Tips Minum Air Masak Yang Cukup Di Bulan Puasa

Sebelum puasa lagi aku memang mengamalkan minum air masak 2-3 liter atau 8 gelas sehari. Agak baru juga aku amalkan benda ni lepas timbul kesedaran mengenai kebaikan minum air masak secukupnya. Hihi. 

air masak

Sebenarnya sejak seminggu berpuasa ni aku masih belum dapat minum 8 gelas sehari. Yelah, sebelum ini aku banyak minum pada waktu siang dan agak kurang minum pada waktu malam. Kadang-kadang terlupa yang pada malam tu kena minum 8 gelas air. Jadi aku nak kongsikan cara minum air masak yang mencukupi pada bulan puasa ini.

Tips minum air masak yang mencukupi pada bulan puasa

  • 1 gelas sebelum makan sahur
  • 1 gelas selepas makan sahur
  • 1 gelas semasa berbuka
  • 1 gelas sebelum makan berat ( selepas solat Maghrib )
  • 1 gelas selepas makan
  • 2 gelas selepas terawih
  • 1 gelas sebelum tidur

Lepas korang amalkan minum air masak yang mencukupi, percayalah badan secara automatik akan rasa lebih sihat. Itu lah yang aku rasa sekarang, hihi. Lagipun kalau nak cantik, nak kurus kena minum air masak secukupnya. Lebih-lebih lagi kalau korang ada ambil supplement atau vitamin, kena minum air yang secukupnya tau, kalau tak nanti bermasalah pulak buah pinggang korang.



p/s Moga tips ini bermanfaat, selamat berpuasa ^_^








7 Ulasan

  1. bagus tips ni.. :)
    berpuasa bukan alasan untuk tak minum air kosong yang secukupnya...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum, hye!!
    Athirah jalan jalan sini sambil baca entry dan follow blog ni.
    Salam mahabbah dari Athirah buat pemilik blog :)

    http://duniamahabbah.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. time buka puase je minus banyak, pastu dah lupa nak minum.. tapi tips yang bagus ni

    BalasPadam
  4. Biasanya tidak banyak saya minum air masak sampaikan 8 gelas sehari. semoga selepas ini bolehlah cuba minum 8 gelas sehari apa yang Shikin Hajar sarankan.

    BalasPadam
  5. bulan puasa mmg selalu kurang air sebab tak minum cukup waktu sahur kan....

    BalasPadam
  6. Perkongsian yang baik nak cuba amalkan

    BalasPadam
  7. minum byk air mmg perlu selepas aktu berbuka . mkn cukuplah sekadar mengalas perut .

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama