Lactacyd Feminine Wash - Review

Lactacyd Feminine Wash
Miss V merupakan bahagian sensitif wanita. Kalau tak dijaga boleh mengakibatkan penyakit yang kita tak jangka. Oleh sebab itu, produk Lactacyd dicipta khas untuk menjaga bahagian intim wanita. Lactacyd Feminine Wash diformulasi untuk memberikan kebersihan, kesegaran dan keselesaan untuk wanita supaya tampil lebih yakin dalam menjalani kehidupan seharian.

Kenapa Perlu Pilih Lactacyd

  • Mengandungi formula semulajadi
  • Jenama kebersihan feminin nombor 1 di seluruh dunia
  • Diuji secara klinikal
  • Dpercayai setiap generasi
  • Diuji oleh pakar dermatologi
Baru-baru ini aku dapat sample produk Lactacyd Feminine Wash. Sebenarnya aku dah lupa bila request sample ni sebab dah lama sangat baru sampai kat tangan aku. Hehe. Aku dapat 4 sample daripada 5 produk itu, yang warna pink aku belum mencubanya lagi.

Lactacyd Feminine Wash


Lactacyd Feminine Wash 
Lactacyd White Intimate 

Berpeluh dan geseran yang berlebihan daripada pakaian yang ketat akan menggelapkan kulit di sekitar kawasan intim. Lactacyd White Intimate diperkaya dengan bahan-bahan semula jadi seperti tumbuhan berasaskan Actipone - B dan marin berasaskan Algowhite yang mampu mencerahkan kawasan di sekitar Miss V dalam masa 4 minggu. Tambahan pula dengan adanya formulasi khas susu lactoserum semulajadi dan asid laktik dapat mengekalkan keseimbangan pH Miss V anda.

Lactacyd Feminine Wash
Lactacyd Revitalize

Bagi wanita yang sudah berkahwin atau melahirkan, anda mungkin merasa Miss V sudah tidak seperti anak dara lagi, hehe. Jangan risau, Lactacyd Revitalize yang menggunakan Vitamin E dan kologen sebagai kandungan utama, dapat melembut dan menganjalkan  Miss V supaya anda sentiasa merasa muda remaja.

Lactacyd Feminine Wash
Lactacyd Soft & Silky

Kekeringan Miss V boleh membuat bahagian sensitif terdedah kepada ketidakselesaan. Lactacyd Soft & Silky diperkaya dengan tambahan 10 % pelembap susu sebagai pelembapan tambahan untuk menyuburkan dan melicinkan kawasan intim untuk keselesaan dan keyakinan. Produk ini telah diuji selamat oleh pakar dermatologi. Jadi anda tidak perlu risau akan kesan sampingan. Aku sangat suka bau dia yang tersangat wangi dan tahan lama.

Lactacyd Feminine Wash
 Lactacyd All Day Fresh

Lactacyd All Day Fresh dirumus khas menggunakan pati herba untuk perlindungan Miss V anda dari bau dan rasa tidak selesa. Bagi wanita yang menjalani kehidupan aktif,  Lactacyd All Day Fresh sememangnya sesuai untuk mengekalkan kesegaran sepanjang hari

Dulu ada orang pernah cakap kat aku, sabun atau gel mandian badan tidak sesuai digunakan untuk mencuci Miss V kerana kandungannya mungkin tidak sesuai untuk bahagian sensitif kita. Kalau difikir sedalam-dalamnya mungkin betul. Jadi lebih baik kita guna pencuci khas yang direka untuk Miss V yang sensitif.


Untuk maklumat lanjut atau request sample boleh ke 
 Website :  www.lactacyd.com.my
Facebook :  https://www.facebook.com/lactacydloveyourv/timeline
Youtube : https://www.youtube.com/user/LactacydAsia



2 Ulasan

Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama