Sinopsis Drama Eksperimen Cinta

Eksperimen Cinta

Drama adaptasi novel berjudul Eksperimen Cinta disiarkan slot Dahlia TV3 June 2015 ini. Fahrin Ahmad akan bergandingan dengan Izreen Azminda sebagai watak utama. Novel karya Anjell ini diarahkan oleh Emi Suffian, terbitan Zeel Production. 

JUDUL : EKSPERIMEN CINTA
GENRE : Komedi / Romantik
EPISOD : -
TARIKH : 13 Jun 2015 (Sabtu & Ahad - 7.00pm)
SIARAN : Slot Dahlia TV3
SKRIP : Mufid Shuhaimi
NOVELIS : Anjell
PENGARAH : Emi Suffian Sabhe
TERBITAN : Zeel Production
PELAKON : Fahrin Ahmad, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Ammar Alfian Aziz, Mira Filzah, Faye Kusairi, Mimi Lana, Ryiena Ismail, Mei Fenlim, Amyza Aznan
Kyra Wardina


Sinopsis Eksperimen Cinta
Kali pertama bertentang mata, Tengku Aaron Shah sudah mula tertarik dengan perwatakan Damia Farisha Razak yg lain daripada perempuan lain di sekelilingnya. Sangat tak terduga sikapnya. Tengku Aaron mengugut Damia untuk menerima lamarannya, semata-mata hanya untuk eksperimen cinta. Hakikatnya, perkahwinan itu adalah untuk mengaburi mata semua orang terutamanya kembarnya Tengku Andrean yang dianggapnya telah merampas kekasihnya, Seri. Aaron mahu tunjukkan yang dia juga boleh hidup bahagia. 

Kehidupan mereka berubah apabila duduk serumah. Cemburu menguatkan rasa hati. Berjauhan membuaikan rasa rindu. Kehadiran Salmi yangg cuba menuduh Tengku Aaron menghamilkannya mengganggu kebahagiaan rumahtangga mereka. Bagi Damia,selagi lafaz talaq tidak terucap, selagi itu maruah Aaron akan dijaga.






1 تعليقات

إرسال تعليق
أحدث أقدم