Kenali Blogger MohdZarin.com

Kenali Blogger MohdZarin.com - Kali pertama dengar nama ni, "Eh, siapa dia ni?" Sejujurnya ini pertama kali aku tahu kewujudan seorang blogger yang bernama Mohd Zarin. Hehe. Maaflah, mungkin aku ni agak kebelakang sikit. Kepada yang belum kenal, luangkan masa kejap baca entri ini supaya korang pun lebih mengenali blogger ini.

Blogger MohdZarin.com
Blogger MohdZarin.com

Rupa-rupanya Mohd Zarin bukan calang-calang blogger. Pernah beberapa kali masuk tv dan majalah. Kiranya blogger popular dan hebat la ni, dan yang terbaru beliau pernah menjadi blogger jemputan dalam rancangan terbitan RTM1 iaitu Menu Kita Walla. 

Apa yang boleh aku katakan lepas pertama kali masuk ke blog MohdZarin.com, blog yang sangat kemas, widget yang tersusun rapi. Aku amat suka baca blog yang kemas macam gini. Jenis aku kalau masuk ke sesetengah blog yang rasa berserabut terus pangkah je, walaupun cerita yang dia tulis tu menarik. Agak annoying sebenarnya, ditambah pula kalau ada iklan yang floating. 

Disneyland Tokyo
Disneyland Tokyo pada waktu malam

Blog MohdZarin.com banyak ceritakan kisah beliau yang travel sana-sini. Bukan setakat dalam Malaysia, tetapi beberapa negara luar juga sudah dijejaki beliau. Antaranya adalah Jepun, China dan Indonesia. Wahh,bestnya dah pergi Jepun! Salah satu negara yang aku nak pergi. Hehe. Walaupun tak dapat jejak kaki lagi di Jepun, tapi dah dapat feeling pergi Jepun lepas baca entri mengenai pengalaman beliau disana. Teknik penceritaan yang simple dan ayat yang digunakan mudah lekat di otak. Haha.

The Kahaani Melaka
Kawasan ruang tamu di lobby villa The Kahaani Melaka

Kalau dah kaki travel atau kaki berjalan tu, mesti tercari-cari hotel yang selesa untuk menginap. Korang boleh baca entri-entri di MohdZarin.com yang mana beliau telah review lengkap beberapa hotel. Jadi, korang boleh la buat rujukan dan baca pengalaman beliau.

Adya Hotel Langkawi
Adya Hotel Langkawi

Benda yang aku nak highlight dalam blog MohdZarin.com adalah gambar-gambarnya yang tersangat cantik. Cuba tengok balik gambar kat atas tu, cantik kan? Seolah-olah ada nyawa. Aku ni takde la tau sangat mengenai photography tapi suka ambil dan tengok gambar-gambar yang cantik dan tersangat la envy dengan orang yang boleh ambil gambar awesome gitu. Mesti beliau mempunyai skill photography yang superb. Banyak lagi gambar yang cantik. Rasa macam nak letak semua dalam entri ni.

Kalau nak kenal lebih-lebih dengan pemilik blog MohdZarin.com, boleh singgah sendiri ke blog beliau. Secara keseluruhannya, blog ini sangat berinformasi bagi kaki travel dan kaki makan sebab banyak pengalaman, tips serta review yang ditulis adalah mengenai makanan, restoran, hotel, travel dan banyak lagi. 



5 Ulasan

Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama