5 Pekerjaan bergaji besar!




Juruterbang

Sekiranya anda tidak rabun dan cukup tinggi, segeralah sertai sekolah penerbangan. Mengapa? Tahukah anda, bukan sekadar dibayar untuk melawat seluruh pelusuk dunia, malah gaji bulanan anda boleh mencapai RM35,000 sebulan, berdasarkan jumlah jam penerbangan dan jenis pesawat. Bagi perempuan pula,tidak boleh jadi juruterbang tidak mengapa. Kahwin seorang juruterbang juga sudah untung.
Akauntan senior

Gaji bulanan seorang akauntan senior kira-kira RM30,000 sebulan. Satu sahaja masalahnya, pastikan anda sukakan angka. Kalau tidak, pasti mati kebosanan. Sampai bila pun tidak akan sampai tahap senior.
Jurutera bahan

Tugas seorang jurutera bahan bukan terhad kepada mereka aneka jenis produk malah juga untuk mencari kegunaan alternatif bahan sedia ada. Jika ini merupakan minat anda, boleh tahan juga gaji bulanan sehingga RM28,000 sebulan.
Pengarah Urusan Kerajaan

Senang kata, kerja dengan kerajaan memang untung, gaji bagus dan manfaat sampingan juga seronok. Bagi kedudukan seorang pengarah urusan kerajaan, gaji boleh sampai RM27,000 sebulan. 
Industri minyak dan gas/tenaga/industri perlombongan 

Terpaksa berpindah randah, namun setelah melihat gaji yang ditawarkan ramai yang berebut untuk sertai syarikat seperti Petronas dan Shell. Gaji kasar sebulan sahaja boleh sampai RM26,500. 



sumber





1 Ulasan

  1. Bila la CN nak dapat gaji besar pulak.
    hehe.

    jom singgah blog CN^^

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama