Cuaca panas sekarang memang lain macam, kan? Bangun pagi pun dah terasa bahangnya, apatah lagi tengah hari. Dalam keadaan macam ni, ramai yang bergantung sepenuhnya pada aircond. Tapi kalau nak jimat elektrik atau tak ada aircond, jangan risau, masih ada banyak cara untuk kekal sejuk dan selesa.
1. Minum Air Secukupnya
Perkara paling basic tapi ramai ambil ringan. Bila cuaca panas, badan kita mudah hilang air melalui peluh. Jadi, pastikan minum air kosong secukupnya sepanjang hari.
Kalau nak lebih segar, boleh cuba minuman semula jadi seperti Air kelapa yang bukan saja sejuk, tapi juga bantu menggantikan elektrolit dalam badan.
2. Gunakan Kipas Dengan Cara Betul
Kipas memang penyelamat utama bila tak ada aircond. Tapi tahukah korang, letak semangkuk ais depan kipas boleh hasilkan angin yang lebih sejuk?
Teknik ni simple tapi berkesan. Angin kipas akan bawa wap sejuk dari ais tu ke seluruh ruang bilik.
3. Pilih Pakaian Yang Sesuai
Elakkan pakaian tebal atau gelap. Sebaliknya, pilih baju yang longgar, nipis, dan berwarna cerah. Material seperti kapas sangat sesuai sebab ia menyerap peluh dan lebih bernafas.
Bila badan rasa selesa, secara automatik kita pun kurang rasa panas.
4. Mandi atau Basahkan Badan
Kalau rasa terlalu panas, cepat-cepat mandi atau sekurang-kurangnya basahkan muka dan tangan. Ini boleh turunkan suhu badan dengan cepat.
Tip tambahan: guna air suhu biasa (bukan terlalu sejuk) supaya badan tak terkejut dan kekal segar lebih lama.
5. Lindungi Diri Dari Matahari
Kalau perlu keluar rumah, pastikan lindungi kulit dari sinaran matahari. Gunakan Sunscreen untuk elakkan kulit terbakar dan kekal sihat.
Selain itu, pakai topi atau payung juga boleh bantu kurangkan pendedahan terus kepada cahaya matahari.
Elakkan Risiko Heatstroke
Cuaca panas melampau boleh menyebabkan Heatstroke, iaitu keadaan serius bila badan terlalu panas. Antara tanda-tandanya ialah pening, loya, dan keletihan melampau.
Kalau alami simptom ni, segera rehat di tempat teduh dan minum air secukupnya.
Walaupun cuaca panas tak dapat dielakkan, kita masih boleh kawal cara kita menghadapinya. Dengan beberapa langkah mudah ni, korang boleh kekal sejuk, selesa, dan sihat tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada aircond.
Jadi, lepas ni bila panas terik melanda, jangan panik, cuba dulu tips-tips ni. Confirm membantu.

