Komisen Ke 10 Dan 11 Ashadee.com

Alhamdulillah, rasanya rezeki dalam affiliate ni tak putus-putus. Walaupun kebelakangan ini agak ‘dingin’ dengan blog dan jarang juga mempromosikan produk affiliate, Allah masih bukakan rezeki aku dalam affiliate. Syukur. 

Sedar tak sedar sudah lebih 10 komisen aku dapat dari Ashadee. Ini merupakan satu motivasi dan penyunting semangat untuk aku terus merajinkan diri promosikan produk affiliate.

Komisen Ashadee

Komisen Ke 10


Komisen Ashadee

Komisen Ke 11


Affiliate Tanpa Modal

Banyak cara untuk buat duit online melalui blog dan salah satu adalah melalui affiliate. Apa yang bagusnya mengenai affiliate ini? Semestinya anda tidak memerlukan sebarang modal untuk menyertai affiliate ini. Daftar sahaja secara percuma dan anda bebas memilih pelbagai pilihan produk untuk dipromosikan. Kebanyakan komisen jualan akan mendapat 50% komisen daripada harga produk. Sangat berbaloi kan promosikan produk affiliate ini. 

Promosi menggunakan blog sangat untung sebenarnya kerana ia merupakan promosi jangka panjang. Maksudnya selagi blog anda masih wujud, selagi itu artikel promosi anda berpeluang untuk mendapatkan jualan. Sebagai contoh, tahun lepas aku hanya terbitkan satu artikel sahaja untuk satu produk ini, dan sehingga sekarang aku masih menerima komisen daripada artikel tersebut. Faham maksud aku? Kalau nak lagi baik sediakan 2-3 artikel untuk satu produk tu, InsyaAllah komisen akan masuk bertalu-talu.

Panduan Affiliate Untuk Newbie

Aku nak terang lebih-lebih pun bukannya pakar sangat dalam affiliate ni. Hehe. Apa kata anda semua yang berminat untuk mempelajari bidang affiliate, baca Panduan Affiliate Untuk Blogger Baru yang telah disediakan oleh pakar.

Apa yang ditekankan didalam panduan ini nanti adalah mengenai :-
  • Blogger baru (isi kandungan khas untuk newbie)
  • Dunia affiliate (Apa itu affiliate)
  • Buat duit dengan affiliate melalui blog
  • Teknik menghasilkan artikel jualan
  • Segala-galanya tentang affiliate

Bukan cuma itu, anda juga akan didedahkan mengenai teknik Search Engine Optimization (SEO) yang mana teknik ini merupakan salah satu teknik yang penting untuk menghasilkan komisen affiliate.




10 Ulasan

  1. Dah daftar. Tapi belum sempat nak promo lagi. Nak kena usaha lagi ni =)

    BalasPadam
  2. syukur alhamdulillah wak. dikala ringgit malaysia kita tengah tak berapa nak baik ni. bolehlah kot cari alternatif lain untuk buat duit kan :) (shell 1 untuk hajar :D)

    BalasPadam
  3. Wahh.. Tahniah... Bukan senang nak berjaya dalam program affiliate nie melainkan dengan tips2 yang betul..

    BalasPadam
  4. Nice lah..hehe leyh try! Tq shring.. Nama kita sama walaupon eja beza hikss

    BalasPadam
  5. Misteri tu, produk apa agaknya ye yang berjaya hasilkan jualan tu :D

    BalasPadam
  6. pandai betul kak kita nieh bermain affiliate

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pandai sangat, tengah belajar lagi benda ni

      Padam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama