Komisen Keempat Ashadee.com

Alhamdulillah, syukur kerana masih memperolehi rezeki dari program affiliate. Tahun 2015 merupakan titik permulaan dimana aku telah berjaya mendapat komisen pertama dari Ashadee.com dan setakat ini masih menerima komisen jualan setiap bulan. Walaupun tak banyak tetapi tetap bersyukur dan gembira sangat kerana apa yang aku usahakan sudah menampakkan hasil. 

Komisen Keempat Ashadee.com




Aku pernah terbaca entri dari hasrulhassan.com, kata beliau affiliate ini boleh dianggap sebagai bayaran berterusan. Selepas berjaya mendapat ringgit pertama dari affiliate, anda akan berterusan menerima komisen kedua, ketiga dan seterusnya. Berpegang pada kata beliau itu, selepas mendapat komisen pertama aku yakin aku juga akan dapat komisen berterusan. Kata-kata Bro HH itu terbukti kerana sehingga saat ini aku mendapat komisen berterusan. 

Tetapi untuk maintainkan komisen berterusan bukan senang eh. Aku masih lagi tersangat newbie dan perlu banyak lagi menuntut ilmu dalam affiliate. Nak berjaya kena ada usaha, ye dak? Untuk berjaya juga perlu mengetahui asas dalam affiliate.

Sebenarnya banyak panduan yang disediakan oleh pakar-pakar untuk berjaya dalam affiliate, contohnya panduan ini - Mesin Komisen. Tapi semuanya terpulang pada anda sama ada nak atau tidak, rajin atau malas. 



1 تعليقات

إرسال تعليق
أحدث أقدم