GLA Complex Shaklee

GLA Complex Shaklee

Review GLA Complex Shaklee | Produk Shaklee memang sudah tidak asing lagi dalam dunia kesihatan dan kecantikan. Pelbagai supplement dan vitamin telah diperkenalkan untuk membantu golongan wanita dan lelaki serta kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan dan untuk sentiasa tampil cantik. Aku sudah lama ingin menjadi pengguna produk shaklee, kali ini baru berkesempatan. Produk pertama yang aku cuba adalah GLA Complex. 

Kelebihan GLA Complex

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
  • Membantu dalam menangani menopause
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema
  • Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkn immuniti badan
  • Memperlahankn process penuaan
  • Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis
  • Mengawal kolesterol
  • Bagus untuk saraf.

GLA Complex Shaklee

Kandungan Utama GLA Complex

  • Minyak borage - mengandungi 17%-25% kandungan GLA
  • Vitamin E - membantu untuk melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imunisasi dengan memelihara intergriti sel
  • Omega 6 - membentukkan prostaglanding. Prostaglanding merupakan hormon yang mengawalatur proses badan secara normal 
Untuk maklumat lanjut mengenai GLA Complex ini, anda boleh search google sendiri. Ramai shaklee distributor yang berkongsi kebaikan GLA ini di blog mereka.

GLA Complex Shaklee

Review Terbaik

Aku memang tiada masalah period yang tidak teratur, cuma bila period tu akan ada masalah senggugut, sakit pinggang dan rasa lenguh dari pinggang ke bawah. Pada waktu ini, emosi pun kurang stabil, selalu rasa nak marah, muka sentiasa masam je, ditambah dengan sakit perempuan tu, makin mencuka la muka aku. Haha. Kadang-kadang, hari yang berbunga akan jadi suram dan agak mengganggu kerja harian aku. Rasa macam nak mereput je atas katil bila datangnya period.

Aku baru amalkan GLA Complex dalam 2 minggu dan minggu ketiga tu aku datang period. Memang jangkaan aku pun akan datang period minggu tu. Sepanjang period, senggugut dah tiada tetapi pinggang dan lenguh masih lagi terasa sakitnya. Sangat bersyukur, walaupun tak hilang sepenuhnya, tetapi kesakitan tu dah berkurangan berbanding sebelum ini. 

Lagi satu, GLA Complex ni sesuai juga untuk mencantikkan kulit. Bagi yang mengalami masalah jerawat boleh cuba supplement ini. Jerawat naik mungkin disebabkan hormon yang tidak stabil. GLA ini juga membantu menstabilkan hormon anda dan mengurangkan jerawat. Muka aku sebenarnya memang dah lama diserang jerawat, dan semenjak 2 minggu ini aku mengamalkan GLA aku nampak perubahan pada muka. Jerawat dah kurang naik dan jerawat 'aktif' mula mengering

Itu baru 2 minggu pakai, dah ada perubahan yang positif. Kalau pakai sebulan, dua bulan? Mesti dapat kesan yang terbaik kan? Ishh, tak sabar. Haha. 


Website : www.shaklee.com.my








2 Ulasan

  1. Singgah jenjalan pagi. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam

    BalasPadam
  2. bagus jugak gla complex ni no...nk try jugak la..harap pas ni x segugut sngt la..huhu...anyway good review..sapa baca mesti rasa nk beli:-)

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama