Birthday Girls December

Birthday Girls

Bulan Disember agak special sebab bulan ini aku telah 'mengeluarkan tangisan' buat kali pertamanya. Tapi yang lagi specialnya bukan aku seorang birthday girl bulan ini, dua orang lagi kawan aku dilahirkan pada bulan ini juga. Yeahh...Happy Birthday untuk kami! Aku 10 Disember, diaorang 13 dan 16 Disember, dekat-dekat je tarikh kan? Diaorang ni sahabat masa aku belajar diploma dulu. Diaorang ni la sahabat bila sedih, ketawa, sahabat gila-gila remaja la katakan. 

Birthday Girls Hajar Rash

Birthday Girls Hajar Rash

Birthday Girls Hajar Rash

Ni la gambar birthday girls. Ce teka yang mana aku, hihihi. Andai kata korang berdua terbaca entri ni *diaorang tak tahu ada ada blog* sejujurnya rasa gembira sangat kenal dengan korang. Harap kita kawan sampai bila-bila walaupun masing-masing sibuk *Konon sibuk*. Teringat balik saat aku mendaftarkan diri di politeknik dulu, sorang-sorang merantau ke negeri orang. Masa tu rasa macam forever alone, hahaha, sehinggalah aku bertemu dengan mereka minggu orientasi. Sejak dari tu sampai semester akhir kita makan sama-sama, sewa rumah sama-sama, pergi kelas sama-sama. Memang semua sama-sama lah =)

Birthday Girls Hajar Rash

Birthday Girls Hajar Rash
Housemates 

Birthday Girls Hajar Rash
Classmates

Ok, bagi sesiapa yang birthday girls atau boys bulan ini, aku ucapkan selamat hari lahir. Moga hidup korang lebih berkat dan sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.



<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Jom Aktifkan Mykad Smart Shopper

Minta jasa baik korang untuk share entri ni Jom Aktifkan Mykad

13 Ulasan

  1. Happy birthday utk semua..moga murah rezeki selalu :)

    BalasPadam
  2. happy belated birthday awak :)
    semoga persahabatannya kekal :)

    BalasPadam
  3. Happy birthday Hajar Rash..yang ke berapa tu??hihi

    BalasPadam
  4. selamat hari lahir Hajar, kak ana hadiahkan follower ke 702 dan di G+, di IG lama dah following, all the best dan selamat menempuhi hari2 mendatang dgn penuh keredhaanNya sentiasa.. :)

    BalasPadam
  5. Happy birthday...lambat wish..baru follow

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama