Resepi Kek Kukus Coklat Moist

Kek coklat antara kek yang menjadi kesukaan ramai. Rasanya yang lembap dan manis memamg tak mampu menolaknya.

Baru ku tahu sebenarnya senang je nak buat kek coklat kukus ni. Sebelum ni asal sebut kek je mesti terbayang benda renyah nak buat. So bagi sesiapa yang nak belajar buat kek tu...first sekali kena belajar buat kek coklat.

Banyak versi resepi yang aku jumpa tapi aku pilih yang paling ringkas. Sejak ada anak kecil ni tak sempat nak berlama-lama kat dapur. Sebolehnya bila nak masak sesuatu tu biar ringkas dan mudah.

Ok, kita terus dengan sediakan bahan-bahan untuk buat kek coklat ni

BAHAN A

1 cawan serbuk koko

1 cawan susu pekat

1 cawan susu cair

1 cawan gula

1 cawan minyak

3 biji telur

Kek Kukus Coklat Moist
Bahan A

BAHAN AYAK

1 1/4 cawan tepung gandum

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder

Kek Kukus Coklat Moist
Bahan ayak

BAHAN TOPPING

1/2 cawan susu pekat

1/2 cawan serbuk koko/coklat compund

1/4 cawan susu cair

2 sudu besar butter/majerin/minyak masak

CARA-CARA

1. Kisar kesemua bahan A menggunakan blender lebih kurang 5 minit 

Kek Kukus Coklat Moist
Kisar bahan A

Sementara itu boleh panaskan air dalam periuk kukusan

2. Masukkan adunan yang telah dikisar tadi kedalam bekas. Kemudian masukkan tepung yang diayak. Kaup balikkan. 

3. Selepas sebati, tapis adunan dan letak dalam loyang. Kukus 45 minit dengan api sederhana. Boleh cuba cucuk dengan garfu. Kalau tak melekat maksudnya dah masak

Kek Kukus Coklat Moist
Dah siap kukus 

4. Boleh sediakan topping sementara tunggu kek masak. 

Caranya adalah campurkan semua bahan topping.

Masukkan dalam periuk. Masak atas api guna kaedah Double Boiler

Kek Kukus Coklat Moist
Topping Coklat

5. Bila dah sejuk boleh tuang atas kek yang dah pun sejuk.

Kek Kukus Coklat Moist
Sedia untuk dimakan!

Hiaskan kek dengan chocolate rice/chocolate flakes/chocolate chip diatasnya. Dah siappp. Untuk acuan di atas boleh dapat tiga bekas plastik ni

Selamat mencuba 😋






إرسال تعليق (0)
أحدث أقدم