Mohon, Kemaskini BR1M 2015

by - 11:28 PTG

Korang dah kemaskini BR1M belum? Aku percaya BR1M menjadi topik hangat untuk bulan ni. BR1M boleh dimohon dan dikemaskini bermula semalam 1 Disember 2014. Baru sekejap tadi aku dah berjaya mohon. Sebenarnya semalam aku dah cuba mohon tapi tak dapat pulak nak akses laman web dia. Mungkin disebabkan berjuta-juta orang tengah akses masa tu. Hari ini cuba lagi, dan dapatlah aku mohon BR1M untuk kali pertama. 

Mohon, Kemaskini BR1M 2015



Mohon, Kemaskini BR1M 2015

Tahun lepas aku ada mohon tapi tak dapat disebabkan masih lagi belajar dan dapat baucer buku. Tahun ni insyaAllah dapat sebab dah lepas syarat dia. ^_^  Walaupun tempoh dia lama tapi aku cuba settlekan benda ni awal-awal. Mana tau mungkin terlupa, yelaa..aku ni jenis pelupa sikit. Siapa yang tak kemaskini atau mohon lagi lebih baik settlekan awal-awal.

Nak mohon, kemaskini atau semakan boleh ke laman web ni e-BR1M


You May Also Like

1 ulasan