single

Ada ketikanya diri ini dirasakan kosong dan ‘tidak laku’ di mata lelaki. Mengapa ini terjadi? Singkap permasalahannya di sini! 

1. Terlalu Negatif
Janganlah terlalu negatif dengan kehidupan ini sehinggakan kamu fikir semua lelaki yang lahir di dunia ini hanya untuk menyakiti hati gadis.

Jadikan pengalaman sebagai pengajaran dan usahlah berdendam dengan kegagalan dahulu. Jadi, jika ada yang cuba menghampiri, usahlah sambut dengan sikap yang terlalu negatif ya.

2. Terlalu Pemalu
Sifat pemalu itu comel tetapi jika keterlaluan ia membuatkan kamu tidak berani untuk berkenalan dengan lelaki.

Kamu akan menjadi terlalu cemas sehingga memikirkan apa pandangan lelaki terhadap diri kamu. Sudahnya kamu akan mengundur diri walaupun ada lelaki ingin mengenalimu.

Masih Single

3. Belum Move On
Jika kamu masih fikirkan ex boyfriend dan membandingkan setiap lelaki yang cuba rapat dengan kamu sama sepertinya, itu bermakna kamu belum move on daripada pengalaman dahulu.

Jadi, bagaimana si dia ingin memenuhi ruang dalam hati kamu itu? Cubalah buka hati kamu untuk menerima insan lain pula dalam hidup kamu.

4. Punya Sikap Kurang Ajar
Rude! Oh, sikap seperti ini bukan menjadi pilihan untuk dijadikan teman. Kamu suka sangat bercakap kasar, menghina dan mengumpat sesuka hati.

Mungkin tujuannya kelihatan ingin berseloroh atau bergurau tetapi sifat negatif cuma mendatangkan sesuatu yang negatif juga.

Masih Single

5. Enggan Berubah
Gadis biasanya mempunya ciri-ciri kekasih idaman dan berharap mendapat kekasih yang memenuhi semua kriteria tersebut.

Tapi, kamu sendiri tidak mahu memenuhi sifat seperti yang kamu ingini. Misalnya, kamu mungkin suka kekasih yang pintar tetapi kamu sendiri malas belajar dan tidak mahu berubah. Dah tu macam mana?

6. Kurang Bergaul
Rutin setiap hari kamu hanya ke kampus atau tempat kerja sahaja. Tamat kelas atau waktu kerja kamu melulu pulang ke rumah dan terus memerap dalam bilik.

Kegiatan atau aktiviti luar langsung kamu tidak ambil ‘pot’ . Kurang bergaul membuatkan kamu menjadi seorang yang kurang yakin pada diri sendiri. Jadinya bila kamu akan bertemu kekasih hati? 

7. Letak Standard Terlalu Tinggi
Betul, kamu juga layak mendapat kekasih yang terbaik seperti yang diidamkan. Tetapi janganlah meletakkan standard yang terlalu tinggi seperti ingin dapat kekasih yang kacak, gentleman dan kaya.

Susah juga yer.



Sumber : remaja.karangkraf.com


11 تعليقات

  1. kite pun single. tapi ,mungkin sebab mmg tak laku. eh bukan, sebab tak cantik sbnrnya

    ردحذف
    الردود
    1. Cantik tu boleh diusahakan sis, yang penting hati kan..hehe

      حذف
  2. sape2 yg single lagi tu kena take note ni. hihi.. i'm not single!

    ردحذف
  3. single pun ok..janji happy ..jika nak ada couple dan buat dosa susah gak..

    ردحذف
  4. MV pernah mengalami situasi ni dulu..kerja memang life MV la masa tuh..sabtu ahad pun kerja...sampai masa parents pun mula tanya sampai bila nak single...haha

    ردحذف
  5. saya pemalu dan negatif kot
    bila terjumpa ppuan berminat di hati
    walaupun dah selalu bertegur sapa
    akan jadi malu nak cakap dgn dia
    mungkin sebab saya jenis berfikiran negetif kot

    ردحذف
    الردود
    1. Buang fikiran negatif tu, tak elok kalau disimpan.
      Nanti memudaratkan diri.

      حذف
  6. Mungkin juga belum sampai jodoh =)
    Jadi, nak tak nak tahan je lah hati dengar kawan-kawan citer tu semua. Sha pun selalu je kena dengar citer gitu, hehe :p

    ردحذف
  7. Kalau seseorang tu beriman, dia tak akan amik kisah pun dengan orang lain yang dah sibuk dengan pasangan masing-masing atas dunia ni. Sebab dia tahu dalam syurga kelak lelaki yang tak pernah kahwin sewaktu hidupnya akan kahwin dengan perempuan yang tak pernah kahwin sewaktu hidupnya juga. Wallahu a'lam.

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم