Khasiat Tomato Untuk Kecantikan Muka

Buah tomato diantara buah yang banyak kegunaan dan khasiatnya tersendiri. Selain digunakan dalam masakan, ia juga sedap dijadikan kerabu atau salad. Malah ada juga yang menjadikannya sebagai jus. Kajian pakar juga membuktikan bahawa buah tomato sangat baik untuk kesihatan kerana kaya dengan antioksidan dan juga merupakan sumber terbaik Vitamin C, Vitamin K, Potasium dan Folate.
Khasiat Tomato



Kebaikan Tomato Untuk Kecantikan

Berikut merupakan diantara kebaikan tomato untuk kecantikan muka

Mengurangkan Sinaran UV

Menurut kajian, dengan memakan 1 biji tomato yang bersamaan dengan 40 gram dengan minyak zaitun boleh mengurangkan terjadinya sunburn. 40 gram tomato mentah mengandungi 16mg likopena.

Likopena merupakan sejenis pigmen karotenoid dan fitokimia merah cerah yang boleh didapati dalam buah tomato dan buah-buahan merah. Fungsi likopena ini adalah melindungi kulit daripada sinaran UV dan melambatkan penuaan kulit dengan berkesan.

Menyembuhkan Luka

Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, 1 cawan tomato mengandungi 30 gram Vitamin C. Vitamin C dapat memperbaharui sel kulit dan juga menggalakkan pertumbuhan kulit baru. Oleh sebab itu, Vitamin C sangat popular dalam bidang kecantikan. 

Cara untuk merawat luka adalah dengan mengambil sedikit jus tomato dan sapu pada luka.

Menanggalkan Sel Kulit Mati

Dalam penjagaan kulit wajah, digalakkan melakukan scrub 2 kali seminggu untuk menanggalkan sel kulit mati yang menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya.

Cara untuk membuat scrub menggunakan tomato adalah dengan mencampurkan gula pasir bersama tomato yang dah dihancurkan. Penggunaan yang konsisten dapat membuat wajah makin berseri.

Agen Anti Penuaan

Tomato juga kaya dengan Vitamin B yang terdiri daripada B1, B3, B5, B6 dan B9 yang mana mengandungi agen anti penuaan. Kandungan vitamin ini dipercayai dapat mengurangkan garis halus, membaiki sel kulit rosak, mengurangkan jeragat dan kerosakan kulit akibat dari sinaran matahari.

Khasiat tomato


Merangsang Pembentukan Kolagen

Semakin meningkat usia, kulit semakin mengendur. Oleh itu, pengambilan tomato digalakkan kerana mengandungi Vitamin C yang merupakan sumber untuk meningkatkan pembentukan kolagen. Kolagen mampu meningkatkan elastik kulit dan menegangkan kulit.

Melembapkan Kulit

Selain itu, tomato yang kaya dengan potasium dapat merawat masalah kulit kering. Apabila kulit kering mudah untuk mengalami gatal, menggelupas, bersisik, ekzema dan masalah kulit lain.

Cara merawat menggunakan tomato adalah dengan menyapu tomato pada tempat bermasalah. Kemudian, biarkan kering dan basuh bersih.

Mengurangkan Sebum

Kalenjar sebum yang aktif menyebabkan kulit berminyak. Ini mengakibatkan liang pori menjadi semakin besar, tona tidak sekata, mudah tumbuh jerawat, whitehead dan blackhead. Likopena dan Zeaxanthin dalam tomato berfungsi untuk menyerap lebihan minyak dan menyejukkan wajah. Caranya, sejukkan tomato yang dihancurkan, sapu pada wajah dan biarkan selama 15 minit.

Nak cantik kena guna 1001 cara. Tak berkesan pakai skincare, boleh cuba cara alami yang dijamin tanpa merkuri. 





Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama