Review Masker Vietnam ( Blackhead and Whitehead Remover )

Ada segelintir daripada kita mesti mengalami masalah blackhead dan whitehead di wajah. Sudah tentu anda merasa kurang yakin untuk berhadapan dengan orang. Sama kes juga kalau ada jerawat pada wajah, lagi lah kurang keyakinan.

Walaupun anda sudah tau tetapi aku nak terangkan juga apa itu blackhead dan whitehead. Whitehead adalah bintik-bintik kecil,berwarna putih terjadi dari pembentukan sebum atau minyak di pori-pori kulit manakala blackhead pula adalah bintik-bintik berwarna hitam yang terjadi akibat kumpulan whitehead yang tidak dibersihkan. Blackhead merupakan kotoran yang tidak boleh dicuci begitu sahaja kerana sudah hampir sebati dengan sel kulit.

Aku telah mencuba satu produk untuk menghilangkan blackhead serta whitehead dan yang pasti ia berkesan. Produk itu adalah Masker Vietnam.

Masker Vietnam
Masker Vietnam

Satu botol 22gram ini boleh digunakan sebanyak 20 kali. Masker Vietnam ini perlu dipakai 2-3 kali sahaja seminggu. Tetapi aku hanya pakai bila blackhead datang balik. Kalau takda tak pakai, hehe.

Fungsi Utama

  • Membasmi dan menanggalkan bintik-bintik hitam hingga ke akarnya (100% dijamin berhasil)
  • Tidak mengelupaskan kulit
  • Tidak membesarkan pori
  • Mengandungi zat untuk menghaluskan dan melembabkan kulit wajah

Cara Penggunaan

  • Cuci muka dengan air suam agar pori-pori terbuka dan keringkan
  • Sapukan masker secara nipis pada wajah
  • Tampalkan kertas yang telah disediakan pada wajah yang telah disapu masker  tadi
  • Biarkan sehingga 10-15minit atau sehingga kering
  • Tarik dan tanggalkan kertas perlahan-lahan untuk mengelakkan sakit
  • Cuci muka dengan air dingin agar pori-pori tertutup semula. 
Selepas pakai rasa ringan dan licin je muka. Masker Vietnam ini sememangnya berkesan untuk menanggalkan blackhead dan whitehead. Nak tengok hasilnya? Boleh refer gambar dibawah. Eeeww, geli tau tengok. Banyak juga blackhead kat muka aku ni -_-

Masker Vietnam

Masker Vietnam
Bulu roma pun dia sapu sekali 





5 Ulasan

  1. mmg seriously melekat teretggal whitehead
    thumb up :)

    BalasPadam
  2. Peh, best tu dia tarik whitehead & blackhead semua. Kat mana beli? Kat area hidung Sha banyak benar blackhead, geram!

    BalasPadam
    Balasan
    1. lupa lah beli kat mana, sha try search...rasanya ramai orang yang jual masker ni

      Padam
    2. best waktu blackhead kena tarik

      Padam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama