Tips Pulihkan Semangat Hilang

Semangat Hilang

Rasanya ada diantara blogger pernah mengalami keadaan ini. Keadaan dimana mood dan semangat untuk berblogging hilang entah kemana. Macam tu lah keadaan aku sekarang ini. Bagi aku, semangat itu bermula dari hati. Ada beberapa perkara sekarang ini yang memberi kesan kepada hati dan menyebabkan semangat aku jadi down. Apabila semangat dah hilang, bukan setakat berblogging, malah ada beberapa perkara juga turut hilang semangat nak buat. -_-

Tips Pulihkan Semangat

Apabila mood tiada mesti bersebab. Oleh itu, ketahui punca terlebih dahulu kenapa mood dan semangat itu hilang. Selepas kenal pasti punca, cari jalan penyelesaian untuk semua masalah yang timbul. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan kan? 

Tanamkan dalam hati, serapkan pada jiwa dengan kata-kata motivasi supaya semangat yang hilang itu dapat dipulihkan. Kata-kata motivasi ini kita boleh dapatkan daripada orang sekeliling iaitu kawan atau keluarga. Kalau aku sendiri, aku akan membaca buku-buku motivasi dan ini sedikit sebanyak membantu mempositifkan diri.

Apabila melibatkan hati, ia susah sedikit kan memandangkan hati ini seringkan rapuh dan berbolak-balik. Selepas berusaha, kita serahkan semua padaNya dengan doa. Berdoalah agar ditenangkan hati dan diberi kekuatan untuk mengatasi masalah yang ditanggung serta semangat yang hilang akan pulih seperti sediakala. 


p/s memandangkan mood aku masih lagi kelaut, cuma ini beberapa tip yang dapat dikongsi

5 Ulasan

  1. selalunya mood blogging hilang sbb x de idea nak hasilkan entry ...

    BalasPadam
  2. betul2, perlu berkawan yg berpositif, kalau tak memang hilang semangat kite..huhuhu

    BalasPadam
  3. bagus tips ni.... :D semoga semangat hajar datang balik cepat2 yer :D

    BalasPadam
  4. kuatkan semangat hajar! peace~ ^_^

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama