Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Memulihkan Kulit Bermasalah

Jenama Ephyra memang tidak asing lagi bagi aku. Sudah terlalu ramai yang berkongsi mengenai keberkesanan produk-produk yang dikeluarkan di bawah jenama ini. Kali ini keluar lagi satu produk terbaru iaitu Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum. Kiranya aku antara orang yang terawal menggunakan Ephyra Skin Nano. Agak tak sabar juga rasanya nak mencuba produk ini sebab aku belum pernah menggunakan mana-mana serum setakat ini. Jadi, ini merupakan kali pertama nak merasa pakai serum. Haha.

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland. Serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri.

Produk ini bebas dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone. Serum ini sangat senang meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak menyebabkan kulit berminyak. Gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah. 

Bagaimana Teknologi Nano Bertindak Pada Kulit 


Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

Serum ini memberikan tiga manfaat kepada kulit iaitu:

Memulihkan : Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang dan muda. 

Memperbaharui : Menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna. 

Melindungi : Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit.

Kelebihan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum


Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

10 Kesan nyata Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

1.  Mengecutkan jerawat 
2.  Menghilangkan parut jerawat dan jeragat 
3.  Menganjalkan dan menegangkan kulit wajah yang kendur 
4.  Menghilangkan bintik – bintik hitam 
5.  Mencerahkan kulit kusam 
6.  Memperbaiki tona kulit tidak sekata 
7.  Mengekalkan kelembapan wajah 
8.  Menghilangkan lebam bawah mata 
9.  Merawat kulit terbakar ( sunburn ) 
10. Memberikan efek kilauan pada wajah

Melihat pada kesan nyata Ephyra Skin Nano ini, memang sesuai sangat la aku menggunakannya sebab sekarang ini kulit muka aku naik jerawat dan meninggalkan parut yang kehitaman. Macam tau-tau pula aku nak gunakan serum ini. Berkesan ke tidak ni? Ok, nanti aku kongsikan kesannya selepas menggunakan Ephyra Skin Nano

Cara Menggunakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum


Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

1. Cuci muka dengan Ephyra Skin Bar. Guna pencuci muka lain pun boleh.
2. Keringkan muka dengan tuala bersih
3. Titiskan Ephyra Skin Nano di tangan dan apply pada muka. Tapi aku titiskan terus pada muka dan sapu rata di seluruh muka serta leher
4. Gunakan pada waktu pagi dan sebelum tidur untuk kesan yang lebih baik.

Testimoni Ephyra Skin Nano Oleh Hajar Shikin

Dengan cuaca panas sekarang ini, memang patut kita menggunakan produk-produk yang tidak mudah berminyak seperti Ephyra Skin Nano ini. Aku paling suka bila apply serum ini di muka. Rasanya seperti ia meresap dengan cepat ke dalam kulit. Dah nama pun menggunakan teknologi nano, mestilah cepat meresap masuk ke lapisan kulit.

Lepas beberapa hari menggunakan serum ini dan hasilnya macam gambar kat bawah tu.

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

Nampak makin kecut kan jerawat tu. Kira ok la. Belum cukup seminggu sudah nampak kesan positif pada kulit yang bermasalah. Lagi satu, lepas apply serum ini, kulit rasa tegang tapi lembap dan kurang berminyak dah.

Kalau diuji pada jerawat di muka aku ini, memang lulus dah. Berkesan untuk mengecut dan menghilangkan jerawat. Tapi kalau bab parut jerawat tu, aku masih belum nampak kesan dia. Mungkin sebab masih baru menggunakan serum ini, tak sampai seminggu pun. Parut tu mungkin makan masa sikit.

Keseluruhannya, Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum memang aku syorkan untuk anda yang mengalami kulit bermasalah seperti jerawat. Kalau ada masalah kulit lain pun boleh juga cuba serum ini, sebabnya ia mempunyai 10 kelebihan dalam memulihkan kulit wajah anda.





Harga Asal
RM 88 (Sem.Malaysia)
RM 92 (Sabah/Sarawak) 

Harga Promosi 
RM 68 (Sem. Malaysia)
RM 72 (Sabah/Sarawak) 


Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum boleh dibeli secara online melalui 
www.oceanlife2u.com 
atau 
Whatsapp ke : 019 - 7373770 / 019 -3800779 
Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u 

Juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan Singapura dan terdapat juga di farmasi terpilih serta kedai/toko jamu. 


*Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke 019-3015577



2 Ulasan

  1. Bestnya kan Ephyra ni, macam nk kena beli jugak lah hehe

    BalasPadam
  2. banyak juga kelebihan produk baru ephyra ni

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama