Raja Adsense
igkaboom


Domain 

Blog ini telah diwujudkan hampir 3 tahun tetapi 2 minggu lepas baru tukar domain berbayar. Haha, ambil masa yang lama kan untuk bertukar ke domain berbayar? Sebelum ini menggunakan link hajarashikin.blogspot.com, dan sekarang blog ini tampil dengan menggunakan link www.hajarshikin.com. Tapi kalau korang pergi ke link blogspot.com aku ia akan tetap redirect ke dot com. 

Sebenarnya langsung tak plan dan terfikir untuk memiliki domain sendiri pada tahun ini, tetapi selepas timbang bolak-balik akhirnya buat satu keputusan memiliki domain sendiri. Alhamdulillah juga ada rezeki sikit hasil berblogging dan duit itu digunakan untuk bayar domain ni lah. Harga domain tak mahal pun. Semua blogger mampu milik. Aku dah buat survey haritu, paling murah RM 33 setahun. Haa, murah tu kan. 

Bila sudah memiliki domain sendiri, automatik rasa terlebih rajin untuk update entri. Haha. Jikalau sebelum ni paling malas pun seminggu satu entri aku update. Sekarang ni rasa nak update hari - hari. Itu pun kalau tidak mengalami kekangan masa dan otak tidak tepu mencari idea untuk dijadikan bahan entri. Bila dah ada domain sendiri sudah tentu nampak lebih profesional. Ye dak? Para pengiklan pun mungkin lebih yakin dan percaya untuk beriklan di blog kita.

Syok wehh bila dah ada domain sendiri. Aku dah kembali menjadi newbie, newbie dalam dot com. Hikss =)




p.s Harap aku makin serius berblog lepas ni ^_^






Comments
10 Comments

10 ulasan:

  1. harga lebih kurang sama jgak dengan saya pnya domain . semoga lebih berjaya lagi . hehee

    BalasPadam
  2. Tahniah dah ada domain sendiri teruskan Berblogging, bina niche tersendiri ya

    BalasPadam
  3. mcm mana nk tahu bila domain kita tamat ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya dalam masa setahun dari tarikh kita beli. Boleh cek di cpanel bila kita kena renew domain.

      Padam
  4. Waa bagusnye..ada pembaharuan...hehe..tahniah

    BalasPadam
  5. Wah.. terbaik. Gudluck.. jemput join segmen ejulz dan doakan si lala k.. :)

    BalasPadam
  6. tahniah hajar.. keep it up! hai bila la saya nak merasa ada domain sendiri ni... oh if u dont mind, apa beza ashadee ngan advertorial.my yer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak beli domain baik beli awal2 =)

      ashadee : Salah satu program affiliate. Kita akan dapat komisen jika dapat membuat sale
      advertorial.my : review berbayar

      Padam

Tudung Si Comel