Blogger Buat Duit Online

Blogger Buat Duit Online | Dulu masa aku melangkah ke dunia blogging, langsung tak terfikir seorang blogger boleh buat duit online. Masa tu pada pemikiran aku, seorang blogger cuma menulis, menulis dan menulis di blog dan tak sangka dengan menulis tu boleh membawa hasil. Tapi selepas lama kelamaan baru aku tau. Oh macam ni rupanya blogger buat duit online. 

Duit hasil daripada blog ini boleh dijadikan pendapatan sampingan untuk sesiapa je. Bukan sekadar pendapatan sampingan tau, malahan ada diantara blogger yang menjadikan blog sebagai medium utama menghasilkan pendapatan tahunan. Macam-macam platform yang ada untuk blogger buat duit online. 

Meh aku kongsikan beberapa cara blogger buit duit online. Antaranya adalah melalui :-

Banner Pengiklanan

Cara ini adalah paling senang terutama blogger baru setahun jagung macam aku ni. Banner iklan seperti Churp Churp, 8share, Nuffnang, Komli, Google Adsense, H12 Media dan pelbagai lagi boleh diletakkan diblog dengan hanya mendaftar terlebih dahulu. Senang kan? Tapi untuk Churp Churp dan 8share, banner tidak diperlukan kerana ia memerlukan perkongsian link. Maknanya sesiapa yang klik link yang dikongsi, anda akan mendapat komisen yang biasanya RM0.20 per klik.  Kalau kena caranya blogger boleh mendapat pendapatan bulanan sehingga empat angka atau mungkin lebih.

Blogger Buat Duit Online

Setakat ini aku cuma berdaftar dengan Churp Churp, 8share dan Nuffnang. Aku dah cash out Churp Churp kali pertama, 8share dan Nuffnang masih menunggu masa yang sesuai untuk cash out.

Menjual Servis Sendiri

Menjual servis sendiri ni contohnya servis edit blog, membuat banner dan header. Kalau nak menawarkan servis ni korang mestilah mempunyai kepakaran dalam coding dan juga mestilah seorang yang kreatif.

Blogger Buat Duit Online
credit : shedaucu.com, adamfaiz

Harga servis yang ditawarkan bergantung kepada blogger itu sendiri. Biasanya yang aku tengok RM50 untuk full edit. Mungkin ada yang lagi murah dan lagi mahal. 

Sewaan Tapak Iklan

Selain daripada menjual servis, ramai diantara blogger yang menggunakan platform ini untuk buat duit online. Pengiklan meletakkan banner mereka untuk mempromosikan perniagaan di blog kita dengan bayaran tertentu, masa tertentu dan saiz banner yang tertentu. Aku tidak berani lagi menawarkan sewaan tapak iklan dalam blog memandangkan trafik blog tidak berapa tinggi. Adalah tidak adil rasanya untuk pengiklan yang menyewa tapak iklan tetapi iklan itu tidak dilihat oleh beribu-ribu orang disebabkan trafik blog yang rendah.

Blogger Buat Duit Online
credit : fyapelangi.com, kataubaid.blogspot.com

Blog yang mempunyai trafik tinggi dan konsisten menjadi kelebihan untuk dipilih meletakkan banner iklan oleh penyewa tapak iklan.

Program Affiliate

Affiliate merupakan satu program yang tidak menggunakan modal untuk menjana pendapatan. Macam mana ia berfungsi? Secara ringkasnya, affiliate adalah kita menjadi orang tengah mempromosikan produk digital orang lain melalui link atau banner kita sendiri. Komisen akan diperoleh apabila seseorang itu membeli produk tersebut melalui  link kita. Ashadee.com adalah salah satu contoh laman web yang menawarkan program affiliate. Dalam laman web itu terdapat banyak pilihan produk sama ada produk fizikal atau digital. Jadi korang boleh pilih produk mana yang sesuai untuk dipromosikan. Komisen yang dibayar agak tinggi iaitu antara 40%-50% daripada harga produk.

Blogger Buat Duit Online
credit : hasrulhassan.com

Antara blogger yang berjaya pada mata aku dalam Ashadee.com ni adalah Hasrul Hassan yang telah menerima enam kali pembayaran (setakat entri ini dipublish). Aku pun ada daftar Ashadee.com dan setakat ini sudah berjaya membuat beberapa sales seperti yang diceritakan di Pembayaran Komisen Ashadee.com. Walaubagaimanapun aku masih lagi banyak benda yang perlu belajar untuk buat duit online melalui affiliate. 

Platform yang ada sememangnya sudah banyak untuk blogger buat duit online. Terpulang kepada blogger itu sendiri untuk menjadikan blog sebagai medium menjana pendapatan atau nak berblogging sekadar untuk menulis dan berkongsi sesuatu. Apa yang penting adalah dengan berblogging kita mendapat hasil. Bukan sekadar hasil pendapatan tapi kepuasan yang diperoleh dengan blog.

8 Ulasan

  1. memang banyak cara blogger buat duit online rupenye...good luck ye

    BalasPadam
  2. billion terima kasih sudi meneruskan cabaran terakhir iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum. Satu perkongsian yang menarik, seronok membacanya :D Hehe
    Semoga berjaya ya! ^__^

    BalasPadam
  4. banyak cara boleh buat duit . goodluck :)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah kini banyak peluang untuk kita jana income...

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama