20 Hal Rahsia Tentang Wanita

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan

3. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

4. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

5. Jika korang tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang korang tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

6. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

7. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

8. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

9. Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

10. Jika korang menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

11. Jika dia menghubungi korang atau menunggu panggilan dari korang, teruskan usahamu untuk memikatnya.

12. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

13. Bila setiap kali melihat gambar bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

14. Bekas kekasihnya akan selalu ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

15. Satu ucapan ‘Hai’  saja dari lelaki yang dia suka sudah cukup menceriakan harinya.

16. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

17. Senjata wanita adalah airmata!!

18. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadap korang.

19. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. 

20. Wanita tak suka kalau lelaki buat sesuatu untuk pikat dia tapi bila dah dapat, macam hampeh dibuatnya.

6 تعليقات

إرسال تعليق
أحدث أقدم