Sinopsis Drama Hati Perempuan

Hati Perempuan

Novel Hati Perempuan karya Nur Ain Al-Abbas akan diadaptasi ke drama bersiri di slot Akasia TV3. Drama arahan Kas Roshan ini menyusul selepas tamatnya drama Teman Lelaki Upahan. Menampilkan gandingan pelakon baharu iaitu Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad. Saksikan drama ini bersiaran bermula 30 Mac 2015, pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.55 petang di TV3. 

JUDUL : Hati Perempuan

EPISOD : 28 episod
TARIKH : 30 Mac 2015 (Isnin-Khamis, 6.55 petang)
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Kas Roshan
SKRIP : Nieza Nahar
NOVELIS : Nur Ain Al-Abbas
TERBITAN : Creative Skill Solution
PELAKON : Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Hafreez Adam, Hafeez Mikail, Nadzmi Adhwa, Bella Nazari, Zuhairie Ibrahim, Noniswara, Mustaqem Bahadhon, Azlan Azman, Beego, Niena Baharun, Azhar Sulaiman, Lia Asmizz, Hazwan Halim, Kuna Muzani, Ryiena Ismail, Khatijah Tan, Aidil Aziz, Hanafi Rahman

WATAK PELAKON
Syarul Ridzwan sebagai Tengku Zaril
Mia Ahmad sebagai Yuhanis
Hafreez Adam sebagai Daniel Idrus
Hafeez Mikail sebagai Tengku Zarul
Nadzmi Adhwa sebagai Tengku Zaqif
Bella Nazari sebagai Tengku Amalin
Zuhairie Ibrahim sebagai Tengku Hazimi
Noniswara sebagai Tengku Durahtul
Mustaqem Bahadhon sebagai Syed Ammar
Azlan Azman sebagai Nazim
Beego sebagai Umar
Niena Baharun sebagai Maisara
Azhar Sulaiman sebagai Tuan Izuddin
Lia Asmizza sebagai Edrina
Hazwan Halim sebagai Jefry
Kuna Muzani sebagai Safiah
Ryiena Ismail sebagai Umairah
Khatijah Tan sebagai Puan Sri Khadijah
Aidil Aziz sebagai Nizam
Hanafi Rahman sebagai Yazid

LAGU TEMA / OST
Lagu : Sampai Mati
Penyanyi : Hazama

Lagu : Takkan Pudar
Penyanyi : Ernie Zakri

Lagu : Bunga Dhia
Penyanyi : Aiman

Hati Perempuan
SINOPSIS NOVEL HATI PEREMPUAN

"Memahami hatimu lebih sukar daripada memilikinya"

Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran. Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?







1 Ulasan

  1. Dah baca dia punya novel.. serius best... harap2 dia punya drama pun gempak juga...

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama