Raja Adsense
igkaboom
Ephyra

5
Lazada Malaysia


Lazada Malaysia merupakan salah satu tempat shopping online yang familiar bagi aku dan aku rasa Lazada juga merupakan pilihan kebanyakan rakyat Malaysia untuk shopping online. Boleh dikatakan barang keperluan semua ada dijual di Lazada Malaysia. Sebenarnya aku belum berpengalaman shopping online di Lazada Malaysia. Daripada feedback pelanggan yang aku ketahui, kebanyakan mereka berpuas hati dengan servis Lazada Malaysia memandangkan servisnya makin hari makin membaik.

Walaupun tidak pernah shopping di Lazada, tetapi ada beberapa barang yang menarik minat aku untuk membelinya. Antaranya adalah :-

Lazada Malaysia

1 - Apple iPhone 6 Plus 16GB ( RM 2,658.00)
Berdarah hidung tengok iPhone 6 Plus. Hahaha. IPhone 6 Plus merupakan barangan yang paling aku nak. Cita-cita ingin menjadi salah seorang pengguna iPhone sejak dulu tetapi malangnya belum berkesempatan lagi. Dengan berusaha sikit lagi untuk mencukupi bajet, insyaAllah iPhone 6 Plus akan jadi milik aku. Lihat sendiri keseksian Iphone 6 Plus. Aku tak kuat semangat, hahaha. :P






Lazada Malaysia

2 - Morgan Electric Oven ( RM 89.00 )
Produk kedua yang aku nak beli adalah oven dari jenama Morgan. Kenapa Morgan? Kebanyakan barangan elektrik dirumah aku adalah dari jenama ini. Oven ini untuk mak aku sebagai menggantikan oven yang dah expired jangka hayatnya (rosak). Dengan adanya oven ini lebih memudahkan proses memanggang, membakar dan baking. Lepas ni bertambah-tambah rajinlah mak aku masak. :P

Lazada Malaysia

3 - Takada Double Grill Pan ( RM 79.00 )
Pemanggang ajaib ini sebenarnya dah lama orang lain guna kan? Cuma aku je yang agak excited untuk dapatkan benda ini. Pemanggang ajaib ini direka khas untuk mengedarkan haba dan juga untuk mengekalkan haba. Pemanggang ajaib juga mempunyai lapisan salutan seramik dalaman dua yang membuat pan grill yang tidak melekat dan sekaligus mencegah masalah yang menjengkelkan di mana daging anda terlekat pada kuali. Ciri-ciri yang tidak melekat bermakna tiada minyak atau mentega diperlukan untuk memanggang dan sekali gus mewujudkan hidangan yang sihat untuk anda.

Lazada Malaysia

4 - King Size Waterproof Multi-functional Wardrobe ( RM 58.88 )
Almari pakaian ini bersaiz king dan kalis air. Almari pakaian ini mempunyai 8 petak yang luas, yang mana 2 tempat menggantung dan 6 rak yang membolehkan anda untuk menyimpan apa sahaja. Bukan cuma boleh menyimpan pakaian, anda juga boleh menyimpan comforter,bed sheet atau bantal. Dengan adanya alamri pakaian ini anda tidak perlu risau dengan serangan anai-anai kerana almari pakaian ini akan bertahan lama kerana ia mempunyai teknologi anti-karat yang menjamin ketahanannya. Bukan itu sahaja almari pakaian ini memberikan pengudaraan udara yang baik dan mengelakkan bau hapak di pakaian anda.
Lazada Malaysia

Barangan terakhir yang aku nak beli di Lazada adalah handbag ini. Handbag dan perempuan memang tidak boleh dipisahkan kan? Mestilah, kalau ada handbag kan senang nak letak barang-barang penting seperti handphone, kunci kereta, alat mekap dan macam-macam lagi. Dengan harga ini boleh dapat 4 jenis beg. Berbaloi la juga, boleh buat koleksi beg yang terbaru. Hehe. Lagipun ia sesuai untuk semua majlis.

Ok, cuma ini aje barangan yang aku teringin nak beli setakat ini di Lazada Malaysia. Mungkin lepas ini ada barangan lain yang menarik hati memandangkan Lazada menjual pelbagai barangan.




Comments
5 Comments

5 ulasan:

  1. huhuh iphone 6 , menangis air mata darah tengok

    BalasPadam
  2. MJ ada beli mainan untuk anak-anak kat lazada..itulah pertama kali membeli dari lazada, servisnya agak baik dan bagus juga..

    BalasPadam
  3. Semoga berjaya mendapatkan barangan yang diinginkan.
    Ambe pernah juga beberapa kali membeli melalui Lazada ni.

    BalasPadam

Tudung Si Comel