CPUV Nuffnang | Lactacyd Malay Milenniu...

CPUV Nuffnang

'Lactacyd Malay Milenniu...' merupakan CPUV Campaign yang pertama pada bulan Disember. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan terakhir  tahun ini kan? Cepat sangat masa berlalu. Berbalik pada topik, walaupun kebelakangan ini aku dapat banyak CPUV tapi erning dia agak sedikit. Bukan tak bersyukur tapi cuma nak bagitau, hahaha. Sebenarnya aku agak hairan kenapa Nuffnang selalu bagi CPUV sedangkan trafik aku tak tinggi. Lepas baca entri Nick Nashram baru aku faham kenapa.
Jika Buffered Earning diberikan pada blog yang mempunyai trafik tinggi, maka Nuffnang terpaksa membayar harga yang tinggi kepada blogger tersebut berdasarkan hasil trafik yang diterima. Ini kerana semakin tinggi trafik blog korang dan jika diberikan Buffered Earning, maka semakin tinggilah pendapatan yang bakal korang terima daripada Nuffnang.
Biasanya blog yang trafiknya rendah akan diberikan Buffered Earning..katanya untuk memotivasikan blog-blog yang kurang trafik supaya berusaha tingkatkan trafik blog
Lagipun dalam entri Hasrul Hassan , beliau pernah cakap Nuffnang ni sesuai untuk blogger baru. So, ia memang sesuai la untuk aku. ^_^
Saya pernah beritahu satu masa dahulu, iklan Nuffnang memang sesuai untuk blogger baru. Kenapa? Sebab ia tidak cerewet, tak susah pun nak apply. Hari ini anda masuk ke laman web Nuffnang, hari ini anda daftar, hari ini juga anda sudah boleh jana income menerusi Nuffnang
Jadi untuk blogger baru yang nak buat duit melalui blog, apa salahnya kalau apply Nuffnang dulu. 

3 Ulasan

Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama