Assalamualaikum! Rata-rata rakyat Malaysia mesti rindu kan untuk keluar berjalan, bercuti dan berehat selain dari dalam rumah. Lama sangat dah kita semua berehat, bekerja dan beriadah dalam rumah sahaja. Cuba tukar-tukar angin pula dengan bercuti di tempat-tempat yang menarik di dalam negara kita ini.
Kelebihan kita rakyat Malaysia, kita dikelilingi pulau-pulau yang cantik dan mempunyai garis pantai sepanjang 48 000 km. Untungnya kita sebab senang je kita nak cari pantai dari Utara ke Selatan. Anyway ni antara pantai tercantik dan popular di Semenanjung Malaysia yang boleh dijadikan destinasi pada masa hadapan.
Pulau Langkawi
Pulau Langkawi memang sentiasa menjadi tarikan dan kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara. Memang kalau pergi berkali-kali pun tak jemu. Dah la memang dikelilingi pantai-pantai yang cantik dan bersih, Langkawi juga merupakan pulau bebas cukai. Tahun lepas, disebabkan Covid-19, stok masuk kurang agaknya, ramai orang Malaysia borong coklat sampai habis.
Antara pantai yang cantik di Pulau Langkawi adalah Pantai Cenang, Pantai Tengah, Pantai Tanjung Rhu, Pantai Kok, Pantai Datai, Pantai Pasir Hitam dan Pantai Teluk Yu. Pantai Cenang memang menjadi tarikan ramai, sebab tu banyak hotel-hotel didirikan sepanjang Pantai Cenang. Kalau nak privasi sikit, boleh la ke Pantai Datai. Tapi korang kena la menginap di salah satu hotel yang ada kat situ macam The Datai Langkawi. Tapi buat masa ni, hotel ini ditutup kerana pandemik COVID-19 yang masih aktif di negara kita.
Langkawi (Imej Pixabay)
Pulau Pinang
Selain Pulau Langkawi, Pulau Pinang juga dikelilingi laut. Tapi bukan sepanjang tepi laut di sana boleh mandi ye. Antara pantai yang menarik dan boleh mandi di Pulau Pinang ialah Pantai Kerachut, Pantai Teluk Bahang dan Pantai Batu Feringgi.
Yang senang akses dan paling dikenali di Pulau Pinang serta mempunyai banyak tarikan, Pantai Batu Feringgi. Pantai ini juga berdekatan dengan hotel-hotel disekitarnya, mudah untuk berjalan ke pantai. Antara hotel yang korang boleh check out adalah Hard Rock Hotel Penang.
Batu Feringghi (Imej Unsplash)
Port Dickson
Bagi orang-orang yang duduk di Kuala Lumpur, pantai yang paling dekat untuk dikunjungi adalah pantai-pantai di Port Dickson. Dalam 1 jam perjalan dari Kuala Lumpur. Biasanya Port Dickson dibanjiri pengunjung pada hujung minggu atau cuti-cuti umum kerana bukan sahaja dekat tapi juga sesuai untuk aktiviti bersama keluarga seperti menaiki bot, berenang, dan aktiviti pantai yang lain.
Antara pantai-pantai di Port Dickson yang boleh dikunjungi adalah Blue Lagoon, Tanjung Tuan, Pantai Saujana, Pantai Cahaya Negeri, dan Pantai Teluk Kemang.
Port Dickson (Imej Unsplash)
Pantai Desaru
Untuk orang-orang di selatan Malaysia, Pantai Desaru adalah antara yang popular dan sentiasa menjadi kunjungan ramai. Pantainya cantik, bersih dan pasir putihnya menghadap laut China Selatan yang luas terbentang. Di Malaysia, pada peminat luncur air (surfing) inilah pantai yang sesuai untuk mereka kerana ombaknya lebih besar dari pantai-pantai lain. Jadi berhati-hatilah bermandi manda jika berkunjung ke sini.
Desaru (Imej Unsplash)
Jika tidak ada banyak masa atau budget, bagi orang-orang yang berada di sekitar Kuala Lumpur, mungkin boleh bercuti dengan cara Staycation KL di hotel-hotel yang berdekatan. Di Kuala Lumpur sahaja terdapat beratus-ratus hotel yang menarik boleh dijadikan pilihan. Carilah hotel yang mempunyai pemandangan seperti di tengah-tengah bandar, mempunyai kemudahan-kemudahan dan aktiviti yang boleh dibuat bersama keluarga dan yang penting, mematuhi standard SOP. Walaupun bercuti, jangan lupa kita masih dalam pandemik COVID-19.
indahnyaaaaaaaaaaaaaaaa
BalasPadammenarik tapi kak ana kalau dapat merentas nanti nak balik kampung dahulu rindu mak abah saudara mara kan :)
BalasPadamThanks for sharing
BalasPadamvisit our website
ittelkom jakarta