TKKMM Diaktifkan Untuk Bantu Mangsa Gempa Bumi di Sabah

by - 12:01 PG

TKKMM Bantu Mangsa Gempa Bumi Sabah

Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) telah diaktifkan semula bermula hari ini, 8 Jun 2015 bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Sabah. TKKMM dikelolakan bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta syarikat-syarikat telekomunikasi. Tabung Kemanusian ini diaktifkan sehingga 8 Julai depan.

Sebelum ini kempen TKKMM pernah membantu mangsa taufan Haiyan, Gaza dan mangsa banjir di Pantai Timur dan harap kali ini lagi ramai rakyat Malaysia membantu untuk meringankan beban mereka. Aku tau ramai rakyat Malaysia kaya lagi pemurah kan? -_^

Ok, bagi sesiapa yang nak menyumbang RM1, RM3, RM5, RM10, RM15, RM20, RM30, RM40 dan RM50 boleh berbuat demikian dengan menaip GEMPA <jarak>  <1/3/5/10/15/20/30/40/50> dan hantarkan kepada 13999 dari telefon bimbit masing-masing.

Setiap nilai derma yang diterima akan disalurkan sepenuhnya kepada tabung berkenaan tanpa potongan tambahan daripada amaun yang diterima. Sumbangan yang diterima menerusi TKKMM ini akan digunakan bagi membantu mangsa-mangsa gempa selain proses pembinaan semula infrastruktur di kawasan gempa.

Anda juga boleh menyemak jumlah kutipan terkumpul melalui link ini - http://sms13999.mcmc.gov.my/









You May Also Like

0 ulasan