Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap

Tiap kali bulan puasa, Puding Karamel antara menu wajib yang aku beli di Bazar Ramadhan. Tapi disebabkan Covid-19, semua Bazar Ramadhan tidak dibenarkan beroperasi. Jadi, disebabkan ini menu wajib ketika bulan puasa, nak tak nak terpaksa la buat sendiri supaya hilang kempunan nak makan. Huhu. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak dan tak  renyah nak buat. Jadi, kita cuba buat sendiri 😁

Puding Karamel

BAHAN-BAHAN PUDING

1. 3 biji telur
2. 1 tin susu cair
3. 3 sudu besar susu pekat manis
4. 1 sudu besar esen vanilla

BAHAN-BAHAN KARAMEL

1. 5-6 sudu besar gula
2. 10 sudu besar air panas

CARA MEMBUAT KARAMEL

1. Hanguskan 5-6 sudu besar gula dengan menggunakan api sederhana. Selalu kacau jangan sampai hangit nanti pahit rasa dia
2. Bila gula dah larut dan cair, masukkan 10 sudu besar air panas. Time ni gula akan jadi berbuih dan berketul. Tapi kau rilek je, teruskan kacau hingga larut. Nak buat karamel memerlukan kesabaran sikit ya 😆
3. Lepas dah cair dan larut semua gula, tutup api dan tuang ke dalam loyang. Sejukkan. Sementara tu kita boleh buat puding
Puding Karamel
Gula yang dah dijadikan karamel

CARA MEMBUAT PUDING

1. Pecahkan 3 biji telur dan pukul manja hingga sebati
2. Selepas itu masukkan semua bahan lain, susu cair, susu pekat manis, esen vanilla. Kacau lagi sehingga sebati

Puding Karamel
Campurkan semua bahan

Puding Karamel
Kacau sehingga sebati

3. Tapis adunan dan tuang ke dalam loyang tadi. Sebelum tuang, pastikan karamel dah keras.
4. Kemudian kukus selama 30 minit di atas air yang mendidih. Pastikan loyang ditutup atau balut penutup pengukus dengan kain untuk mengelakkan wap air masuk ke dalam puding

Puding Karamel
Penutup pengukus dibalut dengan kain

5. Selagi tak 30 minit, jangan gatal tangan buka penutup tu. Dah siap sejukkan dan simpan ke dalam peti ais sekejap. Lepas tu boleh terbalikkan. Kalau terbalikkan time panas nanti puding jadi pecah

Puding Karamel
Puding yang dah dikukus selama 30 minit

Dah siap Puding Karamel kita. Rupa-rupanya mudah je nak buat puding ni. Sedap macam orang jual kat bazar. Haha. Syok makan sejuk-sejuk waktu berbuka nanti. Selamat mencuba 😀

Puding Karamel
Puding Karamel mudah dan sedap




2 Ulasan

  1. SELAMAT HARI RAYA!!! menarik ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. sedap... dah lama x buat... gd idea

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama