Kepada Orang Patah Hati


orang patah hati

Kepada orang yang baru patah hati,
Biarkan dirimu untuk bersedih. Setiap orang mungkin mempunyai pandangan yang berbeza tentang bersedih. Seolah-olah bersedih adalah hal yang ringan. Seolah-olah korang perlu terus ketawa selepas hal buruk terjadi. Tapi sebenarnya tidak. Seperti hujan ditepi senja. Korang harus membiarkan setiap sendu yang ada. Setiap kematian memerlukan ratapan. Macam tu juga cinta yang telah mati. 

Oleh sebab itu, lakukanlah apa yang orang patah hati lakukan. Contonya menangis sehingga korang tidak boleh mendengar suara sendiri, makan sebanyak mungkin, mandi dengan air panas sehingga jarimu pucat kemudian pergi ke kafe, pesan air teh kerana kopi mungkin terlalu pahit untuk diminum pada waktu seperti ini. Izikanlah dirimu bersedih. Menangislah seakan kali terakhir korang dikecewakan oleh seseorang. Menangislah seakan korang lupa macam mana cara untuk berharap.

wake up

Kepada orang yang baru patah hati,
Selepas korang bersedih, inilah masanya korang bangkit kembali. Tak perlu terlalu drastik. Mulakan dengan perkara yang mudah. Korang boleh ambil gitar dan cuba memainkan lagu yang bahagia atau jika tidak boleh bermain alat muzik, lihatlah dirimu didepan cermin dan bisikkan kepada dirimu sendiri sambil tersenyum, "aku berhak untuk bahagia".

kenangan


Kepada orang yang baru patah hati,
Jangan risau, ada sahabat untuk menemanimu. Pergilah bertemu sahabat korang, ketawalah sampai lupa waktu yang pantas berjalan. Tanyakan khabar sahabat yang lain. Lupakan tentang kesedihan korang. Memang kadang-kadang kenangan terhadap dirinya sering terganggu. 

Tempat yang korang pernah pergi bersama dia  tidak akan terasa sama. Kawan yang belum tau mungkin akan menghampirimu dan  bertanya "si dia mana ya?" yang akan korang balas dengan senyuman nipis. Entah bagaimana untuk menjawabnya tapi percayalah satu perkara, semua ini akan berlalu sama seperti perkara lain didunia ni. Semua perkara buruk pasti akan berlalu pergi. Hujan pasti akan terganti langit biru. Gelap pasti terganti terang dan luka pasti terganti dengan senyuman nipis dibibirmu.

gelap ada cahaya


Kepada orang yang baru patah hati,
Bersabarlah, kerana disetiap gelap ada cahaya, kerana disetiap sakit ada pengajaran kerana korang berhak untuk bahagia kembali 




by Raditya Dika

2 تعليقات

  1. hm nice sharing sis ;(( ina pun sebenarnya baru patah hati.. biasanya kalau ina baru patah hati, cara ina untuk hilangkan kesedihan, ina akan main alat muzik, isi masa lapang dengan perkara2 berfaedah, dekatkan diri dengan Allah & luangkan masa dengan kawan..

    ردحذف
    الردود
    1. Betul tu ina, sepatutnya buatlah benda yang berfaedah

      حذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم