Pembayaran Komisen Ke 4 Dan Komisen Ke 12, 13, 14 Ashadee.com

Tajuk entry macam panjang sikit. Hehe. 
Alhamdulillah, dah terima bayaran dari Ashadee.com. Walaupun payment dia mungkin tak banyak bagi anda, tapi aku tetap berpuas hati kerana setiap kali dapat payment mesti makin bertambah. Kalau dulu setakat 2 angka, sekarang dah naik sikit jadi 3 angka. Kalau usaha lebih mesti dapat 4 atau 5 angka, tak mustahil kan? Haha.

Pembayaran Komisen Ashadee

Aku terima email mengenai pembayaran ini pada 2 September lepas, lagi 3 komisen menyusul lepas tu. Alhamdulillah, bulan ni dah berjaya close tiga sales. Aku rasa macam terover seronok pula sebab baru pertengahan bulan dah dapat tiga sales. Tiga sales ni dah banyak tau untuk newbie affiliate macam aku.

Komisen Ashadee.com

Sehingga sekarang aku masih percaya promosi menggunakan blog merupakan promosi jangka panjang. Selagi blog anda masih wujud, selagi itu artikel promosi anda berpeluang untuk mendapatkan jualan. Ini juga merupakan satu kelebihan jika peniaga atau usahawan mengiklankan produk mereka di blog-blog yang menawarkan advertorial. Iklan mengenai produk anda akan kekal selagi blog tersebut masih wujud.

Bagi yang tidak mempunyai blog atau malas nak set up blog tetapi berminat untuk mempromosikan produk affiliate, anda juga boleh buat begitu dengan menggunakan facebook. Nak tau tips dan trick yang digunakan yang membolehkan anda close sale seawal 2 jam melalui facebook ? Aku ada kongsi mengenai itu di entry ini - Income RM244 Lebih Setiap Hari Melalui Facebook.



p/s Malam ni kepala rasa macam berat sikit, tapi sado kan diri publish entry -,-





12 Ulasan

  1. bg jie komisen tu dh byk...

    xmustahil dpt 4 angka plak..

    BalasPadam
  2. Tak lama lagi In Shaa Allah tercapai la ni nak dapatkan 4 angka dengan affiliate

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin..amin, moga banyak rezeki dalam affiliate ni..hehe

      Padam
  3. Terbaik, sikit sikit lama lama jadi bukit.

    BalasPadam
  4. Tahniah...

    komisen yg menarik...

    nanti nk aktif dengan ashadee nieh

    BalasPadam
  5. tahniah dan bukan senang nak dapat komisyen tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang bukan senang mrhanafi, tapi kalau rajin usaha InsyaAllah dapat hasilnya

      Padam
  6. Tahniah ...sikit-sikit lama-lama jadi gunung :-)

    BalasPadam
  7. wah,banyak tu kalau 3 angka.moga makin bertambah ye.:)

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama