Tips Percutian ke Lombok

Salam sore semua nya...

Tu dia. Belum apa-apa lagi dah masuk bunyi Indonesia nya. Haha. Artikel kali ini aku nak kongsi tips atau info untuk korang yang planning nak ke Lombok, Indonesia. 

Aku akan kongsi secara ringkas je la apa yang korang perlu tau untuk ke Lombok dan juga sedikit info tambahan mengenai pemilihan transport yang ada untuk ke KLIA2. 

Seperti biasa, korang perlu search tiket flight mana yang available dan sesuai dengan tarikh korang. Kalau menaiki Air Asia, dapatlah dalam harga RM370 returns termasuk meals dalam flight. Kira ok la harga ni. Kalau beli awal, lagi murah korang dapat. Jangan lupa juga booking awal-awal Pak Supirnya. Penting ke ambil supir ni? Memang penting sangat sebab ni bukan kat Jepun, kat Korea yang ada public transport yang boleh korang survive sendiri. Dengan adanya supir, korang tak mudah tertipu dengan harga tambang kalau nak ke mana-mana

Ok, checklist dah double confirm, backpack dah settle. Tiba masa nak berangkat. Kalau malas atau penat nak drive ke airport, korang boleh proceed dengan KLIA transit ticket booking yang ada di website Traveloka yang mana amat murah, cepat dan mudah. Yang penting korang tak perlu drive sendiri. Hehe. Kalau naik KLIA transit ni dari Bandar Tasik Selatan, lebih kurang 30-40 minit dah sampai KLIA2. Banyak je station yang dia berhenti. Korang boleh pilih nak naik dari mana. Harga yang ditawarkan pun murah je nak ke airport.

Kalau tak nak naik KLIA Transit, korang boleh juga book transport ke KLIA2 dengan menaiki kereta sedan yang boleh ditempah dari website Traveloka. Dah sampai di airport, check-in luggage lalu terbanglah bersama Air Asia ke wilayah Lombok.

Penginapan di Lombok

Yang ni korang tak perlu risau sebab banyak jenis penginapan yang ada kat sini. Kalau nak meriah sikit, boleh try tengok kat area Senggigi, boleh dah la start guna aplikasi Traveloka sebab harga kat situ yang aku rasa agak murah berbanding tempat lain. 

Senggigi ni boleh dikatakan berada di tanah besar Lombok. So andai kata korang ada yang nak jalan ke pulau-pulau kat Lombok ni, boleh fikir untuk penginapan di pulau-pulau tu. Point kat bawah nanti aku cerita lagi.


Gerai Makanan di Sekitar Lombok

Seperti yang korang tau, Lombok ni kira satu tempat peranginan yang popular. Jadi gerai-gerai makan tersangat la banyak. Tinggal pilih je nak yang gerai atau rumah makan. Kalau kat KL rumah makan ni kira macam restoran la. Harga dia boleh dikira mahal sikit bagi orang Lombok. Tapi kalau dah convert dalam Ringgit Malaysia, lebih kurang RM20 ke bawah. Depends pada menu. Kalau korang tak tau nak makan di mana, boleh je tanya kat Pak Supir. Dia kan orang local dan lebih mengetahui mana yang sedap dan ikut bajet korang.

JANGAN LUPA CUBA AYAM TALIWANG!! Ini adalah menu wajib yang korang patut cuba kalau dah sampai Lombok ni.
Ayam Taliwang
Ayam Taliwang

Tempat Menarik di Tanah Besar Lombok

Kat tanah besar dia ni banyak tempat-tempat menarik yang korang boleh pergi. Nak ke pantai boleh, air terjun boleh. Nak pergi perkampungan budaya dorang pun boleh. Cumanya akan memakan kos masa dan duit sikit la. Sebab jarak antara tempat-tempat tu agak jauh juga. 
Boleh check list kat bawah.

Senarai pantai di Lombok – Pantai Senggigi, Pantai Mawun, Pantai Kuta, Pantai Bangko-bangko, Pantai Selong Belanak dan banyak lagi. Setiap pantai ni ada ciri-cirinya yang tersendiri.
Pantai senggigi
Pantai Senggigi
Senarai air terjun di Lombok – Air Terjun Benang Kelambu, Air Terjun Tiu Sekeper, Air Terjun Tiu Kelep, Sendang Gile Waterfall dan banyak lagi. Ini antara yang popular. Sama seperti pantai, ada cirinya tersendiri. Yang pastinya semua cantik.
Air Terjun Sendang Gile
Air Terjun Sendang Gile
Senarai pulau di Lombok – Gili Air, Gili Trawangan, Gili Menor dan banyak lagi. Okay, kat sini kalau korang nak menginap, aku suggest kat Gili Trawangan sebab pulau ni lagi meriah dari yang lain. Untuk resort dan chalet, boleh book online atau walk in je terus. Pilih la nak murah ke mahal ke. Ala-ala hotel mewah ke chalet ke. Semua ada. Plus, dia punya sunset cantik banget. 

Tempat lain yang menarik – Sasak Village (suku kaum SADE). Haa... Yang ni antara yang popular dalam masyarakat Lombok sebab mempunyai budaya yang agak pelik dan unik. Sebab apa? Sebab konsep dia yang melarikan anak dara orang sebagai tanda suka kepada seseorang tu. Selain tu, korang akan jumpa lagi beberapa perkara yang unik mengenai budaya dorang dari segi seni kraftangan, pertahanan diri dan senibina rumah dorang.
Sasak Village
Sasak Village
Itu antara info yang aku boleh kongsi kat korang dan ia antara perkara yang penting juga kat Lombok ni. Tips lain, sediakan lah ubat-ubatan yang patut sebab perjalanan ni banyak menggunakan fizikal, lebih-lebih lagi kawasan air terjun. Kalau tak biasa aktiviti lasak confirm krem kaki. Haha.

Untuk charge barangan eletronik, sila la bawa atau beli adapter yang international sebab Indonesia bukan pakai plug sama dengan Malaysia. Hotel pula boleh pilih sekitar Senggigi atau Mataram sebab ada pekan dan cantik. Meriah la sikit walaupun agak jauh dari airport. Nak yang dekat dengan jeti boleh cari hotel di Gili. Berbaloi sebab meriah ada pasar malam. Tapi waktu malam agak bising la sebab area situ ada pub. Faham-faham saja la. Hehe

Dah settle percutian 4 hari 3 malam di Lombok. Balik travel confirm penat. Jadi bila dah sampai KLIA2, boleh book sekali lagi private transport kat Traveloka. 

Ok, aku harap dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat la bagi gambaran kat korang yang nak ke sana. Semoga bemanfaat dan selamat bercuti!


3 تعليقات

إرسال تعليق
أحدث أقدم